Salam,

Sungguh lapar.

Hehe..

Haipp!

Baru puasa setengah hari.

Ngeh ngeh..

Mari kita cerita mengenai jari.

Tengok saja jari anda orang akan tahu penyakit yang berada di dalam tubuh anda. Ngeri kan.

Pernah, dulu masa aku kerja sambilan cuti semester di Melaka, ada seorang pelanggan tetap majikan aku ni pandai menilik-nilik. Datang-datang saja dia minta tangan aku.

“bak sini.”

“Apa?”aku tanya dengan muka confius.

“Tangan.”Minta dia confident.

“Emmm..nak buat apa?”

“Bak jelah..”

Ish…aku sekeh kang leher kau!

Maka aku bagi. Pastu dia picit-picit di celah-celah jari dan menekan-nekan di tengah telapak tangan.

“Sakit?” Dia tanya.

Aku angguk. Memang sakit.

Kemudian dia senyum. Dan berlalu.

Aku tanya, apalah penyakit aku.

Dia tak jawab dan terus pergi. Hampeh. Mulai dari hari itu aku rasa fobia kalau orang mahu tengok tangan, tapak tangan atau apa-apalah. Terasa kau ternoda. Haishhh!

Sebenarnya tadi aku baru jumpa info ni di FB. Mari aku kongsikan ya..(^_^)..

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanyabadan kita ni penuh dengan racun dan
toksik. perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin
angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin saja.

Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita
mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalamimasalah resdung, alergi, dan penyakit
paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanyaseseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2
tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah…

Wallahua’lam..

Kalau mahu percaya, dipersilakan.

Tapi, secara peribadi aku kurang percaya sikit..

Hihi..

Adios..:)