Salam,

Ok, dari aku datang awal pagi tadi mulut asyik mengunyah saja.

Hish…apa mau jadi pun tak taulah. Grrrrr..tapi berat badan tak juga pandai naik-naik..(-_-‘)

~happysebenarnyamakandanmentekedarahmacammanapunstilltakgemuk~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::CERITABARU::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Hari Sabtu aku amik teksi nak pergi Sipitang. Rumah kakak.

Jadi, tunggulah teksi yang gila kentang lambat. Dari jam 9.00am, jam 10.15am baru gerak. Mencikk!

Lepas tu, aku say hi-hi dengan akak yang jaga stall di stesen tu.

Akak tu memang peramah, aku kenal dia, dia kenal aku, tapi taklah mesra sangat. Selalunya aku tegur dia dengan senyuman je, itupun dari jauh..jaaaaaaaauh-jauh.

Kadang kalau beli something dari gerai dia baru kami cakap ringan-ringan je.

Mahu dijadikan cerita. Aku terliur dengan pakcik-pakcik teksi yang makan kuih kacang. Aku memang pelahap tahap cipan kan?Padahal mak aku dah sediakan sarapan sebelum aku bertolak dari rumah tadi..kuikui…perut saiz longkang memang macam ni.

Jadik, aku pun ada hati nak beli kuih-muih di gerai akak ni.

~kurangasampunyapakcik-pakcikmenjeleskanaku~

Masa aku datang mendekati gerai akak tu, dari jauh lagi dia dah tengok, aku pun senyum jaklah (perasan macam artis..kahkaha….). Sampai tempat dia aku senyum lagi. Dan minta akak tu bungkuskan kuih kacang.

Tiba-tiba akak tu boleh cakap sesuatu yang membolehkan aku pengsan dan tersenyum kerang selepas sedar.

Akak Gerai:Adik guna air kelapa bah untuk mandi..

Aku:WTH! (<——- tipu) apa kak?

Akak Gerai:Akak tengok muka ko semakin teruk, dulu akak tengok tak pun macam ni, ok saja.

Aku:Ya Allah! betapa concernnya akak dengan saya terharu sangat…emmm<——tipu lagi—->padahal masa dia cakap ni aku macam terblurr sekejap..malu…malu…sebab ada orang perasan juga jerawat di atas dahi aku ini..<—masa ni aku tersengih-sengi je..????

Akak Gerai:Mari duduk sini, akak bagi tips..

Aku:emm..tak apala kak (masa ni macam mo berlari dan bertapuk (hihi,,bersembunyi) di bawah meja…hahah..)

Akak Gerai: Marilah..

Aku: Ok…(sangat lemah)

Akak Gerai:Ko kena…bla..bla..kena buat orang..bla..bla..mandi air kelapa muda..bla..bla..akak bagi mandi nanti..bala..bala..bagi no telefon..bla..bla…

Aku: bala..bala..bala..(mengumam, terkedu sambil sengih-sengih)

Akak Gerai: Bla..bla…bla…bla……………………………………………………..

Beb, boleh kamu imagine, orang cakap pasal muka huduh anda?berterus-terang tanpa curang, tulus ikhlas sepenuh hati lagi..huhu..

::Saya tahulah, muka saya teruk macam ini semenjak saya bekerja di KK. Semenjak saya bertukar profession. Semenjak tuntutan kerja semakin banyak. Semenjak gaji saya semakin mengecil::

Yup, memang aku akui, dulu muka aku tak ada tumbuh jerawat. Sebijik je, di hidung, itupun time aku period je. Selalunya memang tak ada. Biarpun muka banyak jeragat tetapi jerawat tiada. Sekali lagi, tiada!

Kecewa sangat. Semuanya bermula apabila….

Start aku kerja di Lawas, jadi guru sandaran, tinggal di kampung yang tiada air paip, guna air sungai yang dipump untuk mandi, cuci muka, cuci baju, dan segala aktiviti guna air sungai yang keruh..hehe…even gigi pun boleh kuning..ngehngeh..<—-ini betul.

Yup, start dari saat itu jerawat tumbuh bagaikan pesta. Meriah. Gila. Kadang kalau tengok muka sendiri di cermin rasa macam bukan muka diri kau. Ngeri! serius!

Kemudian, lepas kena tendang jadi guru sandaran aku lepak-lepak-goyang-kaki di rumah <—-ini tipu–dalam 6 bulan gitu. This while, ok hapa muka aku. Tak ada jerawat pun.

Alhamdulillah, lepas tu dapat kerja sekarang. 2 bulan pastu, horrible! Masa tulah si jerawat tumbuh semula. Huarghhh..kali ini lagi teruk.

Sampai kalau aku pakai shawl aku tutup betul-betul bahagian dahi, kening pun tak nampak sebab mahu cover cela tu..hehe..teknik huduh!

Tak tahulah, apa yang berlaku sebenarnya. Akak gerai tu cakap aku kena buat-buat orang, ada orang dengki, dan dia siap nak bagi mandi aku lagi. Hahaha..gila kelakar akak tu…nauzubillah.

Siapalah nak buat dajal dengan aku. Aku bukan cantik pun.

Semuanya disebabkan hormon la akak oooiiii…

Tapi paling aku suka, masa dia tengok tangan aku dia cakap aku akan hidup senang.

Lepas tu paling menawan ayat dia ialah..

AKU ADA PEMINAT

Huarghhhhh…siapakah dia yang malang itu…:)

Akak gerai cakap dia akan muncul nanti dan meluahkan perasaan. Boleh percayakah?

Apa-apa pun akak gerai, terima kasih. InsyaAllah, baiklah nanti muka saya ini. Jangan fikir bukan-bukan. Ini berlaku sebab perubahan hormon bukan kena dajal orang lain yang dengki. Kalau muka saya macam Jessica Alba barangkali ada orang jampi sampah.hihi…

Yalah, sayakan semakin tua dan matang. Jadi…keluarlah segala penyakit-penyakit tu…