Salam,

Saya ada seorang kawan. Kawan saya bernama Chaca (bukan nama sebenar). Chaca seorang yang sangat suka berterus-terang. Chaca suka bercakap tidak berlapis. Dia juga suka cakap apa sahaja yang dia mahu cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Seperti contoh;

“Chaca tengok muka kamu ada banyak jerawat,”

Atau..

“Kalau Chaca-lah dah muka banyak jerawat macam tu Chaca cepat-cepat cari ubat, Chaca tak biar je,”

Atau..

“Chaca rasa muka Chaca banyak jerawat sebab terjangkit dengan jerawat kamu,”

Atau..

“Perhatian, tolong jangan panggil saya Cha..panggil saya CHACA,”

Atau..

“Kamu tak cantik pakai baju dan skirt itu, kamu nampak tua!,”

Atau..

“Apalah bodoh sangat, nak guna mesin fotostat pun tak pandai, tak ada otak,”

Atau..

“Tolong diam, saya sedang bercakap di telefon,”

Berikut adalah di antara contoh-contoh yang membuatkan hati dan jiwa rakan-rakan terguris lalu berdarah lantas meninggalkan kesan parut yang susah mahu sembuh.

Oleh itu, CHACA tidak disukai ramai, macam Apollo, kek lapis yang memang disukai ramai.

Sekarang, CHACA, menjadi buangan dan dipulaukan. Ini disebabkan oleh kecabulan dan ketransperanan mulutnya.

CHACA bukanlah calon untuk dinobatkan mendapat anugerah ‘SAHABAT PALING MULIA’ ataupun ‘SAHABAT BERMULUT BAIK’. Ramai kawan-kawan saya bercakap belakang. Mereka tidak suka CHACA tetapi berpura buat-buat menyayanginya sertai mengasihinya.

Teladannya kawan-kawan, silalah berpada-pada jika anda seorang yang sangat jujur. Sangat jujur untuk meluahkan rasa tidak senang, tidak puas hati atau rasa cemburu. Boleh kalau kawan-kawan mahu meluah, menegur tetapi gunalah cara yang berhemah ya. Betullah, CHACA sangat berterus terang. Tidak payah guna Spotlight lagi..

Jangan jadi seperti cerita CHACA, dia hidup dalam buangan dan penafian. Ini kerana dia terlalu jujur. Sehinggakan orang lain tidak jujur dan berterus terang dengannya.

#Jujur di sini bukan jujur yang baik, tetapi jujur yang membuat hati orang lain berdarah..(^_^)