Fuh!!

Lega. Alhamdulillah Harimau Malaya berjaya menumbangkan Garuda. Yeahahahaha..

Sekarang boleh tarik nafas lega dan mengupdate blog ya.

Di Tweeter banyak gelaran yang diberikan mengenai perlawanan Malaysia dan Indonesia tadi.

Antaranya:

Bung Mokhtar 1 – Bung Karno 0 lah, Majikan 1- bibik 0 lah. Ct nurhaliza 1 -kris dayanti 0, drama 1- sinetron 0. Hehe..kreatif kan penyokong Malaysia.

Orang seberang jangan marah ya..~bigsmile~

Oklah, salam semua.

Sebenarnya, sikit lagi mulut aku dan kawan aku kena tampar sebab sepanjang perlawanan bola sepak tadi asyik berteriak saja. Sakit jiwa housemate kami yang tidur awal tu..hehe..sorry ya..

Hehe..sebenarnya tipu saja tu. Kami berdua menunggu saja si member keluar bilik dan sound:

“Please stop yelling!” (dengan perasaan marah meluah-luap, sambil melaga-lagakn gigi dan mengigit bibir, sadis wooo..)

atau

“Go to hell lah kamu!” (dengan menghempas pintu kuat-kuat dan memaki hamun)

atau

“Gilakah hapa yang kamu teriak-teriak ni!” (dengan muka pening sebab terbangun dari tidur secara mengejut)

atau

“Bolehkah kamu dua orang jangan gila gedik sendiri tengok bola?!” (ada sedikit lembut tapi dengan intonasi sinis).

Tak boleh nak tahan time-time genting, biarpun mulut sudah tutup dengan bantal busuk. But stillllll keluar juga suara nyaring..hehe..

Hahaha..tapi nasib baik dia cool jak. Tak berkutik pun dari katilnya.

Sebenarnya perlawanan tadi macam kebudak-budakan jugalah dari kedua-dua pihak. Dua-dua side panas baran, darah muda.

Tapi paling cool Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) kemas saja tangkap bola dan tendang semula ke bawah. Hisshhh..kalau KFCM  cedera tadi sebab tergelincir habislah Malaysia kena belasah. Syukur.

Jap, sebenarnya ada kemusykilan, pemain import Indonesia yang dibangga-banggakan tu dari Papua New Guinea kah?

Heh?

Tahniah Malaysia..(^_^)…