Salam,

Y Allah! turunkanlah malaikat-Mu sekarang untuk memujuk ku, sejukkan perasaan marah ku..amin..huhu..<—trip alim, sampai minta malaikat untuk memujuk..cisss!

Aku sangat tidak boleh berkerja dengan orang yang tidak pandai bertolerat. Sakit hati. Macam dia saja bangsa dan spesis yang betul. Sentiasa. Mesti. Kalau tak tahu dan tak betul tu bukan bangsa dialah tu. Menyampah betul. <—-ayat saiko sakit hati tahap tak tahu diri.

Bukan aku mahu membebel membabi buta dalam wall aku ni, tapi relaks jap, tak kan lah aku nak melalak marah orang lain, tak pun hempas-hempas barang atas meja, atau pun tutup pintu kuat-kuat tahap nak pecah pintu tu, tak pun buat muka tegang bila pandang dia..hei..aku ni boleh je kalau nak buat macam tu tapi, macam gila pula, tak betul kena cakap nanti. Kita marah pada seorang tapi semua orang terpalit. Tak nak lah macam tu.

Aku akan kawal rasa marah yang kadang-kadang sudah sampai kepala, aku duduk sorang-sorang, sunyi-sunyi di tempat duduk, tak banyak cakap, buat-buat sibuk pandang skrin en.lappy, bermaksud hati aku sedang panas. Serius. Masa marah aku tak akan mulakan conversation with others, kang percuma kena sembur. Itu paling penting, jangan dijolok sarang tebuan. <—ini tips ok…JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN..(^_^)…

HUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUhhhhhh..lega.

Cukuplah, aku boleh merapu-rapu dalam blog sendiri. Tiada kena-mengena tempias dengan orang lain. Orang lain tak sakit hati kan?kan?

Bukan macam feel sesetengah orang bila tak puas hati muka macam kena tampar malaikat. Hissshshhhh..hahhaa..<—-padahal kalau dah meluat sangat dengan orang bangsa-tak-sedar-diri tu aku pun buat endah tak endah je, buat-buat dia tak wujud di depan mata. How cruel I am kan?

Emmm..paling aku tak boleh tahan siap dengan acting lagi, hempas pintu, letak barang pun setengah mati kuatnya, mahu tarik perhatian orang sekeliling seolah-olah ‘ya aku sedang marah!’ wow…kau nak pelempang kau tak?

Tak boleh hidup dengan manusia macam tu. Serius. Nanti aku yang ok mood pun jadi macam dia. Setan!. Haippp! tampar mulut sendiri. Celupar.<—saiko kan?

Emm…ok la, ok la, aku stop membebel tak dak faedah ni. Baik buat bodoh, supaya nanti hati kita tidak tercedera, luka berdarahkan kalau layan feel orang tak ada tamadun. Ok. Saya ok. Betul. Mari sambung kerja balik. Sekian. Ops…sorry, bagi sesiapa yang termasuk dalam entri ni, tiada apa pun yang kamu dapat, sila keluar semula. Terima kasih.