Salam,

Emm…mahu kongsi beberapa buah filem/drama kegemaran sepanjang hayat aku.

1) The Letter (Thailand)

2) Why Me, Sweetie (Hong Kong)

3) 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta (Indonesia)

3 buah filem/drama ini sangat menjadi kesukaan bila-bila masa. Drama/filem yang kalau kau tengok memang pasti mengalir air mata macam hujan. Hidung tersumbat macam longkang di kala banjir <—tak rugi kalau kau bawa aku masuk panggung, mesti banjir punya..hehe..biarpun filem itu yang aku kutuk-kutuk tak-best-tak-best contohnya seperti contoh terbaru Ombak Rindu..hehe..

Aku cerita setiap satu pada setiap entri ya. Mula-mula The Letter! (baca sinopsis di situ ya)

Pelakon:  Anne Thongprasom  (heroin) Attaporn Teemakorn (Hero)

Filem pertama, adalah filem teragung dari Thailand juga yang berjaya menduduki carta hati aku, paling teratas (poyos jak ayat!), belum ada filem yang bisa menggantikannya, betul, tetapi, masih terkapai-kapai mengingat tahun berapakah aku menonton filem ini?Filem ni sudah dihasilkan pada tahun 2004, jadi aku tengok samada pada tahun 2007 atau 2008?sehingga 2011 ni aku rasa adalah dalam 5 kali aku ulang-ulang <—taklah tegar sangat sampai hari-hari mau tengok.

Genre filem ini berbentuk romance dan sedih. Watak utama ialah Dew dan Ton. Dew adalah orang bandar yang memang lahir, bersekolah, bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi besar, dan tinggal di bandar. Manakala Ton, seorang budak  kampung, bekerja di kampung sebagai botani juga tinggal di kampung.

Dijadikan cerita, nenek Dew tinggal sekampung dengan Ton. Ton dan Dew berjumpa buat kali pertama ketika kepulangan Dew kekampung kerana nenek Dew telah mewasiatkan tanah dan rumahnya untuk Dew. <—Permulaan cerita agak memboringkan yang kau rasa macam kau mahu tidur saja, tapi oleh kerana heroin sungguh fabulous jadi nyah kan niat itu…(^_^)..

Dew dan Ton adalah anak yatim piatu yang memang tiada saudara lagi di dunia ini. Dew sebelum ini ada seorang kawan tapi mati dibunuh oleh kekasih sibernya. Ton pula hanya ada sepohon pokok yang tiada daun, di situlah semua keluarga dan keturunannya berada, pokok itu juga dia anggap seperti dirinya. Pokok Ton. Unik kan?

Dipendekkan cerita, selepas kawan Dew mati dibunuh, Dew rasa tersangatlah sunyi. Jadi dia buat keputusan untuk pulang ke kampung. Kemudian, Ton dan Dew kahwin. Si Ton ni sungguhlah romantis tahap gaban. Sudahlah soft spoken, gentleman, rajin, handsome <–ciri-ciri laki aku. Dew pula terlalu lah manja, cuci baju, kemas rumah apatah lagi memasak tidak pandai, orang bandar lah katakan.

Selepas berkahwin Dew berulang alik setiap beberapa hari dari bandar ke kampung. Pada malam pertama diorang kahwin ayat paling aku ingat sampai bila-bila ialah ayat Ton kepada Dew , “Selepas ini Dew jangan pernah menangis sendiri lagi, sebab ada Ton di sisi,”..huarghhhh..meraung-raung kalau kau mengikuti kisah cinta diorang dari awal. Tapi aku tak pasti pulak kau korang boleh menangis baca sinopsis aku ni..hahaha..

Mereka hidup happily ever after….the end!

Apa?

Tak cukup?

Ooooh..tiada kaitan pun dengan surat kan?

Oklah..oklah..aku sambung balik.

Sebenarnya hidup diorang tidaklah sehappily ever after.

Pada suatu hari (cetttt! macam cerita sang kancil pula)..serius-serius..Ton ada jumpa sepucuk surat cinta nenek Dew dari dalam stor. Jadi diorang baca bersama-sama. Si Ton ni terover kekampungan jadi dia minta si Dew tulis surat cinta untuk dia bila si Dew balik bandar nanti, jadi tak perlulah diorang menggunakan email sebagai medium perantaraan. Tatapi si Dew tak mahu, dia cakap guna email kan senang dan cepat. Lagipun tulisan tangan dia buruk. Tapi si Ton cakap, kalau surat dia boleh pegang, boleh rasa dan boleh cium surat dari si Dew. Tapi si Dew tetap berkeras tak mahu tulis juga. Maka durhaka kena petirlah si Dew..<—ermmm…ini tipu.

Si Ton kecewa sangat-sangat. Tapi dia masih berharap.

Satu hari si Ton kena diagnosis sakit barah otak, sebab dia bekerja di dalam ladang yang selalu menggunakan racun pembunuh serangga. Stage yang memang kritikal dan dia kena masuk wad. Bermula dari hari itu kisah hidup mereka sengsara. Bahagian ini memang sepanjang-pajang minit dan saat kau menangis. Aku berani sumpah..<—atau aku saja yang emosi..hehe..

Kepala Ton botak, terpaksa guna kerusi roda, makan pakai semua si Dew yang terpaksa bantu. Si Dew rasa tertekan sedikit sebab dia terpaksa berulang alik dari kampung ke bandar untuk bekerja, menjaga Ton lagi, mengurus segala-galanya, hanya dia seorang. Sehinggakan satu tahap terpaksa juga dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bosnya yang terlalu mendesak agar dia siapkan kerja tanpa konsider yang suaminya sedang sakit. Dew tidak mahu meninggalkan Ton sorang-sorang di kampung.

