Archive for Januari 2012

Tips menghilangkan tekanan dan kemarahan

Salam,

Baru tahu beberapa ‘sikap’ dan perangai buruk diri sendiri.

—–> Tidak mampu menerima kegagalan.

—–> Tidak bersungguh membuat perkara atau benda yang tidak minat.

—–> Pantang kena provok.

Serius buruk perangai rupanya. Huhu..benda-benda ni yang membuatkan empunya blog tension!

Ada tips-tips nak hilangkan marah dan melepaskan tekanan supaya tidak menjadi ‘barah’ dalam daging dan darah. Ceh!yo yo’o jak tu. Entah menjadi entah tidak petua nujum tak berkaliber ni <—-aku le tu..(^_^)..

1. Ignore! Persetankan kegagalan, penghinaan dan provokasian (ada dalam kamus tak?) itu. 50/50 berjaya, orang buta hati.

2. Bersiar-siar (beriadah) sambil ‘mengagihkan’ ketensionan kepada orang yang kita jumpa di pertengahan jalan iaitu dengan menjeling mereka, menunjukkan muka macam nak kena sepak, buat muka jelek, ketat kan organ-organ muka serta mengutuk dalam hati. Fuhhhhh! lega sangat. 40/50 berjaya sebab 60 % dapat dosa kering..hehe..

3. Cari tempat nak meluah perasaan. Orang seperti aku yang takdak BF aku kena cari bantal busyuk je lah..(^_^)..kalau dah ada tempat meluah luahkan semuanya dengan dia, air mata, air hingus, muntah, kalau nak sedapkan hati lagi bagi sepakan dan terajang sekali..umpphhh!. 90/100 menjadi. Terbaeeekkk.

4. Makan. Yup, salah satu ‘aktiviti’ semasa sedang marah, kecik hati atau fasa tekanan sampai kepala. Serius ia amat mujarab (bagi akulah..). 70/100 sangat membantu.

5. Gunakan sosial networking untuk mengadu/memaki/menyalahkan orang yang terlibat dalam mengharu-birukan perasaan anda. Update perasaan kita dalam FB, tweet tak pun merapu meraban juga meroyan dalam blog (Like I always did..:). Supaya senang sahabat-sahabat maya kita tunjukkan keperhatinan dan tahu mood sedang tidak stabil. 60/100, bolehlah tahan.

6. Tidur, tidur-tidur ayam. Dua-dua boleh buat. Mula-mula pejam mata macam buat-buat tidur a.k.a tidur-tidur ayam, kemudian dah tak ingat bila masanya kau terlelap. Hehe!..emmm..part ni memang membantu kut, mungkin, sebab sewaktu tidur kita akan mengalami proses penstabilan emosi. Bangun saja dari tidur kita akan refresh. Mmmmmmm..nyaman je. 80/100, tenang. Ni stail aku merajuk waktu kecil-kecil dulu dan terbawa-bawa sehingga ke tua.

7. Tengok cerita/filem/drama yang sedih-sedih. Senang nak nangis, tak payah nak jawab kalau orang tanya kenapa mata bengkak. Cakap je lepas tengok wayang sedih. 2 in 1. Sila angkat tangan siapa pernah buat?Saya! drama korea selalu jadi mangsa. 100/100 berjaya.

8. Pergi mandi. Segarkan tubuh sambil-sambil campurkan air mata dalam baldi. Serius di asrama dulu, kalau aku malu nak nangis tekup mulut pakai bantal busyuk (as usual), takut member bilik dengar, aku nangis masa mandi. Jirus air sambil air mata mengalir-ngalir. Senti-MENTAL kan?30/100 berkesan.

9. Menyibukkan diri. Ambil sapu, menyapu keliling rumah, kalau tak hilang juga tension tolong sapu rumah jiran..haha..tak pun tolong makcik-makcik tukang bersih di Majlis Bandaraya tu bersihkan keliling bandar. Ada juga pekdahnya. 50/50 dapat membantu.

