Salam,

Baru je seorang member share link di FB mengenai sebuah filem karya dari seberang juga..(kenapalah mesti dari seberang barulah filem tu best?). Bertajuk Hafalan Shalat Delisa.

Tengok trailer nya, memang superb. Macam tak sabar nak tengok. Huarghhh..paling saya suka semestinya pelakon lelaki filem ni si aktor ala-ala hero hindustan si Reza Rahadian, si Ocid dalam filem 3 Hati 2 Dunia 1 Cinta tu..tapi dalam filem ni rambut dia tak grebo ya..(^_^)..malahan dia jadi ustaz..hahha..

Harap-harap adalah ditayangkan di Malaysia..tolong..tolong…karya bernilai tu..serius! daripada tayangkan filem-filem omputih New Year Eves ka puss in butt ka, breaking dawn ka baik tayang filem yang memberi makna sejagat macam tu.

Lagi satu filem ni banyak betul unsur-unsur Islam. Diadapatasi dari novel juga. Juga!

Haippp..asal saja filem best semua dari seberang, filem dari seberang mesti best..(^_*)

 

Ini cover untuk filem..

Ini untuk cover novel pulak..

 

Ini pulak gambar cowok ganteng itu..Reza Rahadian..

Mari ramai-ramai ya kita nonton di pawagam 22 Disember (emm…kalau ada la ye..)…(^_^)