Archive for November 2011

PART TIME JOBS, please hire me!

Salam,

Sekarang ini saya sedang terdesak mahu cari kerja part time.

Serabut fikir siapa mahu taja saya amik master tahun depan. Dengan gaji yang seciput itu saya rasa amat mustahil. walaupun saya sudah berjimat sehabis mungkin..huhu..Jadi saya mahu mengiklankan diri sendiri, dalam blog sendiri…hehehe…supaya senang dapat kerja.

Sesiapa yang berminat dengan saya (haha..trip artis kau!)..I mean, siapa berminat untuk mengajikan saya sebagai PART TIME WORKER boleh sokmo.

Ok. Saya mahu cari PART TIME based on online.

Seperti:

1) Menulis artikel untuk  majalah, blog, akhbar, DLL. (Seluruh Malaysia)

2) Translation BI-BM (Seluruh Malaysia)

3) Menaip dokumen, tugasan, pengiklanan (Microsoft Words sahaja) (Area KK, Sabah sahaja)

4) Proofediting (Seluruh Malaysia)

5) Guru tuisyen UPSR (semua subjek), PMR(BM, Sej, Math), SPM (BM, Sej, PI), Mengaji (semua boleh). (Area KK, Sabah)

Gaji, upah atau elaun boleh runding.

Ya, itu sahaja kelebihan yang dikurnia untuk saya.

Sebarang tawaran yang melibatkan MLM, jual produk, jadi agen jual topup, agen jual jamu mak dara bagai, ubat kuat kah, apakah, saya tidak berminta. Jadi sila main jauh-jauh ya…(n_n)..

Bagi sesiapa yang berminat atau mahukan maklumat lanjut boleh komen di dalam blog saya ini atau email sahaja di sini hnfend_ieyd@yahoo.com. Jangan malu-malu ya.

Jasa baik tuan/puan/datuk/datin/encik/cik amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

(^_^)

Harap-harap ada rezeki saya. Menanti dengan sabar. Ya Allah, tolong saya. Amin..amin…

Salah, tidak bermakna bodoh!

Salam,

“Ya Allah! tiada satu kemudahan, melainkan jika Engkau jadikan mudah dan dengan kehendak-Mu sesuatu yang sukar itu menjadi mudah”

Selamat pagi semua!

Hari ini biarpun rasa sangat serabai dan rimas aku cuba untuk menceriakan diri..(n_n)..

~Abaikan perasaan itu~

Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu apa jawapannya. Sebab bangun pagi tadi ok je. Siap gelak ketawa dengar hot chat di Hot.fm tadi. Lucu. Topik yang di bawa FBI sama Usop hari ni berjaya membuatkan aku gelak sambil bertouch up. Mengenai penggunaan perkataan/ayat yang tidak sesuai/salah yang membuatkan kamu tergelak.

Antara yang aku ingat ialah:

“Sila timbang telur anda di sini” 

Gulp!yang ini SMS dari pembaca yang nampak sign ni di kedai runcit

“Rawatan anai-anai”

pun dari SMS pendengar

“sign board pertama: sila perlahan

Sign board kedua:perlahan

sign board ketiga:perlahanlah oooiii…”

hahaha..yang ini aku gelak kuat-kuat..hihi..tak taulah housemate aku dengar tak aku gelak pagi-pagi buta tadi

“Pertandingan memasak kanak-kanak”

yang ini FBI dan Usop pun gelak kuat-kuat

Ada seorang pemanggil ini, typing error, dia mo taip surat AS SOON AS POSSIBLE, tapi tertulis ASS SOON AS POSSIBLE

Harhar….ada pula macam ini kan..habislah kalau aku yang tertaip macam tu..:)

Aku tak berapa ingat lagi yang lain.

Tapi, di kolej kami pun ada sign yang menggunakan ayat yang salah. Biarpun kami ini institusi pengajian tinggi, but still have the wrong person, who those was appointed/hired here, although she/he not qualified...(n_n)..

Mula-mula aku masuk kolej ini dulu, kena buat report duty dengan dekan. Jadi masuklah bahagian akademik di mana pejabat dekan berada. (ok, highlight perkataan ‘AKADEMIK’).

