Salam,

Cettt! tajuk entri rasa macam nak humban diri sendiri di dalam gaung.

Petang Selasa lalu (baru berkesempatan update blog) bertembung dengan bekas admire..emmm..bukan..masih admire..(^_^)..

Aku jumpa dia dalam bank, dia tetap macam dulu, masih  kachak, manis, tinggi, kurus dan suci murni wajahnya. Pastinya aku masih jatuh cinta padanya untuk kesekian kalinya, lagi, lagi dan lagi. <—- haha..ini pengakuan tidak tahu malu..huhu..

Emm..serius bergegar kepala lutut bila aku nampak muka dia dari tepi walaupun aku berada di barisan paling belakang waktu tu..tapi sedih dia bersama isterinya yang cantik kebabom..wewewe..<— sangat cemburu waktu tu..(-_-‘)

Entahlah, aura dia, ada di mana-mana, walaupun semalam aku tak pandang depan sebab sibuk tengok handphone tapi aku terasa macam ada sesuatu di barisan paling hadapan, aku angkat je pandangan, trang-tang-tang muka dia kat depan. Pelik kan? lebih pelik rupanya aku tersalah masuk barisan..malu sangat-sangat, ada pula aku masuk barisan mesin cash deposit bukan ATM mesin. Memang Tuhan nak tunjuk yang aku mahu jumpa dia kut, kalau tak kenapa harus aku salah barisan kan?pelik tak?wallahua’alam..

Waktu si admire tu lalu tepi, aku hanya tunduk dan bersembunyi di belakang orang depan aku, nasib baik orang tu besar dan tinggi kalau tak memang dia akan nampak aku..nasib..nasib..nasib..

Huhu..admire..kenapakah kau bukan untuk ku?kenapakah aku bukan untukmu?<—kalau nak muntah silalah muntah..sila..sila..sila..

Kronologi kisah hidup kami menunjukkan seperti yang kami akan hidup berjodoh bersama, serius. Tetapi penghabisannya kami tiada apa-apa kaitan pun..hehe..<— malu betul..

Kami bermula dari sekolah rendah, dia setahun lebih tua dari aku, waktu aku darjah 4 dia dalam kelas 5, aku memang sejak kecik suka pemandangan yang indah-indah, jadi si admire tu memang salah satu pandangan terindah budak berumur 10 tahun..ngehngeh..jadi dia memang orang yang aku aim-aim masa di sekolah lebih-lebih lagi hari Isnin perhimpunan, sebab mestilah dia berdiri di hadapan sebab dia pengawas dan aku haruslah orang paling hadapan juga sebab aku pendek..hehe..kalau hari biasa pula aku suka aim time dia lalu depan kelas atau time di kantin. Kecik-kecik da pandai merenyam kan?

Tetapi sayangnya, pada tahun yang sama juga si admire pindah pergi bandar, KK. Hubungan kami terputus kira-kira 5 tahun.

5 tahun kemudian, aku pindah sekolah menengah di KK, rupanya satu sekolah dengan admire. Waktu tu aku tingkatan 4 dia berada ditingkatan 5. Kemudian aku ditinggalkan lagi oleh dia.<—macam sengaja lari-lari dari aku kan?

Kemudian dia pindah sekolah sains, tetapi area KK juga. Jadi kami ‘bersama’ dalam 2 atau 3 bulan sahaja. Sedih. Hubungan (ceh!boleh kah dikatakan hubungan wal-hal dia tak tahu kewujudan kau!) kami terputus hubungan 4 tahun lagi. Penuh dugaan dan cabaran kan ‘hubungan’ kami?..hehe

Kemudian aku ditawarkan belajar di kolej (waktu tu universiti kami belum naik taraf jadi U, still KU) di Nilai, Negeri Sembilan. Minggu orientasi bagi pelajar baru.

Kan aku dah kata aura dia ada di mana-mana. Sesi penerangan semasa pendaftaran aku dah cam suara dia, tetapi waktu tu tak terlalu teruja berfikir suara siapakah yang macam aku kenal itu, tetapi kekalutan untuk mendaftar dan mengumpul semua benda-benda yang diperlukan semasa orientasi dan pendaftaran, di samping mencari geng-geng Sabah yang bersepah tu membuatkan aku terlupa sebentar pasal pencarian gerangan pemilik suara itu. Aku terlupa seketika.

