Salam,

Ya Allah, segala rahmat, kasih sayang, ketenangan adalah di dalam kekuasaan-MU, hamba -MU ini bermohon berikan kami segala rahmat kasih sayang-MU, segala ketenangan zahir dan batin untuk hamba-MU ini. Kami bersyukur dengan rahmat-MU kerana menghidupkan kami pada Jumaat yang indah ini. Janganlah jadikan hari ini Jumaat terkahir kami. Rahmatilah kami dengan lindungan kasih sayang-MU. Amin. Amin. Amin.

I feel so blessed today.

Semalam, puas menangis, sampai bengkak-bengkak mata, sakit kepala, mata berpinar-pinar. Sungguh. Aku rasa takut sangat semalam.

Takut mahu melelapkan mata.

Takut aku akan mati hari esok.

Takut aku akan jadi arwah.

Takut aku akan bermimpi yang menakutkan.

Semuanya berlaku selepas aku teruja menjerit ketika perlawanan bola Malaysia dan Indonesia.

Lepas masuk bilik, pakai bedak sejuk dan mengupdate blog aku bersiap sedia untuk tidur.

Off lampu, baca doa tidur dan zikir bagai, tiba-tiba hati rasa sunyi, sedih dan segala sorak-sorai sebab Malaysia menang tadi hilang.

Aku rasa hina dan rendah diri sangat.

Aku duduk.

Rasa sendu tiba-tiba. Betul. Aku terkedu sekejap dan kemudia menangis tersedu-sedu.

Betul tak tahu apa kena. Mungkin juga semalam malam Jumaat kut. Sebab kebiasaanya setiap malam Jumaat aku akan baca surah Yassin.

Tetapi oleh kerana tengok bola (hehehe..) lepas Isya’ aku terus tengok TV, tak baca Yassin pun. Selepas maghrib semalam aku tak sempat baca sebab terus makan plus berbuka puasa.

Jadi, terus tidur tanpa baca Yassin. Sebab itukah. Sebab hati terasa sangat kosong. Tiada pengisian, jiwa tiada makanan.

Huargggghhhhhhhhhhhhhhhhh…

Aku memang yang tak tahu bersyukur. Semasa suka lupa Tuhan, waktu susah baru terhegeh-hegeh cari Dia.

Begitulah manusia. Sungguh pelupa.

Dan semalam aku dapat pengajaran.

Terima kasih Tuhan.

Jadi, hari ini mata bengkak pergi kerja. Cooooooooool..(>_<)…

JANGAN LUPA YANG ESA, SUSAH ATAU SENANG.