You suppose to know, siapakah yang akan ‘menduduki’ jabatan ini jika bukan ahli akademik kan?

Masuk jabatan tu hati teruja sambil bermonolog ‘wah..inilah tempat di mana orang-orang cendekiawan dan bijaksana berada’. Kagum sebentar.

T___________________________T

Lepas ‘menunjukkan’ diri kami pun keluar menuju pintu utama.

Masa itu juga automatik mata aku terpandang satu kertas putih yang ditampal di belakang pintu berbunyi:

“SILA TUTUP PINTU SELEPAS KELUAR KE LUAR”

Kamu rasa betulkah penggunaan ayat tu?

Maaf kalau saya yang salah. Mungkin pakar bahasa boleh perbetulkan saya. Mungkin saya teremosi..hehe..

Lagipun takkan ahli akademik tak tegur atau buat sesuatu kalau benda tu salah, sebab perkara itu akan menjatuhkan imej mereka. Betulah kut ayat tu kan? kan?kan?

Psssstttt…kalau salah takkan ahli AKADEMIK di situ tak buat pembetulan. Bahkan di situlah ada ketua program dalam kewartawanan, ada katua program yang kelulusannya Mass Communication in Public Relation, di situlah juga dekan, di situlah ketua program Bahasa Umum (BI dan BM), di situlah ketua jabatan bahagian kualiti. Emm..emmm….:)

Dan tadi sewaktu naik tangga menuju ke pejabat, aku tengok papan kenyataan sebelum naik.

Ini pun salah satu kesalahan. Ayat berbunyi:

PERHATIAN TAHNIAH! BAGI PELAJAR YANG NAMANYA DISENARAIKAN DI BAWAH……bla…bla….

Hmmm…hmmm..hmmm…

Entahlah, saya kut yang terlalu jahat dan berlagak pandai. Mungkin bagi orang lain itu betul.

Maaf kalau saya yang salah. Maaf ya!

Kadang-kadang daripada bahasa kita, orang lain boleh make assumption, samada kau itu bijak atau tidak, berfikir atau tidak sebelum bercakap atau setakat mana kau itu berilmu. Jadi, make your words correct and proper ya dear…(>.<)..

Aku teringat pasal Datuk Bung Mokhtar, suami kepada artis gebu Zizie Ezette..emmm…kamu rasa dia itu betul-betul layakkah jadi ahli Parlimen?

Ramai kawan-kawan tak puas hati dan komplen mengenai dia, kalau bercakap merapu meraban macam dia tak tahu di mana dia berada pada masa itu…(^_^)..maaf ya, bukan provok tu…

Ok, mari kita ikuti perhimpunan agung UMNO di PWTC sekarang, bahagian ahli parlimen membentangkan usul mereka, siapa yang paling berilmu..tapi di sini kesalahan bukan bermakna stupid ya!

Bodoh.

Perkataan paling zalim. Jangan pernah guna perkataan ini kepada orang lain.

Ingat tu..:)

Let see guys!

“Attitude and words is a little thing that makes a big difference”

Quote from Chiken Soup for Soul 

Ataupun petikan sinikal popular ini;

You are what you eat

hehe..bolehkah tu?ngeh..ngeh..ngeh..

~bigsmile~

Perubahan hormon

Salam,

Ok, dari aku datang awal pagi tadi mulut asyik mengunyah saja.

Hish…apa mau jadi pun tak taulah. Grrrrr..tapi berat badan tak juga pandai naik-naik..(-_-‘)

~happysebenarnyamakandanmentekedarahmacammanapunstilltakgemuk~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::CERITABARU::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Hari Sabtu aku amik teksi nak pergi Sipitang. Rumah kakak.

Jadi, tunggulah teksi yang gila kentang lambat. Dari jam 9.00am, jam 10.15am baru gerak. Mencikk!

Lepas tu, aku say hi-hi dengan akak yang jaga stall di stesen tu.

Akak tu memang peramah, aku kenal dia, dia kenal aku, tapi taklah mesra sangat. Selalunya aku tegur dia dengan senyuman je, itupun dari jauh..jaaaaaaaauh-jauh.

Kadang kalau beli something dari gerai dia baru kami cakap ringan-ringan je.

