Salam,

Baru selesai menjadi ‘guard’ budak-budak exam. Penat, bosan dan ngantuk tahap gaban.

Nasib baik aku tapau novel ‘Panggil Aku Dahlia’.

Kemudian, aku memang alah dengan kertas A4 baru yang masih keras itu. Tidak sah kalau jari aku tidak luka terkena tepi-tepi kertas tu. Hishhh! sakit dan perit.

Kenapakah?

Halus dan mulus sangatkah jejari runcingku ini? Sakit. Sampai sekarang masih rasa perit-perit berbisa. Taubat lepas ni tak mau susun kertas-kertas jawapan pelajar.

Hari ini aku mahu update entri dengan tajuk ‘Rumah Coklat’.

Semasa kami Fabulous Trip pergi KL baru-baru ini perkataan ‘Rumah Coklat’ meniti di bibir-bibir si pemandu teksi sekitar KL. Asal saja naik teksi first words mereka ialah ‘Nak pergi rumah coklat?’

Dan kami…

“Hah?rumah coklat?”

“Apa tu?”

“Di mana?”

“Ada apa di sana?”

Ya, semua persoalan sebagai balasan jawapan bagi soalan yang ditawarkan oleh pakcik-pakcik teksi.

Jadi, maka dan haruslah otak-otak geliga kami akan lebih berfikiran ‘kreatif’.

Mungkinkah rumah coklat itu tempat pelacuran?

Atau betul-betul rumah yang mem’produce’ coklat yang melimpah ruah ke ladang gandum?

Hahaha..

Sepak juga kang budak-budak ni.

Sebab kan yang membuatkan kami lebih ‘berfikiran terbuka’ hanya teksi area ‘syurga’ Bukit Bintang sahaja yang menawarkan khidmat ke  Rumah Coklat.

Kalau kamu sendiri mesti automatik berfikiran songsang dan ‘kreatif’ kan? kan?

Jangan tipu. Mahu geleng-geleng pula.

Tapi, serius, sampai ke hari ini aku masih menggunakan khidmat mak cik google, cari apa itu Rumah Coklat.

Dan, kamu, kalau tak puasa hati silalah google sendiri. Maka akan terjawablah persoalan yang meraja di minda anda sekalian.

Sekian terima kasih.

Haipppp! belum habis lagilah.

Ini cerita sampingan.

Dah nak raya haji.

Sebenarnya, aku kecewa betul sebab mak dan bapa tiada dapat kuota untuk musim haji tahun ini.

Kesian mereka. Walhal, dah buat rayuan untuk mempercepatkan orang tua aku pergi haji.

Bukan apa, bapa sudah ketegori warga emas, mak pula ada penyakit.

Kenapa mereka tidak konsider?

Memang faham, ramai lagi orang yang lebih layak untuk didahulukan, yang lebih awal mendaftar. Tetapi tak bolehkan dahulukan warga-warga emas yang masih sihat dan umur masih ada ini pergi menunaikan haji terlebih dahulu?

Atau, cari jalan yang lebih efektif agar warga emas yang tak mampu hendak amik package haji pergi menunaikan haji?

Entahlah, kadang macam terharu dan kasihan bila lihat mak dan bapa bergenang-genang kelopak mata apabila melihat Astro Oasis.

Hish!

Sensitifnya saya.

Tak apa, insyaAllah ada rezeki mak dan bapa tahun depan ya.

InsyaAllah.

Ya Allah! murahkan rezeki mereka. Sempatkanlah mereka menjejakkan kaki ke tanah haram MU. Juga mendapat haji Mabrur.

Amin. Amin.

Kalaulah aku mampu, boleh amik package RM35 000. 00. (^_^”)…