Salam,

Sekarang ini saya sedang terdesak mahu cari kerja part time.

Serabut fikir siapa mahu taja saya amik master tahun depan. Dengan gaji yang seciput itu saya rasa amat mustahil. walaupun saya sudah berjimat sehabis mungkin..huhu..Jadi saya mahu mengiklankan diri sendiri, dalam blog sendiri…hehehe…supaya senang dapat kerja.

Sesiapa yang berminat dengan saya (haha..trip artis kau!)..I mean, siapa berminat untuk mengajikan saya sebagai PART TIME WORKER boleh sokmo.

Ok. Saya mahu cari PART TIME based on online.

Seperti:

1) Menulis artikel untuk  majalah, blog, akhbar, DLL. (Seluruh Malaysia)

2) Translation BI-BM (Seluruh Malaysia)

3) Menaip dokumen, tugasan, pengiklanan (Microsoft Words sahaja) (Area KK, Sabah sahaja)

4) Proofediting (Seluruh Malaysia)

5) Guru tuisyen UPSR (semua subjek), PMR(BM, Sej, Math), SPM (BM, Sej, PI), Mengaji (semua boleh). (Area KK, Sabah)

Gaji, upah atau elaun boleh runding.

Ya, itu sahaja kelebihan yang dikurnia untuk saya.

Sebarang tawaran yang melibatkan MLM, jual produk, jadi agen jual topup, agen jual jamu mak dara bagai, ubat kuat kah, apakah, saya tidak berminta. Jadi sila main jauh-jauh ya…(n_n)..

Bagi sesiapa yang berminat atau mahukan maklumat lanjut boleh komen di dalam blog saya ini atau email sahaja di sini hnfend_ieyd@yahoo.com. Jangan malu-malu ya.

Jasa baik tuan/puan/datuk/datin/encik/cik amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

(^_^)

Harap-harap ada rezeki saya. Menanti dengan sabar. Ya Allah, tolong saya. Amin..amin…