Mahu dijadikan cerita. Aku terliur dengan pakcik-pakcik teksi yang makan kuih kacang. Aku memang pelahap tahap cipan kan?Padahal mak aku dah sediakan sarapan sebelum aku bertolak dari rumah tadi..kuikui…perut saiz longkang memang macam ni.

Jadik, aku pun ada hati nak beli kuih-muih di gerai akak ni.

~kurangasampunyapakcik-pakcikmenjeleskanaku~

Masa aku datang mendekati gerai akak tu, dari jauh lagi dia dah tengok, aku pun senyum jaklah (perasan macam artis..kahkaha….). Sampai tempat dia aku senyum lagi. Dan minta akak tu bungkuskan kuih kacang.

Tiba-tiba akak tu boleh cakap sesuatu yang membolehkan aku pengsan dan tersenyum kerang selepas sedar.

Akak Gerai:Adik guna air kelapa bah untuk mandi..

Aku:WTH! (<——- tipu) apa kak?

Akak Gerai:Akak tengok muka ko semakin teruk, dulu akak tengok tak pun macam ni, ok saja.

Aku:Ya Allah! betapa concernnya akak dengan saya terharu sangat…emmm<——tipu lagi—->padahal masa dia cakap ni aku macam terblurr sekejap..malu…malu…sebab ada orang perasan juga jerawat di atas dahi aku ini..<—masa ni aku tersengih-sengi je..????

Akak Gerai:Mari duduk sini, akak bagi tips..

Aku:emm..tak apala kak (masa ni macam mo berlari dan bertapuk (hihi,,bersembunyi) di bawah meja…hahah..)

Akak Gerai: Marilah..

Aku: Ok…(sangat lemah)

Akak Gerai:Ko kena…bla..bla..kena buat orang..bla..bla..mandi air kelapa muda..bla..bla..akak bagi mandi nanti..bala..bala..bagi no telefon..bla..bla…

Aku: bala..bala..bala..(mengumam, terkedu sambil sengih-sengih)

Akak Gerai: Bla..bla…bla…bla……………………………………………………..

Beb, boleh kamu imagine, orang cakap pasal muka huduh anda?berterus-terang tanpa curang, tulus ikhlas sepenuh hati lagi..huhu..

::Saya tahulah, muka saya teruk macam ini semenjak saya bekerja di KK. Semenjak saya bertukar profession. Semenjak tuntutan kerja semakin banyak. Semenjak gaji saya semakin mengecil::

Yup, memang aku akui, dulu muka aku tak ada tumbuh jerawat. Sebijik je, di hidung, itupun time aku period je. Selalunya memang tak ada. Biarpun muka banyak jeragat tetapi jerawat tiada. Sekali lagi, tiada!

Kecewa sangat. Semuanya bermula apabila….

Start aku kerja di Lawas, jadi guru sandaran, tinggal di kampung yang tiada air paip, guna air sungai yang dipump untuk mandi, cuci muka, cuci baju, dan segala aktiviti guna air sungai yang keruh..hehe…even gigi pun boleh kuning..ngehngeh..<—-ini betul.

Yup, start dari saat itu jerawat tumbuh bagaikan pesta. Meriah. Gila. Kadang kalau tengok muka sendiri di cermin rasa macam bukan muka diri kau. Ngeri! serius!

Kemudian, lepas kena tendang jadi guru sandaran aku lepak-lepak-goyang-kaki di rumah <—-ini tipu–dalam 6 bulan gitu. This while, ok hapa muka aku. Tak ada jerawat pun.

Alhamdulillah, lepas tu dapat kerja sekarang. 2 bulan pastu, horrible! Masa tulah si jerawat tumbuh semula. Huarghhh..kali ini lagi teruk.

Sampai kalau aku pakai shawl aku tutup betul-betul bahagian dahi, kening pun tak nampak sebab mahu cover cela tu..hehe..teknik huduh!

Tak tahulah, apa yang berlaku sebenarnya. Akak gerai tu cakap aku kena buat-buat orang, ada orang dengki, dan dia siap nak bagi mandi aku lagi. Hahaha..gila kelakar akak tu…nauzubillah.

