Salam,

“Ya Allah! tiada satu kemudahan, melainkan jika Engkau jadikan mudah dan dengan kehendak-Mu sesuatu yang sukar itu menjadi mudah”

Selamat pagi semua!

Hari ini biarpun rasa sangat serabai dan rimas aku cuba untuk menceriakan diri..(n_n)..

~Abaikan perasaan itu~

Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu apa jawapannya. Sebab bangun pagi tadi ok je. Siap gelak ketawa dengar hot chat di Hot.fm tadi. Lucu. Topik yang di bawa FBI sama Usop hari ni berjaya membuatkan aku gelak sambil bertouch up. Mengenai penggunaan perkataan/ayat yang tidak sesuai/salah yang membuatkan kamu tergelak.

Antara yang aku ingat ialah:

“Sila timbang telur anda di sini” 

Gulp!yang ini SMS dari pembaca yang nampak sign ni di kedai runcit

“Rawatan anai-anai”

pun dari SMS pendengar

“sign board pertama: sila perlahan

Sign board kedua:perlahan

sign board ketiga:perlahanlah oooiii…”

hahaha..yang ini aku gelak kuat-kuat..hihi..tak taulah housemate aku dengar tak aku gelak pagi-pagi buta tadi

“Pertandingan memasak kanak-kanak”

yang ini FBI dan Usop pun gelak kuat-kuat

Ada seorang pemanggil ini, typing error, dia mo taip surat AS SOON AS POSSIBLE, tapi tertulis ASS SOON AS POSSIBLE

Harhar….ada pula macam ini kan..habislah kalau aku yang tertaip macam tu..:)

Aku tak berapa ingat lagi yang lain.

Tapi, di kolej kami pun ada sign yang menggunakan ayat yang salah. Biarpun kami ini institusi pengajian tinggi, but still have the wrong person, who those was appointed/hired here, although she/he not qualified...(n_n)..

Mula-mula aku masuk kolej ini dulu, kena buat report duty dengan dekan. Jadi masuklah bahagian akademik di mana pejabat dekan berada. (ok, highlight perkataan ‘AKADEMIK’).

You suppose to know, siapakah yang akan ‘menduduki’ jabatan ini jika bukan ahli akademik kan?

Masuk jabatan tu hati teruja sambil bermonolog ‘wah..inilah tempat di mana orang-orang cendekiawan dan bijaksana berada’. Kagum sebentar.

T___________________________T

Lepas ‘menunjukkan’ diri kami pun keluar menuju pintu utama.

Masa itu juga automatik mata aku terpandang satu kertas putih yang ditampal di belakang pintu berbunyi:

“SILA TUTUP PINTU SELEPAS KELUAR KE LUAR”

Kamu rasa betulkah penggunaan ayat tu?

Maaf kalau saya yang salah. Mungkin pakar bahasa boleh perbetulkan saya. Mungkin saya teremosi..hehe..

Lagipun takkan ahli akademik tak tegur atau buat sesuatu kalau benda tu salah, sebab perkara itu akan menjatuhkan imej mereka. Betulah kut ayat tu kan? kan?kan?

Psssstttt…kalau salah takkan ahli AKADEMIK di situ tak buat pembetulan. Bahkan di situlah ada ketua program dalam kewartawanan, ada katua program yang kelulusannya Mass Communication in Public Relation, di situlah juga dekan, di situlah ketua program Bahasa Umum (BI dan BM), di situlah ketua jabatan bahagian kualiti. Emm..emmm….:)

Dan tadi sewaktu naik tangga menuju ke pejabat, aku tengok papan kenyataan sebelum naik.

Ini pun salah satu kesalahan. Ayat berbunyi:

PERHATIAN TAHNIAH! BAGI PELAJAR YANG NAMANYA DISENARAIKAN DI BAWAH……bla…bla….

Hmmm…hmmm..hmmm…

Entahlah, saya kut yang terlalu jahat dan berlagak pandai. Mungkin bagi orang lain itu betul.

Maaf kalau saya yang salah. Maaf ya!

Kadang-kadang daripada bahasa kita, orang lain boleh make assumption, samada kau itu bijak atau tidak, berfikir atau tidak sebelum bercakap atau setakat mana kau itu berilmu. Jadi, make your words correct and proper ya dear…(>.<)..

Aku teringat pasal Datuk Bung Mokhtar, suami kepada artis gebu Zizie Ezette..emmm…kamu rasa dia itu betul-betul layakkah jadi ahli Parlimen?

Ramai kawan-kawan tak puas hati dan komplen mengenai dia, kalau bercakap merapu meraban macam dia tak tahu di mana dia berada pada masa itu…(^_^)..maaf ya, bukan provok tu…

Ok, mari kita ikuti perhimpunan agung UMNO di PWTC sekarang, bahagian ahli parlimen membentangkan usul mereka, siapa yang paling berilmu..tapi di sini kesalahan bukan bermakna stupid ya!

Bodoh.

Perkataan paling zalim. Jangan pernah guna perkataan ini kepada orang lain.

Ingat tu..:)

Let see guys!

“Attitude and words is a little thing that makes a big difference”

Quote from Chiken Soup for Soul 

Ataupun petikan sinikal popular ini;

You are what you eat

hehe..bolehkah tu?ngeh..ngeh..ngeh..

~bigsmile~