Salam,

Kelemahan!

1. Sangat pelupa: susah sangat mengingati sesuatu perkara, walaupun ia baru berlaku tidak sampai 3 hari. Macam mana ni. Umur baru masuk suku abad..(-_-‘)

2. Suka berangan:boleh semalam aku terawangan-awangan semasa mandi sampaikan pencuci muka pun aku fikirkan ubat gigi. Merasalah aku rasa facial foam..uiiihhhh..

3. Banyak sangat bermimpi sehinggakan bangun dari tidur rasa sangat penat. Lepas tu sambil mengiron baju, mandi dan bersiap pergi office hanya mengingat apa mimpi aku semalam..huhu..

4. Kurang selera makan. Kalau sebelum ni aku lah raja pemakan..hihi..sekarang kurang sangat nak makan..:)..tapi sekurang-kurangnya save budget juga le..hihi…

5. Serabut. Senang sangat rasa rimas dan otak penuh!time ni tak boleh dah nak buat kerja.

6. Aku perasan cepat sangat naik marah. Errrrr..paling tak suka!boleh pula orang main-main saja, aku take serious. Sebelum ni aku ok je, tak amik endah pun.

7. Malas sangat basahkan rambut. Eiiiii..pengotor. Tapi serius, dalam seminggu hanya sekali sahaja rambut aku berbau syampu..huhu..sila jangan ikut. Tak tahulah kenapa pula aku jadi macam ni, padahal sebelum ni seminggu hanya 2 hari sahaja aku tak basuh rambut.

8. Selekeh! pergi office pun aku main pakai apa yang aku tercapai dari dalam almari.

9. Kurang membaca. Malas sangat tengok buku dan fokus. Otak automatik akan kembang dan sakit.

10. Sakit kepala. Tak tahu apa masalah. Aku, sikaki tegar menahan sakit tanpa bantuan dadah..hihi..ubat la..T_____T

Subhanallah. Banyak sangat kelemahan diri..