Akhirnya, Dew balik ke bandar untuk bekerja setelah mendengar pujuk dan rayuan si Ton dan berjanji dia tidak akan mati sehingga Dew balik kampung. Itu janji Ton. Dia tidak akan mati sehingga Dew ada di depan mata. Jadi, Dew terpaksa tinggalkan Ton sendirian di rumah dan akan berulang alik setiap hari. Kehidupan mereka kembali berjalan dengan lancar.

Selepas sekembalinya Dew dari bandar, penyakit Ton sudah tahap serius, akhirnya Ton menghembuskan nafas terakhirnya di sisi Dew juga. Di hadapan mata Dew sewaktu Dew membaca surat cinta neneknya seperti yang dipinta Ton.<—masa tulis ni sambil kesat-kesat hujung mata..sedih…

Dew perasan yang Ton sudah tiada apabila tangan Ton yang digenggam Dew jatuh terkulai depan matanya, Dew tetap juga menghabiskan pembacaanya. Dew peluk Ton dan menangis sungguh-sungguh. Permintaan terakhir Ton ialah tabur abu mayatnya di bawah pokok Ton.<—gila emo masa ni. Dew kembali keseorangan. Dia mental sekejap dan mencuba untuk membunuh diri. Sehingga rakan-rakan sepejabatnya datang untuk membawanya kembali ke bandar.

Dew setuju. Tetapi saat dia mahu bertolak ke bandar, ada postman datang dan beri surat. Mahu tahu?mahu tahu?surat tu dari siap? DARI TONNNNNNN!!!! sebulan selepas kematian Ton<—time ni aku berharap sangat si Ton tidak mati, serius!

Akhirnya, Dew tidak jadi meninggalkan kampung. Dia baca surat Ton berulang kali, dia cium, peluk surat Ton. <—serius time ni kau histeria menangis…#sambil kesat air mata sendiri..

Setiap hari Dew terima surat dari Ton. Kalau aku tak silap dalam 5 atau 6 helai kut termasuk CD (sebagai pengganti surat) yang paling terakhir, sebab waktu itu Ton sudah tidak larat untuk menulis. Dew hairan siapa yang pos surat-surat tersebut? Jadi dia menyiasat, rupa-rupanya surat tersebut dipos oleh seorang rakan sekerja Ton.

Dia menceritakan permintaan Ton untuk menghantar sepucuk surat pada setiap hari untuk Dew, supaya Dew tidak sedih selepas pemergiannya. Sebenarnya, surat-surat itu Ton tulis pada siang hari semasa Dew pergi kerja. Ton tulis surat tu di bawah pokok ‘dirinya’ setiap hari, sepucuk surat sehinggalah dia tidak larat untuk bergerak sendiri malah untuk menulis.

Dew terasa sangat bersalah, sebab selama ini Ton minta dia tulis surat cinta untuknya, tetapi dia refuse tak mahu tunaikan.

Hmmm….sedih sangat endingnya ok. Setiap hari Dew pergi pokok si Ton, pokok yang Ton anggap sebagai dirinya, pokok di mana Ton tulis surat cinta terakhir untuk Dew. Dew peluk dan cium pokok tu seolah-olah dia peluk dan cium si Ton..<—di sini psaiko sikit..

Beberapa tahun kemudian.

Dew kembali ke kampung dan melawat pokok Ton. Tiba-tiba ada seorang budak kecil lari-lari ke arah pokok tu. Lepas tu Dew cakap, “Say hello to your daddy and intoduce yourself,”..itu adalah zuriat yang ditinggalkan Ton untuk Dew. Sekurang-kurangnya adalah juga pengganti Ton untuk Dew di dunia ini, selain sepohon pokok yang tak ada daun itu, pokok Ton.

Sedih kan?Tapi kalau korang tengok filem ni, secara terperinci, lagi menusuk kalbu.

Di antara scence-scence yang paling sedih, seronok, menarik;

  • Scene Ton pujuk Dew selepas kawannya mati kena bunuh.
  • Scene malam pertama mereka (emmm..bukan yang lucah-lucah tau..yang ni part skrip memang superb).
  • Scene diorang mula-mula pindah ke rumah waris nenek si Dew.
  • Scene si Ton melayan si Dew macam puteri.
  • Scene Ton baca surat cinta nenek Dew.
  • Scene Si Ton merendam kaki Dew dalam air suam dan mengelapnya dengan penuh kelembutan <—suka part ni,terharu..mau laki macam TON!
  • Scene waktu diorang dilambung derita, masa Ton pangku kaki Dew, pujuk supaya terima segala takdir mereka (scene hujan lagi time tu..perhhhh..dalam filem hujan, di luar pun hujan air mata).
  • Scene bila Dew telefon Ton untuk bagi tahu dia cintakan Ton (tetapi time tu Ton sudah tidak larat menjawab telefon, Ton hanya dengar dari mesej sahaja).
  • Scene Dew baca surat dari Ton sambil menangis-nangis tahap tak mahu berhenti.
  • Scene terakhir, scene Dew tengok video terakhir dari Ton (sebab waktu ni Ton tidak larat menulis lagi), waktu ni Dew peluk dan cium Ton di TV tu sebab hanya itulah satu-satunya benda yang ada muka si Ton…<—sumpah kalau korang tak menangis tengok part ni, korang memang bendul!

“A story about love, but ‘love’ must be proven, What does ‘love’ mean to you”

Ok, selamat mencari di YouTube ya..serius kalau korang tidak tengok filem ini korang rugi. Filem yang memang tiada tolok bandingannya. Cerita filem yang bukan jalan ceritanya kita boleh agak..(^_^)..

Cepat-cepat tengok ya.

#psssttt..kalau kamu tengok filem ni jangan lupa sedia kain lap..kain lap hingus dan air mata…#