Siapalah nak buat dajal dengan aku. Aku bukan cantik pun.

Semuanya disebabkan hormon la akak oooiiii…

Tapi paling aku suka, masa dia tengok tangan aku dia cakap aku akan hidup senang.

Lepas tu paling menawan ayat dia ialah..

AKU ADA PEMINAT

Huarghhhhh…siapakah dia yang malang itu…:)

Akak gerai cakap dia akan muncul nanti dan meluahkan perasaan. Boleh percayakah?

Apa-apa pun akak gerai, terima kasih. InsyaAllah, baiklah nanti muka saya ini. Jangan fikir bukan-bukan. Ini berlaku sebab perubahan hormon bukan kena dajal orang lain yang dengki. Kalau muka saya macam Jessica Alba barangkali ada orang jampi sampah.hihi…

Yalah, sayakan semakin tua dan matang. Jadi…keluarlah segala penyakit-penyakit tu…

Selamat datang sayang

Salam,

Alhamdulillah, akak kedua saya selamat melahirkan anak keempat dia. Bayi lelaki. Syukur ya ALLAH.

Ini baby boy tu..nama belum ada lagi...cute kan..geram ngan pipi dia tu..

26hb Nov. Pagi akak saya masuk hospital. Ada tanda-tanda mahu melahirkan. Malam 27hb malam 9.40 akak selamat melahirkan. Jadi baby boy ini bayi awal Muharram. Lahirnya seorang lagi anak cucu adam dan umat Muhammad.

Semoga jiwanya bahagia dengan ajaran Islam yang murni dan menjadi pedang agama akan datang.

Tenang saja masa tengok muka baby ni.

Psssttt…pastu terasa macam mahu ada anak juga. Puas gomol, peluk-peluk, cium pipi dia yang demok tu..gigit-gigit..hehe..

Matilah, kalau aku ada anak sendiri nanti..T……………………..T

Tahniah akak dan abang. Mungkinkah ini anak terakhir. Leaps ini tak mahu tambah lagi?hehehe..cukuplah dua lelaki dan dua perempuan kan…:)

Wah…to baby boy…

Selamat datang…semoga kehadiranmu membawa kebahagiaan kepada semua orang ya.

Sayang kamu!

Muahhhhhhhh…

Kau bagi aku pen dan kertas

Salam,

Serius peminat fanatik rupanya orang tua aku ni.

Mak dan bapa aku masih menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak Malaysia vs Indonesia sukan Sea ari tu.

Hahaha..paling tak tahan mak aku stillllll berteriak suspen..”golkan la bola..bagi..bagi…ish…”hahaha..

Pastu pandai pula dia komen sendiri.

Mak: “Padahal sudah tahu siapa menang…”sambil ketawa..

Aku: Iya..excited lagi mama tengok kan..hihi..

Mak: Pura-pura nda tahu ba..baru seronok..

Aku:hahaha..boleh pulak kan..:)

Cute kan mak aku?

Ngehngeh….anak beranak hantu bola rupanya, silap-silap mak dan bapa aku lagi lebih fanatik, mana tahu…:)

Ok. Itu intro ya.

Sebenarnya aku mahu kongsi satu kisah lucu mengenai kabinet kasut.

Hari Jumaat tu kami ada beli kabinet kasut main pasang sendiri. Teruja dengan member rumah mahu ada satu rak kasut sebab kasut kami punya main banyak dan bersepah macam tiada tuan..hihi..

Psttt..kasut akulah paling menyemak kat belakang pintu tu. Silap haribulan ada yang kena buang sebab tak kena beri kasih sayang.

Kasut/sandal/heel/crocs aku memang banyak. Yang ada di rumah pun ada dalam 7 pasang (untuk kerja), yang memang aku tinggal di bawah meja pejabat ada dalam 5 pasang, kasut untuk aku berjimba-jimba ada dalam 3 pasang..hihi..kalau ada gempa bumi sah mati tertindih kasut sendiri. Tu belum campur dengan yang aku tinggal di kampung ~fesyenlama~

Lepas tu kami belilah sebuah rak kasut yang memang muat-muat untuk kami bertiga.

