Salam,

Pssstttt!!! ada orang tu kan, orang tu kan…kan..kan..akan tua dalam masa 10 hari lagi..hehe..ting tong..~sigh~

Boleh pulak aku lupa, tahun ini aku menyambut birthday yang ke berapa, terpaksa amik kertas dan pen pastu kira. Gila pelupa kan?

Buruk kan tulisan?

Hah?sebegitu tua?taaaaaaaakk percayaaaaaaaaaaaaaaaa
Pang!
Budak hilang ingatan selektif perlu kena tampar untuk sedar ke dunia nyata supaya tidak meracau-racau sampai menakutkan orang sekeliling.
Dua-enam. Aku masih juga seperti dulu. Diri aku yang berumur dua tahun dan 6 tahun..(^_^)..
Dua-enam. Masih banyak lagi impian yang aku belum capai.
Dua-enam. Masih banyak lagi benda yang perlu aku lalui, pahit, manis, getir, gembira.
Dua-enam. Aku masih tunggu pokok krismas betul sebagai hadiah hari jadi.
Dua-enam. Aku masih bujang dan tiada calon bakal suami.
Dua-enam. Aku belum ada master.
Dua-enam. Aku belum mahu tamatkan zaman bujang.
Dua-enam. Aku tidak dapat lagi duit raya..huhu…
Dua-enam. Aku belum ada lesen kereta dan kereta.
Dua-enam. Aku belum bertukar jadi Jessica Alba. Heh??
Hehe..buat-buat tak nampak aku punya list yang belum tercapai dikala umur masuk penghabisan waktu muda tu. Budak hilang ingatan selektif tidak sepatutnya merapu maraban seperti tu. Entah mana lah penjaga budak ni.
Teringat, tahun 2009, aku masih bekerja di sebuah kementerian (kalau korang baca entri sebelum ini, tahulah korang aku pernah menabur bakti di mana..hihi..). Aku make a wish dengan bos, satu sahaja hadiah yang aku mahu masa birthday nanti, iaitu pokok krismas. Jadi, bos aku memang sangat baik dan pemurah (love you sis!), jadi lepas cuti krismas aku datang ofis macam biasa.
Cuba teka?aku dapat tak hadiah tu?
Yeahhhhhhhhh! ada box atas meja. Besar. Hati aku berdebar-debar. Mungkinkah pokok krismas?mungkinkah? Bos cakap bukalah. Buka-buka aku nampak benda hijau tapi keras. Pokok krismas tak keras pun. Rupanya, memang cristmas tree, tetapi berbentuk pasu. Cute. Nanti aku upload gambarnya ya.
Thanks boss!
Bos bagi aku sehelai baju, cute, ada riben color merah di leher. Memang cantik. Bos cakap dia sudah round semua shopping complex tapi tak ada jual pokok krismas yang real. Tak apa bos, yang palsu ni pun buat hati saya sayu..huhu..
Jadi, tahun ini kau buat permintaan nak pokok krismas real lagi ka?yup!
Aku tetap minta pokok krismas betul. Tapi…tak minta dengan sesiapa pun. Aku buat permintaan dalam hati je..hehe..
Tadi aku google, cari info, haram atau tidak kita sebagai muslim mempunyai pokok krismas di dalam rumah. Sila baca di sini (al-Hakam.net), thanks ya tuan tanah saya ambil info kamu.
Member-member ajak tukar-tukar hadiah sempena krismas dan advance birthday aku nanti. Sebab diorang akan cuti seminggu untuk sambut krismas ni. Yalah, tiga orang member kamcheng aku non-muslim.
Patutkah aku minta pokok krismas dengan diorang?heheh..(^_*)