Salam,

Tadi baru saja melawat blog-blog orang lain yang bersepah-sepah di alam maya sambil ber FB-ing. Jadi ada seorang member FB shared link bertajuk “Saya Sudah Bertunang”. Ok, dalam hati “eh..dah bertunang pun nak kecoh,”..ngeh ngeh <—-ayat jeles sebenarnya, sila mengaku.

Tak adalah. Sebenarnya tertarik dengan komen dan feedback dari rakan-rakan FB tu. Kisah yang menyayat hati. Kemudian aku lapang-lapangkan lah dada klik dan baca.

Ya Allah! aku kan minah yang sensitif. Air mata sikit lagi berderai-derai. Nasib boleh tahan. Tetapi kembang juga bulu roma la. Serius rasa insaf dan bersyukur.

Betapa tabahnya watak Insyirah itu. Tak tahulah ini kisah benar atau tidak. Hanya penulis yang tahu. Kemudian aku berfikir betapa beruntungnya mereka-mereka yang menemui ajal kerana penyakit. Kerana mereka akan tahu bila mereka ditakdirkan akan pergi. Mereka ada peluang untuk bertaubat serta memperbaiki amal ibadat mereka sebagai bekalan di akhirat nanti. Maha Pengasih Allah. Tetapi bagi orang yang akan mati secara mengejut, tidak sempat berbuat apa-apa kan? bayangkan sedang kita bergelak ketawa tiba-tiba Allah cabut nyawa kita. Tak pun, sedang kau mandi di laut, tiba-tiba lemas, sedang memandu dan kemalangan, mengunyah makanan dan tercekik. Allah pernah berfirman, bahawa tidak akan ditangguhkan ajal setiap manusia walaupun satu saat. Nauzubillah.

Aku berharap sangat-sangat janganlah aku menderita penyakit yang merbahaya. Itu doa setiap usai solat untuk diri sendiri juga untuk keluarga. Aku minta jauh-jauh. Tetapi semuanya perancangan Allah. Kita tidak tahu.

Paling baik kena sentiasa redha, sentiasa lapang hati menerima segala macam ujian dari Allah. Sentiasa ‘update’ amal ibadat, amalan kebaikan bukan asyik update status FB, masukkan entri baru dalam blog tapi ‘simpanan’ untuk akhirat kosong.

Kadang, aku ni insaf hanya sebentar, lepas tu jadi balik perangai apa-apa-ntah tu. Alhamdulilah, aku tetap tidak tinggal tiang agama juga membaca al-quran. Sentiasa ingat pesan bapa, kena ingat solat, baca al-quran setiap hari supaya hati akan rasa tenang, hidup bertujuan, akhlak terjaga <—-hehehe..jarang aku jadi baik macam ni tau..(^_^)

Allah akan melihat, menjaga dan menguji setiap hamba-hambanya.

Mak selalu pesan, masa kami adik-beradik sambung belajar di Semenanjung tanah air, jaga tingkah laku, akhlak dan maruah apabila berjauhan daripada keluarga. Ramai yang akan menjadi liar bila jauh daripada keluarga, tiada pengawasan dan kongkogan orang tua. Itu yang mak takut sangat anak-anaknya akan jadi seperti itu. Jadi ayat keramat mak adalah “Kalau kamu tidak takut mak sama bapa sebab kami jauh, tapi takut pada Allah,” atau “kalau kamu tidak malu pada orang lain, pada diri sendiri malu pada yang di atas,”..hmmm…alhamdulillah..sehinggakan bila otak gila-gila dan biul aku datang kata-kata itu sentiasa terngiang-ngiang dalam minda. Wah…gila kentang mujarab jampi mak aku tau. Terus ngeri mahu buat dajal. Taubat.

Mulai hari ini kena sentiasa upgrade amalan baik kita ya saudara-saudara seagama ku. <—ini serius tak boleh main-main. Ingat!

Untuk diri sendiri, juga, mesti buat, jangan lalai depan En. Lappy ni mengupdate status FB sampai 3 hingga 6 kali sehari, atau pun masuk kan entri baru dalam blog sehari satu entri. Baca al-quran 5 hingga 6 muka surat setiap hari, jangan lupa sembahyang sunat dan lain-lain <—ini pun serius juga!

Allah ada caranya untuk memberi amaran tentang kematian kita. Lambat dan cepat sahaja bezanya. Takut.