Dalam jam 6.oopm member da siap buka dari kotak dan susun papan-papan, skrew, paku, tukul, gunting (haha..aku pun pelik kenapa nak pasang rak guna gunting?) dan skrew driver di ruang tamu.

Ok, start jam 6.30 kami mula beroperasi. Mula-mula pasang memang senang. Tutup mata pun boleh siap. haha..gila berlagak ko! Yalah, dah memang terus cantum je, tinggal pasang skrew je.

Ok. Settle. Siap pasang jadi empat segi.

Cabaran kedua!

Pasang pintu pula.

Bab ini ingat lebih senang.

Nah amik kau. Lubang pun tak ada kena tebuk. Kami ingat tak guna skrew, cuma pasang saja. Tapi pelik sebab banyak lagi paku dan skrew tinggal.

Jadi, hampir 5-6 kali kami buka dan pasang. Masih juga tak dapat. Naik muak. Tahap kesabaran pun semakin menipis beb.

Tak tahulah apa kejadian rak kami tu. Dah hancur. Dari luar dan pandangan hadapan memang sempurna, tapi bahagian belakang dan dalam hancur macam kena gigit-gigit tikus.

Itu tak termasuk tangan aku macam mana. Sakit memulas skrew, tercalar kena papan, merah-merah masa menukul.

Awww…sungguh cool kan aku?kalau kena buat bini syok sebab dapat package. Bini yang pandai bertukang kayu..(^_*)..

Masa memasang, membuka, menukul, cabut balik paku dan skrew tu tak habis-habis kami gelak ketawa berdua. Tetapi, dalam hati hanya masing-masing sahaja yang tahu. Aku, hati dah membara. Memang. Macam tak sabar nak campak benda alah tu ke tingkat bawah.

Nasib baik member sorang ni masih cool. I like.

Akhirnya, perut dah lapar, tangan da sakit barulah benda tu tercantum dengan sempurna.

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….

Rasa macam nak nangis sambil cium-cium dan lambung-lambung benda tu ~kalauboleh~

Perasaan tu macam perasaan gembira masa dapat bonus gaji sebulan <——itu tipu~taklah sampai macam tu.

Ok..mari kita lihat apa kejadian rak itu…

Ya...itulah hasilnya...(^_^)...

 

Cuba lihat..tingkat paling atas dan kedua adalah kasut 2 orang member aku dan tingkat paling bawah ialah rak kasut aku..gila banyak kan?sampai tak muat..tu kasut-kasut yang selalu aku pakai pergi kerja, dan yang tak pakai aku letak dalam kotak dan simpan bawah kait..hihi..gila kasut!

Cutekan rak kasut kami yang kami pasang 2jam baru siap..*wink*wink*

Hmmm…jangan expect kami akan ciptakan kamu sebuah rak kasut yang bergaya. Al-maklumlah kami adalah pelajar sastera..hihi..

Kalau kau suruh aku tulis rencana kah, tulis beritakah, pergi interview orangkah, haruslah aku tahu.

Janganlah bagi aku papan, kayu, paku, tukul atau apa-apalah!

Aku tak tahu mahu buat apa.

Tapi kalau kau bagi aku kertas dan pen, maka jadilah apa yang kamu kehendaki..(-_-)..

Itulah, someone is good at something, right?

Makan gaji buta tanpa sedar

Salam,

Huargh..2 hari tanpa internet dan  berblogging. Kelmarin sibuk sangat-sangat buat course file, sebab mau hantar di Jabatan Akreditasi dan Peperiksaan kolej..huhu..sempat buka FB jap, pastu off dan buat kerja semula. Tanpa curang dan tipu-tipu mau layan Fb.

Stay-up at office with 3 of my friends until 8.30pm. First time since aku kerja di kolej ni..hihi..

Balik rumah sambung buat kerja.

Esoknya sambung lagi kerja yang belum siap. Dalam jam 10.30am dah siap. Kemudian keluar dari pejabat pergi berjimba-jimba sampai jam 4.00pm. Gila makan gaji buta kan?

Ala…sementara pelajar lama bercuti dan pelajar baru ikut orientasi baik kami tenangkan fikirankan?betul kan?kan?

