Salam,

Berusaha untuk mengupdate entri.

Asyik malas saja. Buka saja New Post kemalasan mendatang.

Esok budak-budak SPM mula peperiksaan. Kepada adik saya semoga berjaya, buat betul-betul, jangan manyak main dan dreaming. I know you can do well..(^_^)

Baru habis dinner..hehe..

Menu:roti sapu kaya dan susu segelas~orang malas masak begitula~

Alhamdulillah, boleh alas perut. Esok baru rajin-rajinkan tangan memasak. Hari ini sungguh penat hang out dengan geng karas..thanks you all.

Dah prepared daging. Masak apa ya?

Esok baru fikir.

Hari ini hantar adik perempuan sorang pergi praktikal di hospital Keningau. Semoga betah tinggal di sana.

Semalam teman adik pergi supermarket beli perkakasan untuk praktikal. Semasa mahu membayar cashier tanya.

“Kamu dua ni kembar?”

Aku: “Ya”

Serentak adik aku jawab..”Tidak”

Hampeh, baru aku nak tipu…lurus betul bendul ni!

Pernah, kami, aku, akak aku, dan dua adik. Semua perempuan. Pergi pasar basah Melaka.

Mula-mula aku dan akak masuk, pergi cari bahan memasak untuk raya haji. Penjual-penjual kat sana dah pandang-pandang.

Pastu akak aku pergi beli daging. Mungkin tak tahan hati si penjual daging tanya, “kamu kembarkah?”

Akak aku jawab “ya”..

hahahhaha..kena auta.

Kemudian datang lagi adik aku dua. Ternganga diorang tengok kami berempat.

Dahlah besar, tinggi, muka..sama. Ya, kami memang spesis kecil, pendek, kurus, dan muka opkos la sebijik. Dah seibu dan sebapa kan.

Mahu tahu, kami di kelilingi penjual-penjual pasar. Semua kagum tengok kami berempat.

“Mana satu paling tua?”

“Sapa nama kamu?”

“Macam mana mak bapa kamu beza kan kamu berempat?”

“kamu memang kembar empat ka?”

Hahahahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…

Masa tu, akulah paling tak tahan nak gelakgulingguling di situ juga.

Kalau ingat balik lucu sangat.

Boleh, kebanyakan penjual meninggalkan gerai mereka semata-mata hendak tengok dan menyoal kami ‘sikembar empat’.

Kecoh pasar.

Akak aku memang tukang auta. Apa lagi goreng kaw-kaw.

Nanti aku upload pictures kami.

Itu perkara bagi kami. Memang, kalau aku jalan dengan salah seorang adik aku, pertanyaan ‘kamu kembar?’ mesti ada.

Sama tak?dari kiri Ila, aku, Ilyn

Mungkin yang ini tak nampak sangat...(^_^)..

Cuba tengok akak saya 4 dari kiri..

Cuba tengok 3 orang yang duduk di depan...hehe..sama tak?