Salam,

Update blog laju-laju. Nak tidur awal supaya boleh bangun awal. Esok subuh keding lagi sudah bertolak ke tanah tinggi Kundasang.

Pergi Kundasang menyertai kem BTN (sila kagum sebab mengikuti kem ini adalah sukarelawawan). Berkemas dari jam 2.00 petang sampai jam 9.00 malam tak siap-siap lagi. Aduh..bab packing memang kelemahan aku. Tak tau macam mana mau susun. Rasanya macam semua keperluan mahu diangkut sekali.

Hmmm…jangan lupa <—untuk peringatan diri sendiri–> jangan lupa bawa gaviscon paling penting, sebab perut aku ni gila mengada manja kalau bab berjalan menjadi-jadi gastriknya, stokin dan baju sejuk sebab kawasan tu memang sejuk banget, berus gigi (ini pun penting..hehe), spec, pencuci lense, dan minyak gamat.

Pastu, kena bawa plastik tempat baju-baju kosong, hanger dan bekal air putih juga vitamin ACE.

Pastu…kan..kan..banyak sangat barang-barang yang aku kena bawa, macam mana nak muat satu beg. Satu hal nak pack jadi padat dan boleh bawa 2 beg sekurang-kurangnya, tetapi sampai saat ini sudah tiga beg aku pack barang-barang..hehehe..

Sebeg untuk pakaian sahaja, satu beg untuk barang-barang kecil, cermin dan hanger, satu beg untuk kasut dan selipar.

Hmmm..susah perempuan ni.

#Pssstttt..plan nak sumbat bantal busyuukk jugak..hihi…