10. Amik wudhu dan solat sunat dua rakaat <–trip-trip comel alim..yewww. Buat apa kita buat benda-benda tu semua (9 perkara sebelum ini), dekatkan diri dengan Pencipta kan lebih baik. Mengadu dengan Allah, meluahkan dengan DIa yang MAHA mendengar, menangis di hadapan-NYA tanpa segan, kerana DIA sentiasa bersama kita. (Sila bawa perkara ke-10 ini kepada nombor 1..sebab kita sering pelupa..). 100/100 yakin amat berkesan.

Jom amalkan..:)

Hulur dan kongsi bersama rezeki lebih barakah

Salam,

Tadi baru telefon mak di kampung. Minggu ni walaupun cuti lama sikit, empat hari tetapi tak dapat balik kampung. Bagi teman anak-anak buah berseronok di KK, dah kena booking dari bulan Disember lagi. Kesian mak dan bapak. Rindu dengan mereka. Rupa-rupanya penat gila melayan karenah budak-budak ni kan?sikit lagi pitam.

Lepas tanya khabar tadi tiba-tiba mak ucap terima kasih sebab kirimkan dia dan bapa duit untuk bulan ini. Serius, meruntun jiwa. Aku rasa malu sangat. Yewww..mak sepatutnya tak perlu ucapakan kata itu. Hehe..mak ni..buat malu ai je…Memang tanggungajawab aku untuk menunaikan hak mereka. Sama-sama kasih mak..<–sengal tulis entri dengan air mata bergenang-genang..cettttt!

Hmmm…hari tu bapa cakap, kerja macam mana pun, gaji banyak mana pun kalau tak dikongsi dengan orang yang memerlu sentiasa tidak mencukupi. Paling penting kongsi dengan orang tua iaitu mak bapa, adik-beradik, saudara mara. Bukan bermaksud kau bagi semua dengan mereka, sikit pun cukup, sekadar ada, hatta RM10 pun boleh <—spesis kedekut!

Memang tahu kau sudah berkeluarga, ada anak dan isteri atau suami, tetapi ingat pada mak dan bapa, jadi pendapatan akan diberkati. Betul tak? Ohh..di sini bukan mahu berlagak alim ya, hanya berkongsi.

Minggu lalu aku lepak-lepak dengan bapa di beranda rumah menghadap jalan raya. Banyak perkara kami bualkan termasuklah pasal duit dan simpanan <—mati kena ‘belasah’ bapa sebab simpanan ai tak bertambah-tambah dalam bank dan ASB..huhu.. Sambil bercerita kami memerhatikan jalan raya. Lalulah sebuah MyVi berwarna putih. Bapa pun membandingkan aku dengan pemilik kereta itu a.k.a jiran selang 3 buah rumah dari kami.

Sipolan itu biarpun kerja kerani sahaja dapat beli kereta, dapat bagi mak bapa dia duit buat rumah.<—ini dialog bapa.

Emm…..heehhhheeee..<—respon aii yang comel.

Kamu kerja gaji tinggi dari dia tak nampak apa-apa kemajuan. <—tembak bapa lagi.

Emm….aduh!..<—terkena magic bullet tepat di muka (dalam hati)..

Kamu tahu sebab apa?sebab dia pandai berjimat dan tidak suka enjoy..<–tembak bapa lagi

Emm…ok, start bulan ini akan menyimpan <—insaf yang cuma sebantar, tekad hangat-hangat tahi ayam..(^_^)
Lagi satu sebab duit gaji dia berkat!<—bapa menambahkan gusar di hati..

Sebab apa gaji diorang berkat?<–budak bendul bertanya.

Sebab dia kongsi hasil titik peluhnya dengan mak bapa dia..

Ok…..<—apa yang tak kenanya ya, aku pun tiap-tiap bulan bagi mak dan bapa, tapi kenapa duit gaji ai tak berkat, mesti ada ‘something’..oohh…baru aku sedar aku banyak bazirkan duit untuk makan..makan..makan..(-_-“)..perlu salahkan makanan dan perut aii..

