Salam,

Jom bergosip!

Baiklah..jom..jom..

Hmm..kalau bukan aku dan rakan-rakan ofis bergosip, maka bukan kamilah tu..(^_*)

Tadi pagi sibuk beberapa orang member bercerita mengenai kes bekas pelajar tajaan syarikat gergasi dalam negara berkahwin dengan lelaki bukan calang-calang lagi mamat Dublin..perggghhhh..cissss! emmm..lelaki dan lelaki disatukan?very rare..yup..for our country and nature..lelaki dan lelaki orang barat memang selalu kita dengar kan?tapi kes kali ini sungguh spesial.

Jadi, al-maklumlah, aku yang memang ketinggalan keretapi sejak dua menjak ni memang tak tahu hujung pangkal dan asyik bertanya apa cerita ni?siapa?bila?di mana?handsome tak?orang mana?..dan..dan..sikit lagi kena bagi pelempang percuma sebab terlalu jakun..hehe..tapi member-member taklah sanggup bagi pelempang, diorang cuma cakap dengan penuh kasih sayang bahawasanya aku adalah ‘orang kampung’..isk..isk..huhu..Love you all la!

Tulah padan dengan muka sendiri. Malas sangat buka online newspaper kebelakangan ni, dah free-free terserlah baru keluar bertapa dari gua tempurung..cehh!

Hmm..oleh kerana tidak mahu digelar orang kampung lagi, ya lagi, maka aku pun menyibuk pergi guna khidmat pakcik google cari tajuk ‘Pemuda Melayu kahwin lelaki’..hehehe..akhirnya aku tahulah kisah sebenar tanpa menunjukkan kejakunan lagi. Terima kasih Bulan Purnama.

Kemudian, tadi aku tengok berita, buletin TV3. Tak mahu ketinggalan lagi. Sampai Kim Jong Ill mati pun aku tak tahu. Parah kalau cenggini. Nama je mengajar bidang kewartawanan tapi tak tahu current affair..(^_^)..#sila tampar diri sendiri!

Ok, sorry menyimpang pula. Sebenarnya mahu komen pasal lelaki ‘bijak’ yang berkahwin dengan lelaki tu. Geli sangat. Tolonglah. Tengok gambar majlis perkahwinan diorang pun rasa macam emmm..like..huh? is it true?..can you believe it?..gay?sespesis?

Entah, apa motif lelaki ‘bijak’ itu memakai pakaian kebangsaan kita. Wahai lelaki ‘bijak’ kenapakah mesti memakai sepersalinan baju Melayu itu?haruskah mahu ditunjuk-tunjuk seolah-olah ‘ya, lihat wahai dunia aku lah lelaki melayu pertama yang dapat berkahwin gay’ atau ‘saya bangga dilahirkan dalam kalangan bangsa melayu yang beragam Islam tetapi mempunyai pemikiran terbuka’ atau ‘jomlah..ekspresikan hak anda walau apa bangsa anda dan agama anutan anda!’. Ke?

Sah ramai yang gelak guling-guling mentertawakan perlembagaan negara kita. Agama rasmi adalah agama Islam. <—-emm…apa aku merepek ni? (-_-‘)

Entahlah, hanya dia sahaja yang tahu, aku di sini yang jadi minah kapoci tak tahu apa-apa. Tak kasihan ke dengan mak bapa yang bersusah payah membesarkan dia?Tak sedih ke mak bapa dia jadi umpatan dan kejian masyarakat?paling penting dia tak kasihankan dengan nasib dia sendiri?

Bijak. Dia memang seorang pelajar pintar. Kalau tak pintar macam mana dia boleh termasuk salah seorang penerima tajaan syarikat gergasi tu, kalau dia tak pandai kenapa dia boleh amik pengajian perubatan di negara bukan calang-calang lagi. Betullah, kadang-kadang otak tidak berfungsi untuk perkara yang bermanfaat dan baik sahaja. Kadang-kadang otak bersengkongkol dengan nafsu untuk menafikan akal waras demi kepuasan dan kebebasan hak. Kan?

Wallahua’alam, kita doakan dia sijejak ‘bijak’ dapat menemui jalan pulang dan sesungguhnya Allah akan sentiasa membuka pintu taubat untuknya. Mintalah jauh-jauh jangan ada dalam kalangan ahli keluarga kita, sahabat kita dan masyarakat kita menjadi seperti jejaka ‘bijak’ ini ya. Nauzubillah.

Habis. Dah pergi main jauh-jauh, aku dah update entri..<—perasan ada stalker yang jadi follower blog sendiri..hehe..(*_*)

Ok, ok, memang tiada semangat update entri beberapa hari kebelakangan ini. Lagipun sibuk manjang. Semester pun baru bermula. jadi dapat isu hangat ni, terus buka new post dan menaip. Gila campin kan?

#Gila malas kasi masuk gambar sijejaka ‘bijak’ dan pasangan. Sila lawati link Bulan Purnama tu ya!