Salam,

Baru-baru ini ada mendengar tazkirah mengenai hak-hak sesama muslim. Subhanallah, begitu indah Islam. Sebenarnya pernah dengar beberapa kali tazkirah mengenai perkara ini, tapi tak amik peduli sangat..hehe..zaman muda belia lagi masa tu, jadi masuk teling kanan keluar telinga kiri bahkan bapa pun selalu ulang-ulang benda ni.

Jom..kita kongsi apa hak kita sebagai Muslim terhadap Muslim yang lain. Dengan mengamalkan perkara ini kita akan hidup dengan penuh kasih sayang, aman dan saling bertoleransi. InsyaAllah <—tetiba jadi baik kali ini..hehe..

Pertama:  Apabila engkau berjumpa dengan Muslim lain ucapkanlah salam.

Mudahkan. Tak perlu keluar duit pun..(^_^). Tetapi kena ingat, memberi salam adalah sunat hukumnya, manakala menjawab salam wajib hukumya, jadi kalau kita tidak menyambut salam orang lain kita akan berdosa. Teringat zaman sekolah menengah dan zaman di universiti. Alhamdulillah, Tuhan Maha Penyanyang, Dia letakkan aku dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bagus akhlaknya. Memang menjadi kebiasaan kalau berjumpa guru-guru, ustazah atau pensyarah ucapan salam mesti didahulukan. Paling membuat hati rasa tenang apabila dalam kalangan rakan-rakan sendiri mengamalkan habit ini. Tetapi sekarang, kalau jumpa CEO atau kawan-kawan lain mesti ucap ‘Selamat Pagi’ ‘Good Morning’ atau pun ‘Hai’ ‘Bye’ lebih banyak daripada mendengar ucapan salam..hehe..betul-betul ‘kebaratan’ tetapi aku ‘keberatan’. Kalau nak balik rumah lepas waktu pejabat selalunya aku akan cakap ‘bye semua, jumpa esok, assalammualaikum’..<—serius aku ada rasa kekok sedikit mengucapkan salam, tetapi I’ll try. Yewwww!wallhua’lam.

Kedua: bila ia memanggilmu penuhilah

Di sini maksudnya, jika kawan kita menjemput ke majlis kenduri mereka, atau walimatulurus mereka kita kena pergi. Mesti. Kemungkinan dengan kehadiran kita akan membuatnya gembira. Ataupun kehadiran kitalah yang dinanti-nantikannya. Kalau ada hal melintang kena bagitahu mereka. Jangan membuat kawan kita ternanti-nanti akan kehadiran kita, ini akan melambatkan majlis.

Ketiga: bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah

Hmmm..jadi kaunselor ya. Hehehe…bagi nasihat yang berguna, bukan mengapi-apikan lagi ya. Sekarang ramai orang bukan memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah, malah menberi masalah..:)

Keempat: bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah

Wah…tak sangka kan, hanya dengan bersin boleh membuatkan kita menunaikan hak sesama muslim. Hmm..erti yarhamukallah tu = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu. Jadi, selepas ini kalau ada rakan-rakan kamu yang bersin jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka. Kalau mereka tidak menyebut alahmdulillah, kamu kena menyebutnya supaya dia mengikut menyebutnya bersama kamu..(^_^)..aaaaacccuuummmmm!

Kelima:bila dia sakit jenguklah.

Suka tak kalau kamu sedang sakit dan kawan-kawan datang menjenguk? Mestilah kan. Ya, bawalah buah tangan yang boleh membuatkan dia tersenyum gembira..hehe..Allah ada memberi hikmahnya, dengan melawat orang sakit, sedikit sebanyak kita akan insaf dan tahu bersyukur. Betul. Aku pernah melawat beberapa orang sakit di hospital, dan terasa sangat bersyukur betapa aku diberi kesihatan yang sangat panjang, bukan terbaring seperti mereka. Alahmdulillah. Automatik kamu akan bersyukur atas nikmat kesihatan yang diberi Allah. Pernah masa aku darjah enam kena chicken pox, jadi tak hadir pergi sekolah, petang tu selepas sekolah agama kawan-kawan ramai datang jenguk aku dengan buah tangan sekali. Happy gila, biarpun ole-ole yang diorang bawa hanya gula-gula dan keropok harga 20 sen..hehe..

Keenam:  bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)

Subhanallah. Hak-hak Muslim, buka setakat di dunia ini sahaja, malah ketika kawan-kawan Muslim kita sudah tiada kita kena menghantar jenazah mereka untuk kali terakhir pertemuan.

Sebenarnya, peraturan, sistem, atau undang-undang Islam ini berbentuk timbal balas atau win-win situation. Jika kamu berbuat baik, maka kebaikanlah balasannya terhadap kamu, tetapi jika kamu berbuat jahat maka akan turunlah balasan yang amat kejam untuk kamu juga.

Allah Maha Adil. Maka, berbuat baiklah serta tunaikanlah hak-hak sesama Muslim itu. Tak perlu keluarkan modal duit pun. Senang kan? Semoga bermanfaat ya.

Wasalam.