Lepas tu, teringat cerita kawan-kawan, kalau diorang tak hulur duit bulan-bulan pada orang tua, diorang rasa duit cepat je habis, mengalir macam air. Serius, aku pun dapat rasakan. Rasa macam..hai..mana duit aku ni hilang, ada toyol ke yang amik?ke aku tercicir?atau ada orang curi, tak pun aku tersalah bawa purse yang kosong…(^_^)..Oklah..oklah..senang cakap, hulur sikit gaji kalian untuk mak dan bapa. Senang..hihi..barakah..barakah..

Bak kata kakak aku, bukan dia tak mampu nak sediakan makan pakai dan duit belanja mak dan bapa, malah, lebih dari cukup pun boleh, tetapi dia nak bagi peluang adik- beradiknya yang lain dapat pahala juga, dia tak nak dia bolot sorang pahala itu. Betul jugak kan?hehe..aku pun mahu PAHALA itu, percuma!gratis!

Kesimpulannya, untuk aku jangan kuat makan!

Allah akan mengambil nyawa sesiapa yang dikehendakinya.

Salam,

Petang tadi, bapa seorang kawan di tempat kerja telah meninggal dunia kerana menghidapi barah. Allah. Semoga kawan saya tabah. Al-fatihah untuk arwah bapanya. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di syurga. Amin. Hanya amalan dan doa dari anak-anak yang soleh-solehah menjadi bekalnya di sana.

Juga.

Al-fatihah untuk arwah Izwan Pilus. Beliau telah disahkan meninggal pada 6.15 petang tadi. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan yang beroleh kejayaan di sana. Amin. Semoga ahli keluarganya juga tabah menerima berita ini.

Allah tidak akan teragak-agak untuk mengambil nyawa hambanya. Sangat takut.

Perkara lucu yang kita buat semasa kecil

Salam,

Entri ni aku letak dalam draft, belum menyempat nak update bagi panjang sikit. Ceritanya begini, ada ‘ter’rasa <—sila aplikasikan erti ‘TER’ di situ iaitu bermaksud berbuat sesuatu dengan TIDAK SENGAJA..heheh..–> sedikit malas mahu berfikir dan mencari idea baru hendak sumbat dalam blog ni, kemudian terdetik hati nak godeh-godeh apa yang ada di dalam draft. Hmmm…rupanya termasuk entri ini ada berpuluh-pulu draft lagi. Weiii…manyak koleksi wooo..bravo!

Antara yang menarik perhatian ialah, entri yang aku dapat dari FB kawan-kawan. Kelakar. Gila. Mari kita kongsi bersama. Betul atau tidak. Jom!

Jom kita imbau zaman kanak-kanak kita dulu. Siapa pernah buat salah satu benda-benda kat bawah ni masa kecik-kecik :

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar dan bergetar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita atau tengok berita dalam TV kemudian perasan sipembaca berita ikut saja mana kau pergi.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf M

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi. Huhu..

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni —-> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu mati !

9. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah !

10. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebijik rumah di tengah-tengah. Kreatif ke?

11. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.

12. Sharpener tak boleh tiup sebab takut tumpul.

Kelakarkan?aku mengakui macam ke semua yang tersenarai di atas pernah buat. HAHAHAHAHA!

Seronoknya waktu kecil, benda baru yang membuatkan kita menjadi seorang yang ingin tahu sampai buat benda yang melucukan tanpa kita sedari sehinggalah dewasa. Tapi paling aku suka ialah melukis matahari dicelah-celah bukit/gunung kemudian letak matanya…hahaha..

Berhati-hati dengan Ragam si Peminta sedekah

Salam,

Aku rasa terganggu dengan gelagat peminta sedekah sekitar KK. Banyak sangat tipu helah mereka-mereka ini. Boleh bayangkan sedang makan tiba-tiba ada tangan menghulur meminta di depan mata. Nak makan pun rasa tak ada selera. Mati.

