Dua puluh enam tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi comel tepat jam 3 pagi. Di waktu semua bidan dan klinik tutup kerana bercuti sempena hari Natal. Maka kelahiran seorang bayi perempuan yang comel itu disambut kelahirannya oleh tangan seorang bapa.

Cehhh! akulah bayi comel itu..<–haha gila perasan tetapi kan semua bayi yang baru lahir memang comel kan?

Hemm..aku sudah berjanji akan update satu entri khusus sempena hari kelahiran aku. Ngeh..ngeh..ini pun dengan paksaan. Bukan kerelaan menghapdet. Oklah..oklah..aku rela dalam paksa..

Aku dah dapat hadiah an advance lagi.

Thanks all my deares friends. Love you all la..<—ini betul!

Tak ada apa-apa sambutan pun sempena birthday aku hari ini. Tetapi sangat gembira. Entahlah what for reason. Terima kasih Allah bagi saya umur yang sangat panjang.

Hmmmm…aku amik cuti 4 hari..dah plan nak buat makan-makan dengan member ofis sebab ada 2 orang member nak pergi sambung study, jadi kena raikan mereka..<–ni trip-trip macam pandai masak je suh orang makan hasil air tangan dia..wekk!

Pada malam 22 Disember tu aku dan 4 orang girlfriends pergi dinner bersama. So sweet! exchange gifts also kemudian sambut birthday aku in advance. Thanks girls.