Salam,

Masa aku ketuk-ketuk papan kekunci si puan lappy ni, rumah tengah blackout. Ya mati karan, urang kampung bilang.

Hehe..

Tadi sampai rumah dari  office around 6.15pm, seluruh blok apartment gelap-gulita-tiada-cahaya. Ya Allah!

Hampeh. Baru plan mau siap-siap nak pergi Centre Point. Gelap pulak dah.

Tadi juga aku cipta sejarah mandi dalam gelap. Meraba-raba-meramas-ramas perkakas mandi di dalam tempat sabun. Huargh sengsara beb.

Mandi kerbau jak tadi, sebab mahu kejar waktu Maghrib terpaksa mensucikan diri dalam keadaan buta.

Hehe..

Kawan aku sibuk pergi kedai cari lilin, aku selamba dengan pakai telekung lagi duduk menghadap lappy. Sungguh tiada consideration kawan rumah kau ni kan. Nasiblah.

Aku selamba kodok je mandi tanpa cahaya.

Tak jadi nak upload gambar berjimba-jimba di KL hari tu. Line lembab sangat. Kalau aku upload juga alamatnya sakit jantung kau tak tahan sabar. Aku ni bukan penyabar sangat.

Alhamdulillah, elektrik dah mari. Kesian kawan aku belum sempat balik dari kedai beli lilin. Erk!

Kalau di kampung, manada guna lilin bagai ni.

Mak aku selalu guna lampu minyak makan.

Mak letak minyak dalam bekas dan buat sumbu guna kain perca atau kain sarung batik untuk nyalakan api.

Lagi tahan dan tidak membazir.

Orang dulu-dulu memang kreatif. Kita saja sekarang minta puji cari lilin bagai.Haipp!!

Ok, lah memandangkan api sudah ada, aku mahu bersiap lu..