Baru-baru ni aku terkena, sedang aku makan di fast food restoran di sebuah pusat membeli belah di KK, tiba-tiba datang seorang budak dalam lingkungan 8-9 tahun, bukan rakyat tempatan, dengan baju t-shirt yang lusuh, berselipar jepun berwarna hijau. Menghulur tangan meminta-minta dari sebuah meja ke sebuah meja. Aku perhatikan sahaja gelagatnya, samada ada pelanggan yang baik hati memberi sumbangan atau tidak. Rakyat Malaysia kan pemurah. Akhirnya sampai giliran meja aku dan rakan-rakan. Aku perhati lagi mukanya. Ohhh..bukan muka budak yang kelaparan atau dalam kesusahan. <—dasar kedekut..hihi..–> jadi aku geleng. Dia pun beralih ke meja lain.

Esoknya, aku makan di sebuah restoran, di kawasan lain agak jauh dari pusat membeli-belah semalam. Sedang aku makan masuk seorang budak meminta sedekah beralih dari meja ke satu meja pelanggan. Aku macam pernah tengok budak tu. Sah, budak tersebut adalah budak yang sama meminta sedekah kelmarin. Kemudian sampai giliran meja aku aku tanya:

Aku: Kau bangsa apa?

Budak: Bajau.

Aku:Bukan pilak? (pilak adalah gelaran yang diberiakan orang tempatan kepada rakyat Filipina yang berhijrah ke Sabah)

Budak: Bukan, bajau. (sambil mengintai-intai makanan atas meja)

Aku:Kau ada mak bapa kah?

Budak: Ada.

Aku: Mana diorang?

Budak: Di rumah.

Aku: Diorang kah yang suruh kau meminta sedekah?

Budak tu hanya menggeleng.

Aku:Kenapa, mak bapa kau sakit atau cacat kah?

Budak tu hanya menggelengkan kepala juga. Di situ aku dah rasa sakit hati. Ketika ini tangannya masih tidak turun, masih menghulur tanda meminta. Lepas tu aku cakap dengan dia.

“Perbuatan kau meminta ini tidak bagus. Lebih-lebih lagi ketika orang sedang makan.”

Kemudian dengan muka bengang budak tu tengok aku. What? aku tambah lagi “Dah, pergi sana, benci aku tengok muka kau ni,”<—ok, aku mengaku ada rasa menyesal sedikit ketika ini. Aku terlebih emosi. Ada juga perasaan kasihan dengan dia. Tetapi melihat gelagat dia aku rasa sakit hati. Manalah mak bapa budak ni. Tak bertanggungjawab langsung. Dah tak nak mengaku sebagai PATI, ada hati nak meminta sedekah di negara orang.

Zaman sekarang ni banyak sangat tipu helah si peminta sedekah. Kalau di Sabah kebanyakan mereka yang meminta-minta ini adalah rakyat asing yang bersepah di ibu kota.

Banyak kali aku tertipu. Antara taktik atau tipu helah mereka ialah:

1) Bukan orang tempatan. Bawa anak sampai 3-4 orang, dari berumur 8 tahun sehingga setahun lebih. Si emak duduk tepi jalan sambil memangku anak paling kecil, yang dua tiga orang sibuk menghulur tangan dengan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut. Muka budak-budak ni comot dengan taik matanya, hingusnya belum campur dengan kudis-kudis yang dihinggap lalat. Tetapi sangat pelik, di manakah suami wanita ini, bapa kepada budak-budak ini?tak kan tahu buat anak saja dan lepastu duduk goyang kaki di rumah?Hmmm…

2)Berkeliaran di pusat membeli-belah dengan membawa sehelai kertas lusuh samada laporan daripada polis atau jabatan kebajikan masyarakat mengatakan bahawa rumah mereka terbakar dan memerlukan bantuan untuk membina rumah semula. Mula-mula dulu aku hanya hulur saja tanpa mempersoal, sebab kasihan dengan budak-budak tu. Kemudian berkali-kali aku jumpa dan diminta. Aku musykil sendiri. Takkan banyak sangat rumah orang terbakar. Kemudian, sejak dari hari itu aku akan menyoal dan menyelidik terlebih dahulu, betul atau tidak. Kanak-kanak kalau anda gertak sedikit mereka akan mengaku. Contoh ayat, “ok, mari kita hantar diorang ni pergi rumah kebajikan,”..<—taktik kotor sedikit..(^_^)..

