Salam,

Alahai..hidung tersumbat, mata pedih, kepala berdengung.

Huarghhhhhh….penyakit manja awal tahun ni. Boleh pula balik dari Kundasang Sabtu hari tu terus selesema. Perubahan cuaca kut. Masa di Kundasang hari tu punya main sejuk, berketar-ketar, sekali balik KK punya main panas menala-nala. Tu yang buat sistem imunisasi tubuh berubah secara mengejut. Hishhhh!

Semalam tidur pun susah, rasa macam nak demam. Basahkan tuala kecil lap-lap di kepala dan leher. Baru nyaman nak lelapkan mata. Tapi masih susah nak bernafas. Akhirnya terlelap sehingga pagi. Sembahyang subuh malas sangat nak bangun. Kepala rasa berat. Hehehe..sikit lagi nak amik EL hari ni, berura-ura nak sambung tidur selepas Subuh..akhirnya gagahkan diri dan terus amik towel masuk toilet dan basahkan badan. Wahhhhhh…terus segar. Kalau ikutkan rasa jahat mesti aku masih bertengkumus dalam selimut yang nyaman..

Hehehe..ini akibat ketemberangan aku dengan member, cakap aku jarang sakit, selesema atau batuk. Badan memang tahan penyakit. Ubat pun jarang ambil. Tiba-tiba Allah nak tunjuk, Dia bagi juga selesema kali ni. Huhu…

Lagi satu aku ni spesis yang memang tak makan ubat hatta ubat yang basic seperti panadol. Serius, aku rela sakit berpanjangan dari nak makan ubat. Selalunya kalau aku kena sakit kepala atau selesema hanya bawa tidur. Lepas bangun tidur ok da..:)

Janganlah suruh aku makan ubat. Ada yang kena buang je tu. Macam hari tu aku tak dapat bangun sebab pening yang bukan alang kepalang, jadi roomate bagi tinggal ubat atas meja make-up suruh makan. Dia siap ugut kena makan. Ok! aku jawab. Aku amik satu tablet kemudian campak ke luar tingkap. Rumah flat 5 tingkat senang je nak hapuskan bukti..hehe..sekurang-kurangnya dia percaya aku telan ubat…kan?kan?<—-jangan ikut ya, satu pembaziran.

Sebab kenapa aku tak makan ubat? aku ngeri nak telan ubat sebab banyak sangat baca di media massa mengenai keburukan dan side effect apabila kita makan ubat tu. Memang kesan untuk anti kesakitan ada, tetapi untuk jangka pendek. Kesakitan untuk jangka masa panjang akan tinggi kebarangkaliannya. Betul. Kalau terlalu kerap amik penahan sakit, iya, mula-mula sebiji, bila sebiji dah tak berkesan, tambah sebiji, kemudian seterusanya. Benda tu tak imun dengan sistem tubuh badan kita lagi. <—-ceh!macam doktor jak kan?

Ok, lah, harap-harap aku cepat sembuh.