Kemudian, selepas semuanya ‘aman’ dan boleh berfikir, aku teringat balik, suara siapa yang macam aku kenal pemiliknya. Kemudian di suatu pagi yang indah <—ayat mesti poyo sebab ini adalah perjumpaan pertama kami selepas 4 tahun berpisah..wekkkkk! sambung balik —-> kami berkumpul di asrama sebelum bertolak ke dewan untuk mendengar taklimat pelajar baru. Kemudian sebelum bertolak kami diminta untuk membuat barisan. Kemudian ‘suara’ fasilitator yang aku kenal itu juga yang bergema. Jadi aku kurang sabar, aku cari-cari, al-maklumlah aku kan pendek dan terpaksa melompat-lompat anak ikan terjinjit-jinjit cari wajahnya. Emmm..lupa! aku rabun pulak time ni, aku tak guna spek lagi..jadi kabur-kabur jak aku tengok mukanya. Masa ni belum cam lagi siapa dia.

Kemudian kami berkumpul di dewan. Fasilitator perkenalkan diri, giliran dia, bila dia sebut saja nama penuhnya serta asal aku dah menggeletar lutut. Sah! memang dia. Kami memang berjodohkan? waktu ni dia tahun kedua. Tetapi kami berlainan fakulti..(-_-‘)

Gembira bukan kepalang. <—masa ni jantung aku berdengup kencang tau. Sepatutnya minggu orientasi adalah minggu paling azab bagi pelajar baru, tetapi bagi aku hari paling bahagia sebab tiap-tiap hari bangun pagi dengan semangat tak sabar nak jumpa admire. Kemudian, habis minggu orientasi aku still menunggu dan mengsekodeng si admire dari jauh-jauh, dalam bas, di kafe dan sewaktu dia main futsal dengan kawan-kawan <—aktiviti ni hanya diketahui oleh roomate ku, sebab kami sama-sama sekodeng admire masing-masing..haha..

Hmm..kalau fikir-fikir kami memang macam dijodohkan oleh Allah kan?? Tetapi sayangnya sehingga kini aku masih tidak tahu dia perasan atau tidak kewujudan aku di sisinya selama ini. Cehhh! mestilah tidak. Sebab…sebab..dia tak perasan pun aturan yang Allah susun untuk kami..(-_-‘)<—-ini muka sedih atau apa pun aku tak tahu.

Kemudian dia habis setahun lebih awal dari aku. Jadi terpaksalah aku meneruskan aktiviti kehidupan seharian tanpa pemandangan indah lagi. Admire pergi dulu. Dia bawa haluan sendiri, masa ni aku tak tahu apa-apa mengenai dia. Sehinggalah aku berkerja di Putrajaya dan balik semula ke Sabah dan menjadi guru ganti. Satu hari aku balik kampung dan ternampak kad jemputan walimatulurus. Aku baca siapa pengantin. Huarghhhh…ADMIRE..serius aku down sangat.

Mengajar pun aku dah tak tentu arah. Emosi memang menyimpang, kesian pelajar-pelajar. Hmmm..kuat rupanya penangan dia kan?Ok, dari hari itu aku bernekad bahawasanya memang kami tiada jodoh. Buang perasaan ‘bodoh’ dan syok sendiri jauh-jauh. Aku mulakan hidup baru. Aku lupakan dia buat selamanya. Yup, buat selamanya.

Tetapi, Allah memang ada perancangan tersendiri kan?waktu aku pergi KL baru-baru ni, aku jumpa muka yang sama dengan admire. Karakter, bentuk muka, perilaku, sebijik sama. Dia kawan kepada sepupu kawan aku..<–emm..faham tak..hehehe..

Memang masa dia amik kami dari airport, aku dah pandang dia lain macam sahaja. Bila face-to-face serius sebijik. Macam kembar dia. Wallahu’a’lam.

Kalau aku penulis novel akan aku buat ending yang gembira..hahaha..gila perasan betul aku..tak apalah siapalah kita untuk menentukan jodoh serta perjalanan hidup sendiri kan?

Tetapi yang penting, dia tetap dan selamanya menjadi admire aku. Tiada ganti. Serius. Apakah, bodohkan? Jadi tujukan lagu Adele Someonel Like You untuk diri sendiri…lalala..alalala..

#Hmm..aku pernah terbaca kalau kita mencintai seseorang tetapi dia atau orang lain tak tahu perasaan kita terhadapnya, kemudian kita mati, maka syurgalah buat kita. Betul?