3) Kaum Cina yang diwakilkan dari pusat orang-orang kurang upaya (pendengaran). Golongan ini seringkali mengunjungi restoran makanan segera dengan membawa sebuah kertas siap di ‘laminate’ memberi tahu bahawa mereka golongan bisu dari kelab bla, bla, bla, meminta sumbang ikhlas daripada masyarakat. Mereka akan membawa key-chain yang mereka buat sendiri (kononnya) dengan harga sebiji key-chain RM5, jadi kalau kita bagi RM5 maka mereka akan beri sebiji key-chain. Selalunya mereka-mereka ini akan memakai pakaian yang bersih dan kemas. Jangan tertipu ya. Aku banyak kali terkena…sebab mereka buat muka kasihan depan aku.

4) Golongan yang menjadikan ayat-ayat suci al-quran atau zikir-zikir sebagai alat untuk meminta sedekah. Bersepah spesis ni di sekitar KK. Pakcik-pakcik tua memakai kopiah putih terpacak atas kepala, perempuan memakai tudung labuh, senang sangat nak kenali mereka. Spesis ini akan aim pelanggan di restoran-restoran makan mamak atau jawa. Di situ kau nak menyuap, di situ diorang akan datang menjual surah Yassin. Siap dengan ceramah pendek lagi “semoga akan dirahmati Tuhan,”. Selain itu mereka ini akan berada di stesen-stesen bas, sesuka hati naik bas kemudian mengedarkan zikir-zikir berbentuk sticker kepada penumpang. Bagi yang tidak tahu akan mengambil dan masuk beg. Tiba-tiba sipakcik datang minta duit. Kita yang tak tahu terkebil-kebil, oleh kerana nak cover malu terus hulur duit. Pandai tak pandai?bijak..bijak..ini juga dilakukan oleh rakyat pendatang.

5) Berlagak seperti salesgirl dan salesman. Dialog “Ambilah buku free ni, kami tak meminta bayaran,”. Jadi kita yang memang suka barang percuma terus ambil. Baru kita nak masuk beg, dia pun cakap “Nanti dulu kak, buku itu memang free, tetapi kami ingin meminta sumbangan ikhlas dari akak, harga buku tu RM10 sahaja, diharap sekiranya akak boleh menyumbang sedikit,”Macam kambing tak?cakap berbelit-belit, kata free tapi minta bayar. Yang ni taktik upgrade sikit. Selalunya jenis peminta sedekah ini di depan-depan pejabat atau jabatan kerajaan atau swasta. Berbaju kemas, kemeja, seluar slack, rambut dan wajah bersih. Tolonglah!

