Salam,

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.

Seminggu tak tengok blog. Rindu. Dan paling mengejutkan bila tengok site views rating paling tinggi dimiliki tajuk Lesbian:Apa rasanya semasa ‘berhubungan’. Haippppp..apa yang menarik dengan tajuk tu..hihi…I knew I knew..(n_n)…

Penat gila-gila. Bercuti, tapi penat. Geng Fabulous Trip keseronokan. Cuma aku saja terpaksa membahagikan masa dan diri, tak dapat menikmati keseronokan sepenuhnya.Apa-apa pun pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Terima kasih kepada tourist guide yang menjemput dan menghantar kami ke airport, bawa jalan-jalan di subuh hari tanpa curang. Makan-makan di kedai mamak 24 jam tanpa tidur, pergi karaoke sampai jam 4 a.m sambung mengeteh di kedai area Nilai. Seronok. Supporting semuanya.

Kawan-kawan universiti dulu, terima kasih sudi jumpa. Rindu sangat dengan mereka ni. Pergi USIM, wah….jumpa pensyarah-pensyarah.

Paling penting dapat balik Kajang jumpa adik-adik, SIL, dan anak-anak buah yang comel, si adik sudah besar, geram..macam nak cubit dan gigit je pipinya. Akak Farhanah dah pintar.

Last day di KL, pergi Berjaya Times Square. Satu habuk pun tak dapat. Pusing-pusing, naik turun level, cari food court tak jumpa. Punya main besar gedabak bangunan tu sampai food court pun kami tak jumpa..haha..orang KL pun sama bangang bagi direction salah. Hampeh! Akhirnya mentekedarah di BB Plaza. Nice. Makan nasi campur yang murah. Hanya RM 5.00. Kalau banding di Sabah dah tak jumpa harga nasi campur cam tu dengan portion yang banyak sampai tiga jenis lauk. Cuba bayangkan aku makan dekat restoran belah rumah tempat menyewa di KK, seketul ayam goreng plus nasi putih (kawkaw), RM6.50. Nak mampus mahal.

Pagi selepas berkaraoke balik hotel di Bukit Bintang. Beb, kami tengok drama pondan dan pak arab. Sensored yang amat. Siap bagi tunjuk breast dan anu lagi. Hahahaha..apa lagi geng Fabulous Trip suka sangat tengok. Tourist guide kami 3 ekor tu pun tumpang sekaki. Mahsyuk beb.

Petang bertolak pergi airport. Ada masalah semasa nak boarding. Sebenarnya bukan masalah, tapi benda yang memang di’create’ menjadi problems. Hahahaha..

Paling aku tak dapat lupa, aku jumpa muka seiras bekas admire. Huarghhh..menangis tak berlagu. Tak apa, tak apa. Maksudnya, ada 5 orang lagi aku tak tengok muka seiras dia. Harap-harap jumpa lah package selengkap admire..huhu..

Haippp. Sudah!

Apa-apa pun, seronok tidak terhingga.

Semalam, sampai saja dari airport, buka lens dan jeans terus tidur sampai pagi. Dengan tak buang make up, tak berus gigi, apatah lagi mandi. Teruk.

Bangun pagi muka berminyak-minyak. Maka, tumbuhlah jerawat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Huarghhhhh!!!

Basuh baju, sapu bilik yang berhabuk, kemas rumah dan sekarang berblogging.

Ok, next trip ke mana ya?