Subhanallah..

Aku mencintainya,

Subhanallah..

Aku menyayanginya,

Dari ufuk timur hingga ke barat

Selalu di hatiku..

Subhanallah..

Salam,

Memang sangat mengaku, aku orang yang selalu ketinggalan keretapi, kadang-kadang bas dan kapal terbang juga..hihi..

Kan hari Khamis lalu aku berada di Kundasang, jadi episod terakhir cerita Tentang Dhia tak tengok. Aku tahu pun last episode cerita tu dari status Fb kawan-kawan. Walaupun  tak tengok episod pertama cerita ni, emmm..aku rasa adalah dalam dua episod sahaja aku mengikuti cerita ni, tetapi aku teringin sangat nak tahu apa endingnya, lebih-lebih lagi nak tahu apa terjadi dengan mak si Zikir yang zalim tu juga nasib si Melly. Ending Zikir dan Dhia mestilah klise kan, mereka berdua hidup bahagia hingga akhirnya.

Ya, memang itu yang aku andaikan. Like the Malay movie, usually.

Tetapi, ramalan ku salah belaka. Boleh pula sad ending, yang tak pernah aku terfikir akan dibuat dalam filem Melayu <—langsung tiada ciri-ciri penyokong produk tempatan. Sila jangan peduli—>Jadi, tadi aku pergilah cari di youtube finale episode, walaupun sudah seminggu berlalu, takapa, takapa, bukan dapat apa-apa pun kalau kau orang paling awal tercongok depan tv atau pergi cari di youtube, atau kaulah orang gua paling lambat tahu ending-nya..not a big deal pun (dengan angkuh..hehe..)

Dah memang aku selesema tahap 4, ditambah tengok Tentang Dhia tadi menjadi-jadi running nose..huhu..nasib baik kawan-kawan tak ada dalam office, semua pergi berjuang mendidik anak bangsa jadi aku buat projek sendiri-sendiri sambil kesat air mata, air hidung, buang hingus yang tak dapat ditampung lagi sambil jeling-jeling pintu ofis, berjaga-jaga kalau ada orang masuk haruslah cepat-cepat mengesat semua cecair kumuhan di mata dan hidung..hihi..

Sedih siottttt!

I didn’t expect the ending so sad ever like that. Usually, the end hero and heroin will be together after has been through the hardset and toughest life and live happily ever after <—ini yang buat aku tak gemar ikut cerita kita..–>tapi, really, its unusual, who’s the director ya?and I can count, after this, many drama will copy this ending, believe me…wink..wink..

Ok, sila sedar diri!

Hmmm…serius, aku menangis sampaikan air mata tu melimpah-limpah takmo berhenti. Lagi satu perasan skrip last episode ni pun superb. Paling best..

Part Dhia di hospital, dah nak sampai ajal:

“Abang..Dhia dah tahu siapa yang lebih menyayangi Dhia..”

“Siapa sayang?”

“Allah..”

“Abang pun cintakan sayang…dari segala-galanya sayang..”

Alololo..macam romeo dan juliet pun ada..so touching my heart la..<—pssssttt..this time la my eyes full with tears..penuh sampai melimpah ruah..malu lah I..yewww~

Part Dhia kena suruh pilih di antara dua samada kena cerai atau bermadu:

“Abang..Dhia terlalu sayangkan abang, sumpah demi Allah, tiada yang lain selain daripada abang dan Dhia tak nak berpisah dengan abang hanya mati saja yang boleh pisahkan kita,”

Baiklah, even skrip ni clishe macam ayat-ayat novel, tetapi cara Nora Danish sebut dengan suara yang penuh kelembutan, bergetar weh urat nadi si Adi Putra, tak pun terketar lutut jap..(^_^)

Part pergaduhan di antara keluarga Zikir dan Melly, Azmi dan Raffi.

“Zikir awak sepatutnya bersyukur sebab Dhia dah pilih awak daripada lelaki-lelaki yang mencintai dia,”

“Ye, ramai lelaki yang mencintai Dhia, tetapi Dhia bukan untuk kami, Dhia untuk anak makcik,”

Ok, diakui, si Dhia ni over, semua lelaki dalam drama ni jatuh cinta dengan dia…cissss!

Setelah menonton episod terakhir cerita Tetang Dhia ni barulah aku bukan tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak upgrade. Lagu latar pun ok, tapi kebanyakan amik lagu dari seberang, what to do, da lagu dari sana juga yang mendayu-dayu..:)..Cinta Dewi Pertiwi-Di atas satu cinta, sila like.

See ya!