Bukan selalu pun kami buat kerja ni..(^_^)..hehe

Kami adalah pekerja yang sangat baik dan patuh pada arahan. Sila percaya. Sila jangan nafikan. Sila jangan geleng. Sila senyum. Terima kasih…love you lah…:)

Maka, satu hari lagi tak buka internet. Rupanya hidup lagi kalau tak ada internetkan?Ingatkan dah tercungap-cungap macam ikan tak ada oksigen..hahaha..bengong!

Balik dari office kelmarin plan mau pergi jogging, pastu tiba-tiba tukar perancangan, sebab Twilight Breaking Dawn Part 1 baru keluar dan member–member office cakap best gila, jadi siap-siap pergi keluar mau tengok. Konon!

Member rumah cakap, pilih di antara dua, pergi aktiviti pertama; yang percuma dan menyihatkan atau aktiviti kedua; buang duit dan menyeronokkan?

Kalau kamu, pilih yang mana satu?

Hmmm…

Hmmmmm..

Hmmmmmmm…

Amat susah mahu pilihkan?

Jadi, kalau aku haruslah pilih yang pertama tu..opppsss silap aktiviti yang kedua..*wink*

Ok, kata sepakat pilih tengok movie.

Tapi hampa..huhu..pawagam penuh sebab kami sampai GSC lewat. Cancel terus.

Lepas tu melangkah dengan kaki yang longlai keluar dari kawasan GSC. Sedih. Tiba-tiba ternampak banner iklan K-Box, 1 song, RM1. Apalagi, member yang memang suka sangat karaoke terus jak on..gila makan gaji buta lagi kan?

Kemudian lepas karaoke yang tak syok, macam tekanan je menyanyi di bilik tu sebab sound system K-Box semput, kena control suara, tak boleh nak all-out bagai..ehem..macam ko yang nyanyi nak komplen lebih-lebih kan?..hehe..sebenarnya itu adalah komplen dari member-member. aku kan pemalu, alergik dengan mikrofon jadi kerja aku hanya pilih lagu dan technician jadi kalau mahu karaoke perlukan pembantu tolong picit-picit remote bagai sila bawa saya, saya tidak terhegeh-hegeh akan rampas mikrofin dari genggaman anda terima kasih.

Lepas karaoke terus window shopping yang memang sana-sini Krismas sale.

Boleh pitam sebantar.

Akhirnya, final destination ialah….Big Apple for dinner. Gila! jam 10pm makan donut.

Kemudian memulangkan diri ke rumah masing-masing dengan seribu sesalan. (sila bayangkan muzik latar keberangkatan kami diiringi lagu 3 suara tu ya)

Satu hapa pun tak dapat.

Itulah makan gaji buta manjang. Tak berkat hidup.

Haha..sebelum ini aku tak sedar yang sebenarnya aku makan gaji buta!serius tiap-tiap hari, sampai sahaja pejabat dalam jam 8.00am terus on Encik lappy, buka FB, berblogging saaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmpaaaaaaaaaaaaaaaaaaai jam 12.00pm, kemudian lunch sampai jam 1-00pm, sembahyang Zohor, kemudian sambung buat bodoh tiada kerja-macam-aku-kena-bayar-gaji-untuk-buat-kerja-mengupdate-status-fb-dan-update-entri-blog-juga-santai-baca-gosip-artis-di-beautiful-nara-juga-oh-bulan-huh-syukur-nak-aku-dapat-kerja-mulia-ini. saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiii jam 5.00pm..

Oh..aktiviti tidak sihat ini hanya dilakukan ketika pelajar sedang bercuti dan belum ada pelajar yang menyerah diri kepada saya untuk diminta ajar. Kalau sudah ada kelas tidaklah saya begitu senang lenang macam company ini bapa saya yang punya. Harap maklum..(^_*)…

Jadi, kamu semua jangan ikut macam saya…sila jauhi saya..nanti terkena virus. Senang berjangkit tau..hihi..

ChoW!

Bila kita menang

Salam,

Demam bola hari ini.

Letih semalam berteriak lagi. Ya, lagi. Hihi…tapi semalam tambah aksi melampau melompat-lompat macam kera dan berlari berpusing-pusing, menghempas dinding rumah juga menggigit bantal busuk. Lebih teruk daripada perlawanan pertama Malaysia-Indonesia..hehe..

