Salam,

Pagi-pagi buta sudah dengar lagu sedih. Ferhad Najib, Menentang Perjodohan. Syok lagu ini, aku dengar since zaman muda belia lagi. Hehe..

Tapi entri kali ini bukan pasal menentang perjodohan yang ditentukan oleh orang tua ya.

Entri kali ini mengenai percintaan kaum sejenis. Hari itu aku cerita pasal Lesbian (pssssstt..entri yang memang selalu mempunyai visitor paling tinggi..). Kali ini mengenai Gay pula ya.

Sebenarnya, aku ada kenal seorang mamat ni, dia memang seorang yang soft spoken, gentle, ala-ala macho, baik..boleh dikatakan dia datang dengan package macam kalau beli pad kau akan kena bagi pentyliner percuma..heh?

Dia memang jejaka idaman Malaya la. Tidaklah sehensem Aaron Aziz, tidak seganteng Remy Ishak, tidak semacho Hans Isaac. Tapi, bolehlah…emmm..bolehlah mengindahkan pandangan.

Semalam, di office ada sesi ‘menganyam ketupat’ dan desas-desus mengatakan dia gay. WTH!

Begitu machonya dia itu. Hmmm…tipu. Dia tidak lah macho tapi gentle.

Ok, lets we define what is MACHO and GENTLE.

Macho ialah lelaki yang bertubuh sasa, dada berketul-ketul, perangai kasar sikit, cara bercakap berlagak sikit, kemas, hmmm…selalu emosi, ego tinggi, tidak gentle yang pasti.

Gentle ialah lelaki yang ala-ala lemah gemalai, tidak kayu sangat, supporting, soft spoken, kemas, bercakap bukan dengan emosi, kurang sikit emosinya, ada toleransi dan dan dan bukan seseorang yang suka mencari kesalahan orang lain. heh?

Jadi kita gelar kawan aku ini Si Gentle.

Entahlah, aku tak tau definisi kamu. Tapi itu bagi pandangan aku, personally. Bantahan tidak diterima..hehe..

Sambung balik mengenai jejaka tersebut. Kawan aku cakap dia sedang menjalin hubungan dengan lelaki. Huarggggghhhhhh..~TAaaaaaaaaaaaaK PERCAYAaaaaaaaaaaaaaa!~

Punya main tidak percaya.

Jadi aku tanya, dari mana dapat tau info tu?

Kawan saya jadi stalker weiiii..FACEBOOK!

Jadi, semalam, biarpun penat aku pergi godam-godam (hahaha..) FB dia. Dengan hati berdebar-debar.

Mahu tahu aku jumpa apa?

Betul. Memang betul. Sah. Dia sedang bercinta dengan anak ikan. Gelinya aku. (~_~”)…

Mahu muntah pun ada. Jadi aku tengok ‘jantan’ pasangan si Gentle tadi. Dan…memang sah anak ikan. Dengan pakaian, make-up, berlentik bulu mata, style bergambar-yang-tergedik-gedik-lentok-lentok..(aku perempuan asli pun kalau bergambar taklah segedik dia), pakai lense pelbagai color, baju yang melekap di kulit..wah..dan kau kalau kau tengok status dia di FB …yay! memang ayat gay..yewwww..semua ada ‘w’..yew kew, knepew, lew..awwwww!gedik doh!

Kenapakah wahai lelaki kamu mahu jadi begitu? Betapa ramai perempuan di atas muka bumi ini, kenapakah kaum kamu sendiri yang kamu pilih?

Sudahlah spesis kamu itu kurang populasi, malahan kamu buat onar, jadi apakah nasib anak dara..huhu..

Panggg!

Kena bagi sedar diri dulu. Haruslah ditampar.

Lagi persoalan, seronok kah couple dengan kaum sejenis ni? Tiada beza pun kamu tu. Bertaubatlah selagi ada cahaya di hujung jalan.

Bergertalah Jiwa “Bila Allah hendak membinasakan seorang hamba, Dia akan mencabut rasa malunya darinya. Bila rasa malu ini sudah dicabut, kau akan melihatnya dibenci dan di jauhi orang-orang. Apabila kaulihat ia dibenci dan dijauhi, dicabutlah sikap amanah darinya. Bila Amanah itu sudah dicabut, kau akan lihat dia menjadi khianat dan pengkhianat. Jika ia dianggap khianat dan pengkhianat, dicabutlah rasa kasih sayang darinya. Bila rasa kasih sayang itu sudah dicabut, kau akan lihat dia menjadi penjahat dan terlaknat. Apabila ia sudah jadi penjahat dan terlaknat, dicabutlah Islam darinya. (HR. Ibnu Majah)

Baca hadis itu ya sahabat. Supaya rasa malu kamu ada kembali. Supaya kamu sedar. Kamu bukan tidak berpelajaran, kerja pun baik, famili pun ok.

Sedarlah sebelum kamu pergi lebih jauh. Aku sedih juga sebagai kawan kamu. Mungkin keluarga kamu tidak tahu aktiviti songsang kamu ini kan?

Lagi, mahu tahu apa sebenarnya yang golongan ini cari?kepuasan, kelainan, kekstriman (errrr..)..lagi?lagi?lagi?

Silalah kongsi dengan saya…(^_~)..

Sekalian golongan GAY, cepat bagitahu kami kenapa kamu lebih tertarik dengan kaum sejenis kamu daripada kami yang jelita-jelita ini?hahhaa…

Hampeh!