Salam,

Kemalangan ngeri di antara keretapi Sabah dan lori tangki minyak yang berlaku di Putatan memang mengejutkan. Semalam aku terlewat 5 minit buka TV tengok berita, jadi aku ketinggalan breaking news..huhu..sungguh kekampungan aku.

Kecoh!

Akak aku telefon tanya adik aku yang belajar di IKBN Kinarut ada tak naik keretapi, sebab dia memang suka sangat guna perkhidmatan tu. Alhamdulillah, tiada.

Semalam juga, berura-ura mahu tidur awal dan jangan buka lappy.

Tetapi anganan ku musnah, ramai yang mesej suruh tengok Youtube mengenai kemalangan itu.

Dan sampai jam 11 juga aku melayan youtube dan FB..hihi..

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Syukur.

Semalam juga waktu gawat-gawat lepas dengar berita tu, aku cuba sahkannya di Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia, kawan-kawan yang berkerja di syarikat akhbar dan cuba-cuba cari di online news.

Paling cepat yang keluarkannya mungkin FB Jabatan Penerangan Malaysia.

Aku baca komen.

Banyak komen yang berunsur simpati, terkejut dan mendoakan keselamatan penumpang.

Ada juga yang masih terawang-awang (macam aku..)hihi..tak tahu hujung pangkal dan sebab kemalangan jadi masih bertanya ada yang mati.

Tetapi….

Ada seorang manusia yang bermulut jamban, boleh dengan tiada perasaan menjawab..

“Banyak, semua mati…”

WTH kau. Kalau ahli keluarga kau yang terlibat macam mana?

Boleh pula doakan macam tu. Langsung tiada simpati.

Tolonglah jadi manusia yang bermulut baik dan berhati tulus.

Kau! Tidak selamanya hidup kau di atas, gembira dan senang.

Nanti suatu hari kau juga akan dibalas macam begitu. Kau tunggu!.

Berhati baik juga dapat pahala tau..(n_n)..

Psssttttt!!!!Hari ini aku mahu upload gambar berjimba-jimba di KL baru-baru ini. Tunggu ya.