Salam,

Menjadi seorang pelajar kembali.

Ya, kelmarin ketua program menyerahkan tugasan terbaru. Arahan terbaru. Subjek terbaru. Aku diminta untuk mengajar subjek yang bukan dalam bidang yang pernah diambil di universiti.

Selepas ini, aku dan para pelajar akan sama-sama belajar subjek baru. hihi..<–aku tak berapa yakin kami akan sama-sama belajar, jangan-jangan nanti aku yang belajar diorang semua blurrrrr<—-adatlah tu kan?

Dah ketua program memberi amanah dan kepercayaan kepada aku, maka dengan ini dengan berat hati rela hati aku akan berusaha memahami diri sendiri sebelum memahami para pelajar tentang subjek tersebut<—-yewwww..huhu..tolong saya..(-_-“)..

Tekanan. Ya, cuba kamu bayangkan aku kena mengajar benda baru pada diri sendiri, kemudia mengajar benda tu kepada orang yang juga belajar. Bayangkan..bayangkan…hihi..nak kena lempang diri sendiri supaya cepat belajar. Ah!persetankan semua itu, aku kan alah-bisa-tegal-biasa punya olang, bisa mengharungi pelbagai rintangan dan cacian..hahaha..ok, aku akan berusaha sampai mati! Tapi tak berani nak sahkan ilmu yang aku ajar tu menepati piawaian yang pihak atasan inginkan. Jika tidak, sila jatuhkan talak..oppssss..salah, sila jatuhkan kesalahan semuanya pada ketua program sama dekan ya..saya hanyalah boneka di tepi tangga yang hanya menerima arahan demi arahan sambil memakan julap..:)<—macam merapu-rapu!

Baiklah, sebenarynya sudah lama jiwa aku inginkan kelainan, mahu membuat aktiviti sampingan selain mengajar. Jadi tadi guna khidmat pak cik google cari “Aktiviti sukarelawan di Sabah”. Ya, ada menjumpai satu lama web. Terus tinggalkan jejak di kaki komen, ‘di manakah saya mahu salurkan tenaga saya’..hehehe..itu tipu! sebenarnya panjang berjela-jela aku tulis (sambil trip-trip bangsa yang baik——sebenarnya aku memang ikhlas dan baik, sumpah!), harap-harap ada jawapan nanti.

Memang, aku tersangat mahu berbakti pada yang susah dan memerlukan. Entahlah, kerja yang aku buat sekarang tidak dapat memuaskan keinginan <—haip!jangan kuning-kuning!–>serius, aku selalu sekodeng-sekodeng aktiviti orang lain yang aku rasa memang ngam dengan jiwa raga aku.

Bukan aku sahaja berjiwa rapuh bila tahu dan nampak orang yang kurang dari kami. Adik-beradik juga begitu. Mungkin kami pernah mengalami kesusahan dan kemiskinan sebelum ini.

Minggu lalu aku balik pergi rumah akak di Sipitang, seperti biasa kami akan bercerita panjang lebar (biasalah kami memang banyak modal untuk bercerita) tiba-tiba termasuklah cerita pasal ada dua orang anak yatim piatu yang sangat miskin tinggal bersama nenek mereka. Sambil bercerita bergenang-genang air mata dia. Aku, apalagi tumpang sekaki la.

Akak pun cakap, selepas ni ada sudah tempat yang boleh dia bahagi-bahagikan kesenangan keluarga mereka. Akak aku seorang pun, setiap bulan kalau suami dia mempunyai rezeki lebih, mereka sama-sama akan hantar barang asas pergi rumah nenek dan anak-anak yatim tu. So suprise kan?aku pun tak tahu selama ini akak-akak aku buat kebajikan seperti itu. Lepastu, akak aku pesan kalau ada rezeki lebih sedekah lah pada keluarga itu. InsyaAllah.

Hmmm…menyimpang sudah, padahal tadi nak mengadu je…hihi…terpaksalah kamu hadam sendiri ya..hihi…

Ok, jom kita beramal..ishhh..salah marilah ‘aku’ belajar, mengajar dan beramal..:)