Salam,

Huargh..2 hari tanpa internet dan  berblogging. Kelmarin sibuk sangat-sangat buat course file, sebab mau hantar di Jabatan Akreditasi dan Peperiksaan kolej..huhu..sempat buka FB jap, pastu off dan buat kerja semula. Tanpa curang dan tipu-tipu mau layan Fb.

Stay-up at office with 3 of my friends until 8.30pm. First time since aku kerja di kolej ni..hihi..

Balik rumah sambung buat kerja.

Esoknya sambung lagi kerja yang belum siap. Dalam jam 10.30am dah siap. Kemudian keluar dari pejabat pergi berjimba-jimba sampai jam 4.00pm. Gila makan gaji buta kan?

Ala…sementara pelajar lama bercuti dan pelajar baru ikut orientasi baik kami tenangkan fikirankan?betul kan?kan?

Bukan selalu pun kami buat kerja ni..(^_^)..hehe

Kami adalah pekerja yang sangat baik dan patuh pada arahan. Sila percaya. Sila jangan nafikan. Sila jangan geleng. Sila senyum. Terima kasih…love you lah…:)

Maka, satu hari lagi tak buka internet. Rupanya hidup lagi kalau tak ada internetkan?Ingatkan dah tercungap-cungap macam ikan tak ada oksigen..hahaha..bengong!

Balik dari office kelmarin plan mau pergi jogging, pastu tiba-tiba tukar perancangan, sebab Twilight Breaking Dawn Part 1 baru keluar dan member–member office cakap best gila, jadi siap-siap pergi keluar mau tengok. Konon!

Member rumah cakap, pilih di antara dua, pergi aktiviti pertama; yang percuma dan menyihatkan atau aktiviti kedua; buang duit dan menyeronokkan?

Kalau kamu, pilih yang mana satu?

Hmmm…

Hmmmmm..

Hmmmmmmm…

Amat susah mahu pilihkan?

Jadi, kalau aku haruslah pilih yang pertama tu..opppsss silap aktiviti yang kedua..*wink*

Ok, kata sepakat pilih tengok movie.

Tapi hampa..huhu..pawagam penuh sebab kami sampai GSC lewat. Cancel terus.

Lepas tu melangkah dengan kaki yang longlai keluar dari kawasan GSC. Sedih. Tiba-tiba ternampak banner iklan K-Box, 1 song, RM1. Apalagi, member yang memang suka sangat karaoke terus jak on..gila makan gaji buta lagi kan?

Kemudian lepas karaoke yang tak syok, macam tekanan je menyanyi di bilik tu sebab sound system K-Box semput, kena control suara, tak boleh nak all-out bagai..ehem..macam ko yang nyanyi nak komplen lebih-lebih kan?..hehe..sebenarnya itu adalah komplen dari member-member. aku kan pemalu, alergik dengan mikrofon jadi kerja aku hanya pilih lagu dan technician jadi kalau mahu karaoke perlukan pembantu tolong picit-picit remote bagai sila bawa saya, saya tidak terhegeh-hegeh akan rampas mikrofin dari genggaman anda terima kasih.

Lepas karaoke terus window shopping yang memang sana-sini Krismas sale.

Boleh pitam sebantar.

Akhirnya, final destination ialah….Big Apple for dinner. Gila! jam 10pm makan donut.

Kemudian memulangkan diri ke rumah masing-masing dengan seribu sesalan. (sila bayangkan muzik latar keberangkatan kami diiringi lagu 3 suara tu ya)

Satu hapa pun tak dapat.

Itulah makan gaji buta manjang. Tak berkat hidup.

Haha..sebelum ini aku tak sedar yang sebenarnya aku makan gaji buta!serius tiap-tiap hari, sampai sahaja pejabat dalam jam 8.00am terus on Encik lappy, buka FB, berblogging saaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmpaaaaaaaaaaaaaaaaaaai jam 12.00pm, kemudian lunch sampai jam 1-00pm, sembahyang Zohor, kemudian sambung buat bodoh tiada kerja-macam-aku-kena-bayar-gaji-untuk-buat-kerja-mengupdate-status-fb-dan-update-entri-blog-juga-santai-baca-gosip-artis-di-beautiful-nara-juga-oh-bulan-huh-syukur-nak-aku-dapat-kerja-mulia-ini. saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiii jam 5.00pm..

Oh..aktiviti tidak sihat ini hanya dilakukan ketika pelajar sedang bercuti dan belum ada pelajar yang menyerah diri kepada saya untuk diminta ajar. Kalau sudah ada kelas tidaklah saya begitu senang lenang macam company ini bapa saya yang punya. Harap maklum..(^_*)…

Jadi, kamu semua jangan ikut macam saya…sila jauhi saya..nanti terkena virus. Senang berjangkit tau..hihi..

ChoW!