Salam,

Geram!

Cuai!

Kalau anda tersangatlah cuai, maka orang akan menjadi geram kan?

Tadi pergi bagi semangat dengan pelajar-pelajar kesayangan. Kertas exam aku hari ini.

Bikin sakit hati bila check skimming n skipping paper tu ada kesalahan arahan. Tulah pihak yang bertanggungjawab, silalah kalau mahu rombak kertas tu kena betul la. Mahu tukar soalan tapi arahan tidak tengok. Terkebil-kebil student aku baca tak faham.

Nasib baik aku datang melawat, kalau tak sah diorang salah jawab.

Geram. Lepastu aku naik pergi office untuk confirmkan, samada aku atau diorang yang salah tulis arahan soalan. Aku buka balik dua set soalan yang aku hantar dengan pusat peperiksaan kolej. Betul.

Sah diorang yang pandai-pandai tukar arahan.

Jadi, aku turun balik pergi bilik peperiksaan. Jumpa wakil dari pusat peperiksaan, dan tanya siapa yang ubah soalan aku.

Sah, diorang yang silap letak arahan.

Benci!

Jadi, aku cakap lain kali kalau mahu ubah soalan pun, ubah sekali dengan arahan, supaya lebih jelas dan tepat. Kalau dah arahan salah, maka jawapan pun akan salah la yang!

Kesian student aku.

Cuai betul diorang buat kerja.

Harap-harap pelajar aku boleh menjawab dengan tenang ya.

Wish you all with my gratitude, willingness…

Ya Allah!permudahkan mereka menjawab.