Salam,

SubhanAllah.

One of my freinds post this to her FB’s wall.

“The Effect of Music vs. the Quran on an apple | Imagine what it does to your heart”

Amazingly. You should try it at home, by yourself. And I wanna try that also, someday.

Ishhhhh..berbahasa omputih pulak, berbelit-belit lidah saya. Terjumpa satu entri menakjubkan ini yang di link-kan di FB kawan.

Kamu boleh lawati laman blog ini ya…di sini.

Eksperimen mengenai terapi menggunakan ayat-ayat al-Quran dan muzik.

Eksperimen pertama:

Eksperimen menggunakan sebiji epal sebagai bahan kajian, sebiji epal mengandungi 60-70 % kandungan air yang menyamai kuantiti air dalam badan manusia. Sebiji epal dibelah kepada dua bahagian. Kemudian setiap belahan epal disimpan di dalam bekas plastik berzip dan diletakkan di dalam suhu bilik. Selama 3 minggu, sebelah epal disimpan bersama alunan muzik dan sebelah epal didengarkan alunan bacaan ayat-ayat al-Quran.

AS you can see, these are the fresh apple after cutting into half..ini apple yang baru dipotong sebelum dibuat bahan ujikaji...

Ha..itulah epal yang masih segar. Nanti kita lihat apa berlaku sesudah seminggu uji kaji dijalankan.

Lets see it..

Inilah kejadian kedua-dua belahan epal selepas tujuh hari..(^_^)..

Sebagai pengetahuan epal di sebelah kiri kita itu adalah epal yang dimainkan muzik selama seminggu, manakala bagi epal sebelah kanan kita itu adalah epal yang dialunkan ayat-ayat suci al-Quran selama tujuh hari. Hmmm….kamu nampak perbezaan atau tidak?

Menakjubkan. Ok itu adalah eksperimen pertama yang dikirimkan kepada Al Huda Canada. Sila rujuk link di atas ya..(^_^)..

Eksperimen kedua:

Sebuah sekolah di Karachi, Refflection ingin membuktikan samada perkara itu sahih atau tidak. Jadi staf di sana membuat ujikaji kedua.

Mereka membuat perkara yang sama juga, membahagikan sebiji epal kepada dua bahagian dan memainkan muzik untuk sebelah epal dan sebelah epal diiringi bacaan ayat suci al-Quran. Perbezaan, pada kali ini mereka hanya menjalani uji kaji selama dua minggu, dan hanya memainkan 10 minit alunan muzik pada sebelah epal dan begitu juga pada bacaan ayat al-Quran pada sebelah epal, setiap hari.

Mari kita lihat apa hasilnya:

Ini adalah kedua-dua epal yang telah diujikaji selama 2 minggu, mana satu yang dimainkan muzik dan mana satu yang dialunkan ayat al-Quran, cer teka?

Ya Allah! betapa besarnya kekuasaan Allah.

Hasil epal yang dialunkan bacaan ayat-ayat al-Quran..(^_^)..

Hasil epal yang dimainkan lagu-lagu..(^_^")

Dikatakan epal yang dialunkan ayat-ayat al-Quran berbau wangi…

Saya akan buat eksperimen tersebut satu hari nanti.

Macam begitu juga dengan hati-hati kita, sebagai manusia. Jiwa dan hati juga mempunyai makanan. Bayangkan kalau hati kita asyik disumbat dengan hiburan apa akan jadi?

Hehe..jadilah seperti epal busuk yang disahkan oleh ekperimen tersebut.

Wallahua’alam bis sawab…