Salam,

Malam Jumaat!jeng..jeng..jeng..

Jom tengok cerita hantu, best ni..(^_^)..

Nostalgia zaman kanak-kanak. Malam paling ngeri buat aku. Hahaha..kalau diingat memang lucu. Sangat-sangat menggamit kenangan manis masa ini, tetapi kenangan ngeri pada masa itu. Sengal.

Dulu, setiap malam Jumaat, aktiviti tetap Bapa aku ialah membaca surah Yassin. Aku dan dua adik perempuan selalu menjadi ahli ‘surau’..hehe..ahli terpaksa. Yalah, surah Yassin tu sangat panjang <—-emm…pada masa itu, alasan mo ngelat. ada 83 ayat semuanya. Kau, kalau kau baca surah tu sambil tersengguk-sengguk sebab mengantuk yang amat. Percayalah.

Tapi itu dulu, sekarang tak sampai 10 minit dah habis. Kacang saja tu.

Hari Khamis petang kena mandi awal, balik dari sekolah petang yakni sekolah agama rendah tak boleh main-main lagi, terus bersiap untuk sembahyang dan mengaji, baca surah Yassin. Tapi kadang-kadang dua orang adik aku suka mengelat, akulah yang menjadi ahli surau tetap. Tiap-tiap malam Jumaat tak pernah miss..adalah muka aku tercongok di depan Bapa..<—sebab itulah aku sangat lancar mengaji..(^_^)

Bacalah…

Yasiiiiiiiiiiiiiinnn., Wal Quranil Hakim….Inna..

Sudahlah punya main slow dan bertaranum lagi Bapa baca, mata macam mahu terkatup sudah, kadang-kadang tertinggal lagi dan kelam kabut mencari ayat ke berapa Bapa sedang baca..hahaha…lawak lawak..

Kalau dah rasa bosan dan lama sangat aku hanya gerakkan mulut tanpa suara, dan bila Bapa sudah start buatbunyi  ‘ehem’ atau Bapa kuatkan suara barulah bersuara semula.

Kenangan. Aku bermula seawal darjah 5 sehingga aku masuk sekolah menengah. Tingkatan 3 aku sudah tinggal asrama, jadi sebulan sekali sahaja aku dapat merasa ‘berduet’ membaca surah Yassin dengan Bapa.

Semasa aku tingkatan 1, ikutlah kem motivasi, kami adakan Qiamulail, pada malam Jumaat. Antara aktivitinya ialah membaca surah Yassin beramai-ramai, oleh kerana kitab tidak cukup maka kami berkongsi-kongsi. Aku ‘terkongsi’ bersama seorang guru Math dan seorang rakan.

Aku baca lancar sahaja, rakan dan cikgu aku tersekat-sekat. Selepas mengaji cikgu aku tanya, memang biasa baca kah di rumah. Sebab dia dengar aku baca laju sangat..<—-hehe…kembang sekejap.

Sampai hari ini, pada setiap malam Jumaat aku kena baca surah keramat ni. Kalau aku tak baca, macam hati kosong. Ada sesuatu yang kurang dan hilang..(^_^)

Dan…aku boleh baca surah ini tanpa tengok…<—riak tak budak ni?

Tapi tak pas lagilah, kena tengok juga.

Sekarang, rasanya sangat rindu untuk ‘berduet’ mengaji dengan Bapa, sangat mencari peluang untuk mengulang saat-saat itu. Tapi belum diberi kesempatan oleh Allah, dan rindu juga untuk mengaji di depan Bapa, dan Bapa akan memperbetulkan setiap kesalahan ataupun siap dengan rotan di tangan kanan Bapa..hahaha..ngeri..(~_~)

Sebenarnya, ada kebaikan Bapa memaksa aku mengaji bersamanya. Alhamdulillah. Surah Yassin ialah HATI A-Quran. Jadi amalkan pembacaan surah ini ya.

Ini aku kongsikan segala kebaikan surah Yassin..thanks pada blog ini, BLOG MOHD ISA, saya copy ya

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wasalam..(^_^)..

#terima kasih pa sebab memaksa saya membaca surah Yassin sehingga menjadi satu tabiat dan amalan yang berguna..love you.