Salam,

Tadi pagi kecoh di ofis pasal kes ‘tersalah’ isu murtad Tony Eusoff.

Tony cakap daripada dia kena cakap murtad lebih baik cakap dia lesbian. kuakuakua..lucu.

Ehem..isu murtad bukan isu yang boleh buat main tau.

Tapi, sebagai manusia dan rakyat yang tidak banyak ilmu lebih baik jangan bincang benda ni di khlayak. Paling penting ingatkan adik-beradik, saudara mara, dan orang yang anda sayang jangan ter’murtad. Nauzubillah. Mudah-mudahan keluarga saya dijauhi dan dijaga oleh Allah. Amin.

Hah!

Ini mahu bincang mengenai pandangan orang Semenanjung terhadap orang Sabah dan Sarawak.

*Iklan*

Sekarang, sedang aku menaip entri ni, ada seekor pelajar aku sedang memujuk-mujuk minta kena terima tugasannya. Aku sudah bagi peluang seminggu untuk selesaikan tugasan tu, dan letak di atas meja aku pada hari Jumaat lalu tepat pada pukul 12 tengah hari. Tetapi TIADA. Jadi aku bagi markah kosong. Harap maklum. Tiada maaf bagimu. TITIK.

Sambung.

Adalah seorang dua office-mate yang berkongsi cerita mengenai kejakunan orang-orang Semenanjung apabila melihat Sabahan dan Sarawakian ni. Maka terkeluarlah soalan sebegini.

“Di Sabah ada TV?”

“Kamu masih tinggal di atas pokok?”

“Kamu makan beras apa?”

“Kamu masih pakai cawat?”

Jadi kamu rasa?

Aku ingat lagi, mula-mula masuk universiti pada tahun 2005, ya, boleh kamu bayangkan pada tahun itu sudah abad ke berapa. Malaysia sudah maju membangun. Bangunan mencanak ke langit. Shopping Complex tumbuh bagaikan cendawan. Line internet semakin laju. TV pun semakin nipis. Pokok buah-buahan pun berbuah tak ikut musim. Ada pula soalan cepu emas sebegini.

Hellooooo!..orang Semenanjung, sempitnya pemikiran kamu.

Kamu ingat negeri kamu sahaja membangun dan maju. Negeri kami masih di bawah pemerintahan Komunis dan Portugis?

Boleh pula soal orang dengan soalan yang tiada sekolah begitu.

Itulah stereotaip orang-orang Semenanjung dengan kami, di Borneo. Sedih.

Dulu masa UMS baru di buka, ramailah pelajar Semenanjung belajar di sini. Boleh bayangkan kamu tengok pemandangan di airport. Lucu. Ramai students dan parents nya mengangkut BALDI. ya BALDI dari Semenanjung. Mereka fikir tiada jual baldi di sini. HAHAHAHAHA…

Aku tidaklah sekolot itu.

Itulah kamu. Pergi melancong luar negara, cuba open your mind and see the Sabahan and Sarawakian lifestyle here. Then, shame on you, do not know how harmoninya kami di sini.

Cuba melancong sehari dua ke Sabah dan Sarawak. Barulah kamu tahu betapa kami tinggal di rumah-rumah macam kamu, makan makanan macam kamu, menonton TV rancangan yang sama macam kamu, baldi pun ada jual di sini tau, line internet pun ada. Apa yang kamu ada kami tiada?

Emmmm…

Kami tiada apa ya yang kamu ada?

Kamu tiada apa yang kami tiada?

Hehe..

Kamu tiada rumah panjang!

Ok. Apa kata kamu datang Sabah dan Sarawak sendiri, cari apa yang kami tiada yang kamu ada.

Heh! berbelit-belit..hahaha..

Janganlah buang duit melancong ke obersei tu, ke Sabah dan Sarawak pun obersei juga hapa. Lalu pun Laut China Selatan tu hah.

Jadi, belajar dan kenali dulu negara anda sebelum gatal-gatal pergi melawat dan cuba kenali negara orang luar ya sayang.

Jawapan soalan di atas bagi orang yang tidak pernah buka fikiran mereka:

pssttt..yelah tak ada duit nak beli tiket naik flight g sabah..

Kami ada TV..semua jenis, brand, bentuk SAMA macam yang kamu beli juga.

Kami tinggal di dalam rumah juga seperti rumah yang kamu duduk.

Kami makan beras sma macam beras kamu jugalah.

Haha..kami up skit, kami pakai seluar dalam..ngehngeh..kamu tak pakai kan?