Salam,

Kelmarin aku dan tiga orang kawan keluar lunch di McD Karamunsing. Waktu pusing-pusing cari parking tu, kami bertembung dengan kereta Avanza. Sikit lagi berlanggar. Dalam kereta tu adalah dalam tiga orang perempuan.

Member 1 cakap secara berseloroh “Uinaaa..abislah kalau kita terlanggar, ada ‘sister’ lagi di dalam tu”

Sister=bagi yang bukan muslim…faham-faham sendirilah ye..

Member 2 “Sister kah tu?bukan orang bertudung?”

Member 3 “bukanlah, kan itu orang pakai tudung”

Aku “heheh…”senyum sumbing.

Buat pengetahuan ketiga-tiga member aku tu bukan Islam. Dulu pernah timbul fesyen tudung sekarang menyamai dengan tudung yang dipakai oleh suster-suster di gerja. Yewwww!

Yup..tudung jenis yang ada bumbung tu, yang ada atap keras..hihi..

Nasib aku tak reti guna tudung tu tau.

 

Yup..tudung beginilah yang saya maksudkan..(^_^)..

Aku cilok gambar ni dari sini, thanks tuan tanah..(^_^)

Ish..benci bebenor aku tengok Cinta Elysa ni, ntah apa ntah hero dan heroinnya. Pakal la tak ada saluran lain..huhu..

Malam ni last episode sebenarnya, jadi aku jeling-jeling sikit la (hehe..padahal siap tapau makanan lagi depan Tv..penipu!), emm..scene Elysa keluar akhbar sebab dilantik menjadi pengerusi syarikat, buduh..trang tang tang diorang cuba tipu penonton, first scene kena kasi nampak Elysa pakai baju putih, pastu masa Aril tengok dan tatap separuh gila gambar Elysa tukar dah gambar, tak sama dan apakah bangang sewaktu press conference pelantikan Elysa jadi pengarah syarikat hanya sekerat jak yang hadir..yewwww..jelik!

Ok, lah puas sudah mengutuk aku chow. Nanti dapat dosa kering.

CHow cincau.