Salam,

Kamu pernah pergi Perdana Park di Tanjung Aru, Sabah tak?

Aku berkali-kali dah pergi sana untuk berjogging, tapi selama ini tak perasan pula, tempat tu tak ada menyediakan surau kan?Aku mula sedar apabila kelmarin, Jumaat lepas aku dan member keluar jogging terlewat sikit. Jadi ngam-ngam sampai sana dah azan maghrib. Selalunya kami balik sebelum habis waktu maghrib dan sempat sembahyang di rumah. Jadi aku jalan kali sekali round dan terus menuju ke kaunter pertanyaan.

Aku mahu tanya, bangunan surau berada di mana (hehehe…ayat skema tu). Pak cik yang duduk kat kaunter pun senyum-senyum macam blur. Erk?macam tak faham pertanyaan..huhu..

Aku ulang sekali lagi. Ada surau tak area sini?

Baru dia jawab tak ada, tapi pakcik kaunter cakap, kalau nak surau boleh guna bangunan kat sebelah.

Aku tanya lagi ada tak disediakan peralatan asas sembahyang. Dia geleng dan bagitahu tak ada.

How come?tempat sebesar dan secantik ini tak ada menyediakan surau. Beb! asas bah tu. Surau.

Kenapa pihak pengurusan park boleh sediakan dua buah tandas dan berpintu-pintu kedai dan gerai, tapi tak dapat sediakan seruang kecil bilik untuk surau?

Pelik kan.

Aku pelik sebenarnya, dan ada rasa tidak percaya bila pakcik kaunter cakap tak ada surau kat sana, jadi aku buat pusingan lagi, untuk mengesahkan betulkah tak ada surau. Aku keliling bangunan yang pakcik kaunter arahkan, tak ada. Kemudian aku pergi bangunan yang di dalamnya ada kedai-kedai makan. Juga tak ada. Yang aku jumpa hanya jamban! Ya, jamban disediakan sampai dua. Satu di bahagian entrance pertama sebelah kanan, kedua di bahagian entrance kedua sebelah kiri. Gila!

Hmmm..apa alasan pihak pengurusan tidak membuat surau?mahu mengatakn jamban adalah kemudahan asas bagi semua orang, stillllll surau juga adalah asas kepada pengunjung muslim. Be sensitive la!

Aku terkilan sangat. Jadi aku tak enjoy mahu jogging kelmarin. Sambil jogging aku terus menyesal, terkilan, kecewa dan berfikir. Taman yang disanjung-sanjung rakyat Sabah ini tiada surau, itupun tiada yang amik kisah.

Entahlah, mungkin ada kut di celah-celah kedai tu, tapi aku tak nampak, kan?<—-sedapkan hati sendiri..(>_<‘)..

Punya main gah air berwarna-warni menari mengikut muzik, itu pula yang dilebih-lebihkan. Bajet semua lari ke situ. Hampeh!

Jadi, pengunjung yang selama ini ke sana, sembahyang kat mana?sebab kebanyakkan pengunjung akan datang ke taman itu around 6.30pm-7.00pm sebab air pancut berirama akan bermula pada jam 7.00pm.

Berprasangka baik, mungkin mereka sembahyang di rumah dahulu sebelum ke taman, kan?<—-harap-harap betul.

Oklah, siapa-siapa yang tahu ada surau di dalam PERDANA PARK, TANJUNG ARU sila bagitahu, supaya aku tidak bersangka buruk.

Terima kasih.