Salam,

Ada mak tapaukan rendang ayam baki raya haji Isnin lalu, semalam masak daging black paper dan masak nasi impit mini tu. Maka berhidanglah saya dengan kawan-kawan saya di rumah.

Pagi tadi, aku tapaukan untuk office-mate sebab rendang ada baki lagi. Sayang nanti basi. Alhamdulillah semua merasa rendang kampung Mak saya…(^_^)…

Ok habis. Itu pendahuluan.

Isu sebenarnya adalah mengenai PSMI.

Baca ini:

Kementerian pantau pembelajaran Sains, Matematik elak timbul
masalah

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran memberi
kelonggaran kepada sekolah, ibu bapa atau pelajar memilih sama ada untuk
menggunakan bahasa Melayu (BM) atau bahasa Inggeris (BI) bagi Sains dan
Matematik bertujuan mengelak timbul sebarang masalah pada sesi persekolahan
tahun depan.

Sambung baca di sini..

Kamu rasa keputusan yang diambil bukankah satu keputusan yang ala-kadar? Macam mahu lari dari konflik?

Aku rasa lebih baik tetapkan HANYA satu keputusan, samada belajar dalam Bahasa atau English. Bukankah mudah.

Hendak mendedahkan pelajar dengan English pun bukan begitu caranya. Percayalah, banyak masalah akan timbul.

Cuba bayangkan, di dalam bilik darjah nanti bahasa perantaraan apakah yang akan digunakan cikgu-cikgu?

Entahlah, saya bukan sesiapa, juga belum punya anak..hehe..

Ok, baiklah tidak mahu lebih-lebih mengkomplen…(-_-)…

Kelmarin ada kisah lucu. Aku merajuk dengan botol kaya.

Ya, KAYA yang disapu di atas roti!

Boleh?

Pagi kelmarin rasa ingin makan roti dengan kaya membuak-buak. Jadi, lepas siap-siap mahu pergi office aku pun amik roti, kaya, pisau, sudu dan bekas.

Dengan konfiden buka penutup botol kaya. Keras. Aku cuba lagi dengan sepenuh tenaga.

Tunggang-tunggang botol tu dari atas ke bawah.

Ketuk-ketuk tutupnya masih dengan penuh rasa kasih sayang.

Tidak berhasil!

How?How?How?

Aku siap cuci botol tu, tak juga dapat.

Aku dah lain perasaan masa ni. Macam mahu cari batu belah batu bertangkup. Mau kena telan batu sebab kempunan makan roti kaya…huhu..(-_-‘)..

Taulah saya perempuan lemah, tiada suami yang boleh tolong buka penutup botol yang keras itu. Kenapa mesti aku yang diuji di saat aku sangat mengidam..huhu..sungguh sadis sedih masa itu.

Sikit lagi aku talangkan benda budusss tu ke dinding.

Tapi sempat fikir “kalau aku campak, pecah, berterabur bukankah kerja aku lagi kasi bersih, lap, sapu dan rabak lagi poket beli baru…ahhhhhhh..tidak!”

Kena ingat..”bukankah kau tiada orang gaji mahu tolong?”

Baiklah. Akhirnya…aku…aku..aku..

HANYA MERAJUK. Letak botol kaya, simpan balik segala perkakasan. Dan lari masuk bilik dengan mata bergenang.

Kemas-kemas beg  puan lappy, kemas katil dan buka tingkap. Lepastu aku duduk di katil sambil layan perasaan.

atau sedang berfikir

Mahu menangis atau tidak?

Mahu merajuk atau tidak?

Bukan kah budusssss namanya tu?

Merajuk dengan botol?WTH????

Jadi, aku fikir, mesti ada cara untuk buka penutup tu. Mungkin penutup tu terlalu banyak tekanan angin di dalamnay..cehhh..buat teori sendiri.

Jadi, aku amik balik botol kaya dan duduk atas katil.

Tadi aku buka penutup tu sambil berdiri jadi, kekuatan hanya berada di bahagian tangan dan kaki.

Kemudian, aku duduk, tumpang kekuatan tangan di perut dan mula memulas botol tu…

Jeng..jeng..jeng..jeng…

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Aku berjayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

Aku tersenyum puas dengan mata bergenang <——–itutipu

Heheee..

Dan dengan happya aku amik roti…yummmyyyyy…:)

Poyosssssssssssss..

Kaki perajuk. Sensitip. Dengan botol kaya pun mahu kecik hatikah?hampeh!

——————————————————->Sekian<————————————————————