Salam,

(Orang lain sibuk buat entri tahun baru aku pun sibuk jugaklah..hihi…)

Apakah yang kamu hendak lakukan/tunaikan/capaikan/dahulukan pada tahun 2012? Bagi saya pula terlalu banyak yang hendak dicapai dan tunaikan. Paling teruk kena dahulukan impian yang belum tercapai pada tahun lalu. <—tiada usaha yang bersungguh tu yang jadi macam tu.

List impian yang tidak tercapai pada 2011: (Major)

Belum dapat lesen kereta <—-malas pergi kelas memandu..bosan!

Kerja tetap <—-berusaha tetapi tiada rezeki kut..huhu..

Sambung Master <— belum cukup bajet, kekangan masa

Bayar PTPTN secara tetap <—emmm..aku bayar tapi bukan kurang, bertambah banyak pula..so aku stop..

List di atas antara yang paling penting bagi diri sendiri, untuk mak dan bapa serta keluarga tidak termasuk..T_______T

Ok. Jom kita tengok impian yang aku buat pula untuk tahun 2012..harap-harap dapatlah ditunaikan dengan jayanya..psttt..tapikan setiap tahun impian yang dibuat tak pernah termakbul..(^_^)..harhar..

Apa pun terjadi, tsunami ka, puting beliung ka, taufan katrina ka, banjir ka, mesti dilaksanakan juga tahun ini memandangkan usia sudah lanjut. Takut tak sempat ‘menuai’ pula kalau dah sampai ajal..kuikui..ialah, orang lain seumur-umur aku sudah banyak pencapaiannya, aku satu pun belum ada..so sad…(-_-“)

Jadi, azam tahun ini kena buat dan tunaikan dengan sepenuh jiwa raga.

Pertama: Lesen kereta

Percaya atau tidak aku ni bangsa yang memang teruk! pemalas sangat pergi driving class..huhu..dah masuk dua tahun lesen L..jadi kena cari cikgu yang baik dan boleh mempengaruhi aku untuk belajar.

Kedua: Beli kereta

Huarghhhhh..payah nak gerak gi mana-mana. Limited. Biarpun aku ni penakut pegang stering tapi harus diusahakan agar dapat memilik sebuah kereta.

Ketiga: Kerja tetap

Ini sangat diimpikan. Sangat. Sangat. Tak kiralah kerja yang tiada kaitan dengan bidang aku. Tetapi kalau boleh biarlah kerja yang aku minat <—–ceh!!!demand lagi kau!

Keempat:Kerja sambilan

Kena usahakan dengan jayanya. Mahu menampung perbelanjaan sambung belajar. Jangan malas-malas, rajin-rajin, kena kuat semangat, ketahanan fizikal, mental juga boleh bertahan dengan apa-apa halangan sekali pun. Huarghhhhh! boleh kah saya bertahan sebegitu?bolehkah? T_______T

Kelima:Penuhkan tabung

Emmm…tabung tu bank maksudnya. Hari tu masa mula-mula dapat kerja, jagi tak masuk dalam 2 bulan, kemudian abis tabung-tabung aku pergi korek. Belum terbayar lagi..huhu..cam mana mahu kaya ni, asyik mengorek bukan menambah. Sedih..sedih…harap-harap dapatlah cari suami yang kaya..amin..amin..

Keenam:Amik kursus asas Taska dan Tadika

Cita-cinta mahu buka pusat asuhan kanak-kanak, tapi belum pernah pergi kursus pun, banyak kali dah arrange time mahu ikut kursus, tetapi sentiasa berhalangan. Harap-harap tahun ni pergi kursus tahun depan dah boleh buka taska, amik lesen juga..Ya Allah! permudahkan segalanya.

Setakat ni itu sahaja impian paling utama. Sebenarnya banyak sangat nak capai, tak mak aku cakap jangan tamak, buat satu persatu dahulu….^_^..

Semoga dipermudahkan segalanya…amin..amin..