6) Spesis peramah tahap gaban. Aku terkena di Bukit Bintang. Sampai hari ini duit yang aku bagi aku tak akan halalkan sampai bila-bila. Serius. Ini golongan pelajar IPTS. Sedang kau berjalan tiba-tiba adalah segerombolan makhluk menerjah kau dan bertegur sapa macam kau kenal dia dan dia kenal kau 10 tahun. Eh kau kenapa tiba-tiba peramah ni?ya, serius itu tindak balas aku pertama. Siap ngaku satu kampung atau senegeri dengan kita. Kemudian dia hulurkan kertas yang berpetak-petak kolum, ada nama, asal, no. telefon, tandatangan dan ada 1 kolum yang dibiarkan kosong. Lepastu dengan seramah-ramahnya diorang memperkenalkan diri sebagai pelajar kolej bla, bla, bla, sedang menjalankan projek bla, bla, bala, bala…hehe..kemudian sedang mencari tandatangan sokongan untuk projek mereka. Jadi dengan senang hati aku turunkan tandatangan, yelah, untuk ilmu jadi kena sokong le kan?<—bajet bijak!–>kemudian tetiba diorang keluarkan key-chain. Key-chain itu berharga RM20 sebijik. Pastu adalah ayat-ayat tak berapa pandai diorang minta kita bayar sebab kita dah turunkan tandatangan. Ruang yang ditinggalkan kosong itu untuk tulis jumlah yang kau nak derma. Yang bodoh (macam aku yang terkena ni) bayar juga, macam kena pukau, sehinggalah seorang rakan aku datang dan tegur, aku bagi apa?barulah aku rasa terkena tipu..hah! ternganga. Untuk makluman diorang ni bersepah di area PV dan Bukit Bintang. Hati-hati ya. Budak-budak ni bukan Islam. Itu pasti.

Jenis-jenis peminta sedekah selain 5 yang aku tulis di atas tak pernah aku jumpa dan tak pernah kena tipu. Berhati-hati semua. Hanya sebagai peringatan sahaja. Bukan untuk ‘menjatuhkan’ martabat golongan susah ini. Bukan mereka tidak mempunyai tenaga, cukup sifat dan berkemampuan untuk makan hasil titik peluh sendiri. Tetapi kenapa perlu meminta-minta dan memperdayakan orang lain dengan tipu helah mereka.

Ada sejenis peminta sedekah yang aku hormati. Di sekitar Masjid Jamek dan Jalan TAR. Mereka buta. Mereka menjual tisu atau menyanyi. Berbaloikan mereka mencari rezeki dengan cara halal. Kita tidak akan teragak-agak menyumbang.

Bukan kita kedekut, alah sekadar seringgit tak luak pun dompet, bukan itu, kita bersedakah pada yang memerlu bukan yang menipu. Betul tak?

Berhat-hati ya!

Bila sudah bingung

Salam,

Tersangat penat. Sampai saja dari kampung terus on En. Lappy sebab nak buat slide note untuk course baru kena bagi. Jumaat petang jam 4.30 baru kena inform BAHAWASANYA akulah pengajar subjek tersebut. Yewww…ghost!

Malam Jumaat lepas aku dah stay up sampai pagi buat bab pertama, tapi still blur-blur-ayam-berak-kapur. Sampai dalam bas perjalanan balik kampung sempat lagi terlentok di bahu seorang pakcik ganteng tua. Nasib baik pakcik tu tak marah, tapi aku minta maaf lah. Nak tau apa dia jawab ‘tak apa’..grrrrrr….persetan itu semua!

Huhu..apalah nasib. Dah 5 minggu semester bermula baru dapat subjek baru?dah lah subjek yang tak ada kait mengait dengan aiiii! kalau bab kewartawanan ke boleh je aku belasah dalam kelas. Hurmmmm..hantam sajalah labu.

Sekarang aku bergantung harap dengan internet, aku google merata-rata dan bertawakal semoga dipermudahkan kerja. Aku masih tak berapa arif mengenai subjek ni. Pakcik google sila tolong saya, pleaseeeeee!!!

Ok, mari sambung kerja. Ermmm…tapi rasa maacm nak terlelap ni. Huargggghhh..lelap kejap sejam dua jam, pastu baru bangun sambung buat slide…huarggghhha..lapar pula!

Beradab sikit, boleh?

Salam,

Kalau aku kena ludah budak tu siap aku tonyoh mulutnya dengan selipar!

Memang kurang ajar plus biadap dan tiada adat budak tu. Hari Jumaat tu, aku dan dua rakan lunch di McD sebuah pusat membeli belah di KK. Sewaktu menuju ke restoran McD tiba-tiba ada seorang remaja perempuan menoleh sambil meludah ke arah kami. Rupa-rupanya dia meludah sambil membuang gula-gula getah dari dalam mulutnya kerana hendak makan ice-crem McD yang baru dibelinya. Kurang ajar tak?meludah dalam shopping complex?

