Salam,

Serius peminat fanatik rupanya orang tua aku ni.

Mak dan bapa aku masih menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak Malaysia vs Indonesia sukan Sea ari tu.

Hahaha..paling tak tahan mak aku stillllll berteriak suspen..”golkan la bola..bagi..bagi…ish…”hahaha..

Pastu pandai pula dia komen sendiri.

Mak: “Padahal sudah tahu siapa menang…”sambil ketawa..

Aku: Iya..excited lagi mama tengok kan..hihi..

Mak: Pura-pura nda tahu ba..baru seronok..

Aku:hahaha..boleh pulak kan..:)

Cute kan mak aku?

Ngehngeh….anak beranak hantu bola rupanya, silap-silap mak dan bapa aku lagi lebih fanatik, mana tahu…:)

Ok. Itu intro ya.

Sebenarnya aku mahu kongsi satu kisah lucu mengenai kabinet kasut.

Hari Jumaat tu kami ada beli kabinet kasut main pasang sendiri. Teruja dengan member rumah mahu ada satu rak kasut sebab kasut kami punya main banyak dan bersepah macam tiada tuan..hihi..

Psttt..kasut akulah paling menyemak kat belakang pintu tu. Silap haribulan ada yang kena buang sebab tak kena beri kasih sayang.

Kasut/sandal/heel/crocs aku memang banyak. Yang ada di rumah pun ada dalam 7 pasang (untuk kerja), yang memang aku tinggal di bawah meja pejabat ada dalam 5 pasang, kasut untuk aku berjimba-jimba ada dalam 3 pasang..hihi..kalau ada gempa bumi sah mati tertindih kasut sendiri. Tu belum campur dengan yang aku tinggal di kampung ~fesyenlama~

Lepas tu kami belilah sebuah rak kasut yang memang muat-muat untuk kami bertiga.

Dalam jam 6.oopm member da siap buka dari kotak dan susun papan-papan, skrew, paku, tukul, gunting (haha..aku pun pelik kenapa nak pasang rak guna gunting?) dan skrew driver di ruang tamu.

Ok, start jam 6.30 kami mula beroperasi. Mula-mula pasang memang senang. Tutup mata pun boleh siap. haha..gila berlagak ko! Yalah, dah memang terus cantum je, tinggal pasang skrew je.

Ok. Settle. Siap pasang jadi empat segi.

Cabaran kedua!

Pasang pintu pula.

Bab ini ingat lebih senang.

Nah amik kau. Lubang pun tak ada kena tebuk. Kami ingat tak guna skrew, cuma pasang saja. Tapi pelik sebab banyak lagi paku dan skrew tinggal.

Jadi, hampir 5-6 kali kami buka dan pasang. Masih juga tak dapat. Naik muak. Tahap kesabaran pun semakin menipis beb.

Tak tahulah apa kejadian rak kami tu. Dah hancur. Dari luar dan pandangan hadapan memang sempurna, tapi bahagian belakang dan dalam hancur macam kena gigit-gigit tikus.

Itu tak termasuk tangan aku macam mana. Sakit memulas skrew, tercalar kena papan, merah-merah masa menukul.

Awww…sungguh cool kan aku?kalau kena buat bini syok sebab dapat package. Bini yang pandai bertukang kayu..(^_*)..

Masa memasang, membuka, menukul, cabut balik paku dan skrew tu tak habis-habis kami gelak ketawa berdua. Tetapi, dalam hati hanya masing-masing sahaja yang tahu. Aku, hati dah membara. Memang. Macam tak sabar nak campak benda alah tu ke tingkat bawah.

Nasib baik member sorang ni masih cool. I like.

Akhirnya, perut dah lapar, tangan da sakit barulah benda tu tercantum dengan sempurna.

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….

Rasa macam nak nangis sambil cium-cium dan lambung-lambung benda tu ~kalauboleh~

Perasaan tu macam perasaan gembira masa dapat bonus gaji sebulan <——itu tipu~taklah sampai macam tu.

Ok..mari kita lihat apa kejadian rak itu…

Ya...itulah hasilnya...(^_^)...

 

Cuba lihat..tingkat paling atas dan kedua adalah kasut 2 orang member aku dan tingkat paling bawah ialah rak kasut aku..gila banyak kan?sampai tak muat..tu kasut-kasut yang selalu aku pakai pergi kerja, dan yang tak pakai aku letak dalam kotak dan simpan bawah kait..hihi..gila kasut!

Cutekan rak kasut kami yang kami pasang 2jam baru siap..*wink*wink*

Hmmm…jangan expect kami akan ciptakan kamu sebuah rak kasut yang bergaya. Al-maklumlah kami adalah pelajar sastera..hihi..

Kalau kau suruh aku tulis rencana kah, tulis beritakah, pergi interview orangkah, haruslah aku tahu.

Janganlah bagi aku papan, kayu, paku, tukul atau apa-apalah!

Aku tak tahu mahu buat apa.

Tapi kalau kau bagi aku kertas dan pen, maka jadilah apa yang kamu kehendaki..(-_-)..

Itulah, someone is good at something, right?