Salam,

Mata mengantuk sangat. Baru habis lunch dengan kawan-kawan. Habislah kalau saya bawa tidur ini mata alamatnya sampai ke petanglah saya tidur, macam kelmarin..(^_^”)…sudahlah breaking the promise. Janji dengan kawan mahu pergi cafe beli goreng pisang, sedar-sedar je terlebih sudah.

Kesian dia tunggu saya bangun tidur dan lepas tidur baru pergi solat Zuhur..bertuah punya anak!

Tapikan, macam jadi habit, lepas makan mesti ngantuk dan mata tu macam tak boleh nak tongkat dah..haruslah di bawa beradu sebelum pening-pening lalat. Alahai..macam mana agaknya suri rumah yang hanya duduk di rumah tu ya?

Saya tak boleh nak fikir macam mana diorang boleh control rasa keinginan untuk tidur..hehe..yalah, tilam dan katil depan mata, dengan suasana yang sunyi tak ada siapa yang ganggu..fuhhhh..mesti saja lazat ketika kepala mencecah bantal. (Ehemmm..saat mata mengantuk ni sebut je bantal rasa macam seeeeeeeeeeeedaaaaappp sangat…hehe..).

Sebenarnya bukan mahu cerita pasal mengantuk kah, pasal suri rumah kah apatah lagi pasal bantal..huarghhhh..mengantuk sangat. Lain. Sebenarnya lain cerita saya mahu tulis. Sekejap.

Saya mahu cerita mengenai rejected proposal ni hah.

Kelmarin, kan kerja saya asyik online sahaja. Dari datang office sampailah balik office. Kemudian sambung di rumah. Addicted kali ah.

Pastu adalah seekor mamat ini, memang selalu usha saya, setiap hari, macam di aim-aim saja. Asal FB saya online, di situ jugalah dia bertempek say Hi, Hello, Salam..WTH!

Dan ayat bagus dia “sorry ganggu awak”, “Bz ke?”..so, kalau sudah tahu menggangu jangan kacau saya…syooohhhh! pergi main jauh-jauh.

Kadang-kadang saya kasi offline FB, tapi kesian dengan kawan-kawan lain. Tapi, paling meluat dia jugaklah yang paling awal berbaris..(huishhh..perasan artis kena minta autograf..hihi..).

Dan kelmarin, dia tiba-tiba merajuk. Haih..tampar kang. Cari pasal.

Cukup baik aku layan kau, tak lah kau kemaluan bertapuk di bawah katil sebab tak kena layan. Hish!.

Ehem..bertapuk tu urang Sabah bilang bersembunyi ya….(n_n)…

Beliau cakap saya ini sombong, mentang-mentang cantik, kerjaya bagus, mana nak kawan dengan dia. Yark!!! Go to @$^^*& la kau.

Boleh pula dia merajuk yang macam selama ini kami macam ada hubungan. Saya ini kekasihnya, atau someone yang special yang mahu kena pujuk bagai. Menyampah. Sampah.

Jadi, ada aku kesah aku cantik ka, kerja bagus kah…haruskah aku tidak perlu memilih.

Ehemmm…terlebih sudah.

Lepastu boleh pula hantar mesej yang penuh berbaur perasaan terluka, yang terlalu merendahkan maruah sendiri. Hanginnya aku. Tak berbaloi betul kau hantar mesej begitu. Tidak pun dapat mencarikan hati saya.

Sebenaranya, lama, yang tersangat lama sudah dia ‘hantar pinangan’ mahu melanjutkan hubungan kami..haktuihhhhhhhh…tolonglah..

Langsung saya tak layan, minta nombor telefon pun saya tak bagi..hehe..kejam tak?

Ok, mari dengar penjelasan saya, mengapakah saya tidak menganggapnya lebih dari kawan FB.

i) Beliau muda 2 tahun dari saya

ii) Dia jauh nun di Utara

iii) Emmmm….dia bukan jejaka pilihan saya

iv) Dia sungguh sehat…hehe..

v) Dia tiada package macam jejaka admire saya.

Seeeee…

Dan…jangan cakap saya memilih.

Tetapi sebenarnya perlu memilihkan.

Kan?

Kan?

Jangan salahkan saya.

(^_^)..