Salam,

Alhamdulillah, siap juga akhirnya kerja-kerja suri rumah..(hehe..perasan jadi suri ko yek!..).

Sepatutnya hari Ahad adalah hari untuk berjimba-jimba kan?tapi aku duduk rumah saja..psssstttt..tak ada orang ajak kuar, lagipun poket da kempis..berapa haribulan hari ini yek?cuba tengok tarikh hari ini…20.11.2011..nice..

Cantik cuaca hari ini. Tak panas sangat, tak mendung…so-so..moga-moga kain baju di ampaian kering-sekering-keringnya…(^_^)…

Kejap lagi mahu keluar pergi pasar, beli bahan mentah (?) untuk memasak..haha..sah macam makcik-makcik sudah. Jadi, ada aku kesah? huh!

Jumaat lepas, pergi join member-member tengok sale di shopping complex. Ya Rabbbi! serius, banyak sale. Jumaat biasalah, rehat panjang kebetulan pelajar sudah habis peperiksaan, paper exam pun sudah marking, done! kami keluar beramai-ramai dari pukul 10.30am sehingga 3.00pm..lamakan?hihi…makan gaji buta. Adik-adik bawah umur jangan ikut aksi ini ya, tidak baik untuk kesihatan attitude.

Serius, melting aku terkena panahan harga murah di Metrojaya dan Padini Concept Store.

Beb, berpinar-pinar mata.

Padini Concept Store memang kedai kegemaran gua ok, termasuk Gardiano. Zasssss..terbeliak mata tengok harga sale 3helai RM39.00, 3helai RM50.00, 2 helai RM49.00, kasut sebijik RM29.00, handbag gila harga runtuh. huh! tarik nafas jelah. Tunggu aku gaji!

Teringat sebelum hari raya aidilfitri lalu, aku beli 4 helai baju di Padini Concept Store dengan baju bawa RM50.00. Murah tak murah.

Ada kisah lucu berlaku di dalam store yang kami galak memilih baju.

Hehe…aku yang terkena ok.

Kami pergi 8 orang semuanya, semua yang bajet-bergaji-ribu-raban-samapi-tak-habis-pakai sibuk beli baju-baju.

Sibuk try-test baju-baju mana yang berkenan, lepas tak ngam main campak je, dan sales girl tu asyik pandang je. Dah lah muka gila-kentang-monyok-macam-baru-kena-putus-boipren. Aku dah agak mesti hati dia sedang bergolak geram..haha..walhal, aku tak amik port pun, just stand away from them, and just watching beb.

Pastu, member-member lain pun dari satu tempat ke satu tempat diorag terjah, and did the same thing, tengok, try, campak dan move to another boxes.

Aku hanya tengok seluar-seluar slack dan jeans di bahagian lain. Dan dapat jeans yang berkenan, harga sebenar RM139 plus something, tapi ada 70%. jadi aku rembat.

Kemudian datang seorang member mengoffer aku nak tak kongsi dengan dia baju yang 3helai RM39.00 tu, dia dah dapat 2helai dan kalau nak dia bagi aku sehelai.

Aku cakap bolehlah, tapi kena cari baju dulu, kalau ada yang cantik aku amik.

Kemudian aku pergi semula ke tempat baju-baju tu. Masa tu dua orang sales girl sedang melipa-lipat semula baju yang member-member tu selongkar dengan muka monyok. Jadi aku senyum.

Tapi, tiba-tiba kau dengar “tak habis-habis, datang lagi!” dengan kasar, sakit hati tak? Kemudian aku menoleh ke arah dua orang sales girl tu.

Aku pandang muka sales girl tu, dia terkedu dan nampak perubahan air muka. Kemudian aku terus senyum. Hahahahha..damn! sepatutnya aku maki dia, tapi tak tahu kenapa aku sedekahkan senyuman.

Lepastu, aku amik sehelai baju, konon-konon macam mahu beli, tapi, aku amik dan campak balik. Wehhhh..aku tak sengaja, mungkin aku sakit hati kut. Terus hilang mood mo cari baju tu.

Kemudian aku mengadu dengan member-member lain. Diorang cakap, diorang tak bongkar teruk pun, hanya sehelai dua je.

Satu hal lagi, diorang tak letak desplay pun, jadi pelanggan terpaksa belek satu persatu jenis baju.

Yup, sebelum tu aku ada tanya, baju di ruang tu tak ada desplay ke?sales girl tu geleng. See, siapa salah?

Kemudian lepas bayar, kami lalu di hadapan sales girl tu. Aku pandang je diorang dan terus blah.

Terus pergi kedai lain. Rupa-rupanya ada dua ekor member aku ni siap sindir dua minah tu. Datang-datang je diorang cakap kat aku ‘dah kami sindir diorang tadi’ sambil senyum-senyum.

Hah! biar betul.

“Yup, kami cakap, kau lain kali belajar bagus-bagus supaya kerja macam kami, pen*******. Bukan sales girl”

What the H***?

Kesian budak-budak tu.

Tapi sekurang-kurangnya aku sunguh releaf. Hmmm..sekali-sekala jadi jahat apa salahnya kan?

Psssstttt..sumpah aku bukan meninggi diri, nauzubillah, kena laknat Tuhan nanti. Nauzubillah.

Tetapi sebenarnya, aku tak sampai hati nak kata dengan orang lain macam tu.

Apa-apa pun, siapa dulu yang cari pasal.

Mari sini kalian, terutama untuk sales girl tu.

Siapa pun anda, kerja apa pun anda, setinggi mana pun pelajaran anda, jangan sesekali bongkak dan biadab, kerana tanggungjawab adalah tanggungjawab…jadi kalau itu sudah tugas kamu, jangan komplen, dan kami juga ada tanggungjawab kami. Maaf kerana menyusahkan kamu, tapi still itu memang kerja kamu kan, sekurang-kurangnya kami bagi kamu kerja, tidaklah kamu makan gaji buta..hihi..

Hmmm..untuk aku juga. Jangan berlagak. Ampun. Tak buat lagi lepas ni.

……(^_^)…..

Thanks freinds..

 

 

pssssttttttt…

 

 

 

 

 

 

 

 

sebenarnya…

 

 

 

 

 

 

 

sebenarnya….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sebenarnya…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku minta maaf!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku tak mahu menagdu domba lagi lepas ni.

 

 

 

 

 

 

 

 

Janji.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumpah.