Salam,

Baru tadi ada artis add aku di FB. Natasha Aziz beb. Hehe..

Lapar.

Tadi masak sup sayur dan goreng ikan sardin. Resepi kampung.

Berbuka puasa dengan susu+coklat saja.

Pastu mandi dan sembahyang maghrib dulu. Plan makan lepas Isya. Tetapi perut jadi macam cramp sudah. Kebuluran.

Huhu..

Esok dan lusa puasa hari Arafah.

Jom ramai-ramai mengimarahkannya.

Mari aku bagitahu kelebihan kita berpuasa pada hari Arafah ini.

Puasa hari Arafah ialah puasa yang dilakukan pada 9 Zulhijjah, di mana semua umat Islam yang menunaikan haji di Tanah Haram sedang menuju ke Padang Arafah untuk melaksanakn salah satu rukun haji, iaitu Wuquf.

Rukun haji Wuquf adalah rukun penting, jika kita meninggalkan rukun ini makan automatik haji kita terbatal.

Menurut Islam Wuquf ialah simbolik bagi mengingati hari kita dibangkitrkan nanti di padang Mahsyar.

Hah! menarik kan?

Kelebihan puasa pada hari Arafah ialah akan diampunkan dosa-dosa kita pada tahun lalu dan pada tahun akan datang.

Ini dalilnya:

Ditanya kepada Rasulullah s.a.w berhubung berpuasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah akan diampuni dosanya satu tahun sebelum dan satu tahun selepas.” [Rw Muslim]

Terima kasih pada blog ini, saya copy ya..terima kasih..(^_^)…

Lihat betapa pemurahnya Illahi. Kita hanya perlu rebut peluang keemasan ini. Datang setahun sekali. Jadi marilah sahabat sekalian.

Ehem…ada bakat jadi pendakwah tak?

Hihi…

Dua hari saja beb, menahan lapar dan dahaga dan juga hawa nafsu.

Tak apalah bagi siapa yang berhalangan dan tidak mampu.