Salam,

Masih dalam tanda tanya.

Pagi tadi, sekitar jam 5.00am, ada orang ketuk rumah sewa aku. Kemudian member rumah buka pintu.

Mahu tahu siapa dicarinya?

Dia cari aku.

Member ketuk pintu bilik, tapi langsung aku tak sedar. Jadi, member aku ‘halau’ dia. Tapi dia merayu suruh kejutkan aku juga.

Member aku dah cakap, dah kejutkan tapi aku tak bangun juga.

Kemudian, member suruh dia call aku. But, till now aku belum terima apa-apa panggilan dari sesiapa.

Member cakap lelaki tu hitam-hitam manis, pakai t-shirt hitam dan jeans dan mengaku kawan aku.

WTH! aku tak ada kawan lelaki tau yang duduk berdekatan sini.

Aku tanya muka macam penjahat ke?hehe…lucu…

Aku fikir. Siapa yang tahu di mana aku menyewa. Seumur hidup aku tak pernah reveal di mana aku menyewa dan apatah lagi bagi tahu nombor rumah. Kerja gila.

Setahu aku, hanya akak-akak dan abang ipar aku sahaja yang tahu. Sebab diorang pernah amik dan hantar aku balik.

Jadi, lepas member bagitahu pagi tadi dalam jam 7.00 am, terus aku call diorang semua. Tetapi tiada. Akak-akak aku risau suruh berhati-hati.

Menghairankan betul. Aku tak ada kawan lelaki pun di area sini. Apatah lagi stalker. Tak ada yang sekodeng aku pun. Tak kan peminat?hahha..haipppp..sempat lagi main-main. Fikir! siapa dia.

Siapa dia ya?sampai tak nak tunggu siang baru ketuk rumah orang. Ni di pagi-pagi subuh dah ketuk rumah orang. Konfius.

Hmmmm…aku post di FB, ada member cakap, tok imam datang untuk kejut sembahyang subuh.

Aku terus fikir, mungkin malaikat yang dijelmakan menjadi manusia. Hah! seram. Seram.

Mungkinkah?malaikat maut?huhu…subhanallah.

Siapa?siapa?siapa?

Hah?

Baru aku teringat.

Semalam, aku ada marah sorang student sebab datang rumah aku malam-malam buta sebab nak hantar tugasan. Tapi aku tak nak terima sebab dateline yang aku suruh hantar pada hari Jumaat. Jadi dia merayu-rayu juga nak hantar. Tapi aku tak nak juga.

Lepastu aku terfikir mungkin famili dia yang nak tolong merayu dengan aku. Tapi, aku tak bagi tahu pun di mana rumah aku. Budak tu hanya tunggu di bawah apartment. Nombor rumah pun aku tak bagi tahu.

Mustahil. Mustahil.

Tapi, aku tetap mengatakan lelaki itu tersalah rumah dan kebetulan yang dia cari tu memang sama nama dengan aku kan?

Ke memang betul itu malaikat?

Hah?

Aku masih menunggu kemunculan lelaki itu. Ya Allah. Beban rasanya bila fikirkan siapa dia. Cettttttt!