Woi, buduh, dahla muka tak cantik, bermake-up segala, ber’rebonding’ lagi rambut, uhhh..shame on you!lepas tu selamba badak je dia berlalu tanpa meminta maaf. Eiii..kalau ikutkan hati memang aku sound remaja tu. Dua rakan aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terkejut sekejap.

Ok, aku paling alergik, pantang dan benci dengan golongan manusia yang berperangai macam ni. Cuba guna otak kau sikit bangang! Dahlah muka tak berapa cantik perangai macam saitan.

Berludah merata tempat: tak kiralah, kalau kau rasa dia nak meludah dia akan meludah tak kira tempat dalam bas, atas tangga, di lantai kedai, atas jalan..suka hati dialah nak meludah. Nak tahu kalau di Sabah kaum-kaum yang suka buat kotor ni semua orang pendatang a.k.a PATI. Kau dah tahu menumpang tempat orang jadi pembersih lah sikit. Ni aku tengok muka korang pun jijik, apa lagi tengok air liur korang yang bersepah!<—-serius kalau tak percaya pergilah pasar-pasar, kawasan-kawasan yang penuh bangsa ni. Berkeliaran menjual rokok tepi-tepi kedai, di situ diorang duduk kat situ juga diorang berludah. yay!najis!

Buang sampah merata: ni lagi sejenis bangsa yang tak berapa nak pandai. Tong sampah melambak kena sediakan kerajaan tak juga reti-reti nak gunakannya. Ada sesetengah orang tu, aku perati, turun dari kereta dia letak je bekas makanan atau bekas minuman tepi kereta diorang, tak pun letak tepi pembahagi jalan. Sesetengah perempuan, lepas je guna tisu terus baling luar tingkap kereta, paling tak tahan tisu minyak yang selalu guna tuk lap minyak kat muka, tu pun diorang akan buang sesuka hati mak nenek diorang. Saiko tak?hei! pergilah cari tong sampah terdekat. Eiii…tak pun kau angkut je tong sampah tu bawa ke mana ko nak pergi. Ada faham?

Memotong barisan: kau dahlah beratur panjang, lama lagi, tetiba je makhluk tuhan tu main redah di depan kaunter minta dia dulu kena layan. Berdarah tak hati?kalau tak koranglah malaikat jadi-jadian. Kau ingat kau je nak cepat, nak kena layan kelas pertama?GTH la! Even di kaunter makanan segera pun aku akan rasa sakit hati. Time giliran kita tetiba je dia masuk barisan paling hadapan dan minta plastiklah, sudulah, platelah, whateverlah..boleh, tapi minta kebenaran dengan kita lah. Huishhh!berdarah juga hati tau..(-_-“)..

Jalan tak pandang-pandang: Ok, aku seringkali dijadikan bola. Time kau jalan di shopping complex tetiba ada orang langgar kau dan buat-buat muka tak bersalah, pernah tak?Sakit wooo..punya main luas kawasan tu, kau juga yang kena langgar. Ni bangsa yang rabun atau buta sebelah mata ni. Sesuka hati saja main redah bahu orang. Entahlah, mabuk mungkin. Pernah sekali ada seorang mamat saiko ni tiba-tiba nak langgar aku guna troli angkat barang siap dengan dialog ‘ha..langgar ni..langgar ni..’..gila bab* betul. Juga berlaku di shopping complex.

Ok, puas sudah meroyan <—akibat terlalu banyak makan durian!–>Janganlah kamu jadi bangsa-bangsa yang aku sebut di atas ya. Bertamadun sikit. Baru kena hormat. Bila kita hormat orang, maka kita akan dihormati kembali. Jangan jadi seperti PATI yang tak sedar diri, dahlah menumpang buat sampah, berperangai jijik, kurang ajar lagi. Buat negara orang macam negara diorang sendiri. Woooiiii baliklah woooiii..menyemak je!