Salam,

Huarghhhhhhhhhh..

Benci!benci!benci!

Pagi-pagi lagi aku dah mendapat malu..huhu..(-_-‘)..

Aku benci dia tujuh keturunan! Sumpah.

Ceritanya macam begini.

Tadi pagi sampai lewat. Dahlah tak ada parking dalam kolej sebab sedang diselenggara, jadi member parking dekat pintu pagar. Jauh nak menapak sampai dalam. Jadi turun dari kereta aku kelam kabut nak pergi thumb in…jadi jalanlah selaju yang mungkin sebab masa tu dalam jam 8.15am.

Di perkarangan kolej terparking indah kereta CEO dan pastilah ada si driver yang lahanat <—-muka macam babun!

Si lahanat aka driver tu sedang berbual-bual dengan staff kolej juga kut, sambil berbual sambil pandang aku dengan member jalan. Cisss!aku tau diorang sedang pandang kami. Jadi buat bodoh dan teruskan melangkah dengan elegen.

Shit!

Mahu tahu apa terjadi?

Huhuhu…kenapakah aku juga yang menjadi mangsa?

Tiba-tiba…

Tiba-tiba..

Tiba-tiba…aku terpelicok!

Hahaha..heel aku tersalah pijak, terpijak atas batu kerikil dan aku macam nak jatuh tapi sempat tarik tangan member. Yalah, jalan sedang diselenggara jadi banyak sangat batu-batu kecil tepi jalan. Tulah, gatal lagi nak pakai heel!padan muka!tapi…tapi..heel yang aku pakai tu bukan heel yang jenis bertumit tinggi, rata hapa..(>_<)..

Apalagi silahanat dan member dia tu ketawa terbahak-bahak. Tapi aku buat cool saja. Masa lalu kereta diorang, siap dengar lagi diorang ketawa terbahak-bahak dalam kereta. Panasnya hati masa tu. Tapi still control ayu, jalan dan pergi thumb in.

Sampai tangga nak naik opis aku memaki kaw-kaw silahanat dan member dia tu.

Huarggggggh! macam nak nangis saja masa tu. Serius.

Jadi aku sumpah dia pun akan dapat balasan juga. Satu hari nanti dia akan jatuh-tergolek-dog juga dan orang akan gelakkan dia. Paling penting, masa tu aku ada di situ untuk tumpang gelak-sambil-pukul-pukul-dada..<—-hehehe..witch kan?hahhaa…

Itulah, sementara kawasan kolej dinaik taraf ni pakai crocs pun ok hapa. Ni aku mahu juga bergaya dengan heel dan padahnya terpelicok.

Betul pulak instinct aku pagi tadi. Masa buka rak kasut aku termenung mahu guna heel yang mana satu. Aku capai heel yang aku pakai tadi, dan sambil berfikir janganlah aku terjatuh depan pelajar. See?

Lain kali percaya pada instinct ya sayang~

Inilah heel bertuah itu! damn!!!!!!

Ok, pada si lahanat aka driver tu, siap kau, nanti kena dengan muka ko sendiri, tunggu!

Oppppssss!terlupa kau enak-enak memaki orang, sedar tak kau sedang berpuasa?

Hah?

Sorryyyyyy..(^_^)…<—-ini muka tidak menyesal dan tidak berura-ura mahu tarik balik sumpahan..muka pura-pura insaf.