Gila gedik kau. Tampa kang!

Kami tengok hanya dua orang sahaja, tetapi riuh nya macam 10 orang..apa tidak kalau bola masuk kotak pinalti siap tarik nafas dan berteriak..ah..aha..ahhhhh…

Paling lucu di area apartment kami bersahut-sahutan jeritan. Gila meriah. Di kedai makan dan restoran kat depan pun kecoh.

Di wall FB lagi meriah.

Antara kata-kata yang boleh aku copy dan paste pasal bola semalam ialah….emmm…just for fun ya, no intention to harming…(^_*)..

“Pagi ni Mana2 Indon Kontrak yang tengah Jalan Kaki nak pegi Keje aku jerit MALAYSIA!!!! HeHe..”

(Status di pagi hari selepas penat berteriak malam tadi, tak penat-penat nak menjerit lagi sambung di pagi-pagi..ngehngeh..)

“udah2..usah nanges…esok keja.sperti biasa ya ibuk bapak.”

(yang ini status lepas perlawanan tamat…hihi..)

“Kelebihan Pasukan Malaysia.adalah bermain satu pasukan melebihi individual.skill. Garuda harus belajar sama Harimau.”

(Status puas hati pada sebelah tengah hari..see..masih bersemangat dan bangga Malaysia menang..hihi…)

“Champions!!Malaysia wins gold! 4-3 penalty shoot out.. Nothing more precious than beating Inodonesia at their own yard!!Well done Malaysia!!Aummmmmmmmm…”

(Status seminit selepas sepakan penalti si Baddrol..pantas kan?)

“Drama baju merah mlm ini..”

(Ni diupdate selepas si Bonai asyik jatuh dan Sinaga pura-pura kesakitan selepas kena libas kaki, nasib pengadil (ehem…hansem!) tak layan..booooo..)

“Dah LAP airmata tu..sinetron dah abis!! Go HM..go HM.. Alhamdulillah..”

(Yang ni update lepas lagu negaraku berkumandan..maybe..haahaha..)

“nak layan crita indon yg direkod d astro 3 hari lepas..tajuk Garuda Didadaku…”

(Status tadi tengah hari..lepas cerita kemenangan Malaysia belum basi…(-_-“)…)

“tengkiuuuu apek….fakri pasni main jauh2….g main bola jaring plak key”

(Ni pun status selepas confirm Malaysia menang, time lepas jerit-jerit tendangan penalti si Baddrol masuk..cepat-cepat update status..hahaha…gila meriah..)

“sakit tgn aku tumbuk lantai”

(Ini paling best, status selepas beberapa kali gol percubaan Malaysia tak masuk-masuk..huhu)

Ibu segala pingat! Kau ada? Tahniah, Harimau Muda 🙂 Hehehe, tak kebah2 lg demam bola ni…

(Hmmm..yang ini pagi-pagi buta lagi da update..hihi..)

TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh 🙂 kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah….just a joke..Tahniah Malaysia….Tahniah seluruh rakyat Malaysia.. 🙂  

(Yeah!!..ini paling aku suka baca, gila kreatif!)

Terima kasih kawan-kawan aku copy ayat-ayat kamu..(^_^)..fun kan?

Bangga jugalah, apabila lihat semua rakyat Malaysia menyokong penuh pasukan Harimau Muda..we love you all la…:)

Tu baru kawan-kawan Fb, belum Tweeter kan?hehe..

Dengar radio pun, topik pagi diorang memang semua pasal bola.

Percaya atau tidak, kami di office, harap maklum semua perempuan, sampai-sampai saja letak beg dan berkumpul cerita pasal keterujaan tengok bola semalam. Bayangkan 1 jam lebih kami bercerita..hihi..

Kalau di rumah dulu kakak aku selalu tanya kenapa ko suka tengok sukan padahal ko bukan kaki sukan?

Heh?

Takkan kita mesti jadi olahragawan dan olahragawati baru boleh tengok sukan…hihi..

Tapi, sayanglah Harimau mUda…AuuuuuUUUUUUUUMMMMMMMM…

Hmm..adakah kata-kata semangat itu hanya apabila kita menang?