Salam,

Rupanya kaum hawa ni memang mempunyai TARIKAN kan?

:: Selalu ‘menarik’ orang lain merenungnya..(^_^)..::

:: Sentiasa ‘menarik’ lelaki mem’pewittt’ mereka..(^_^)..::

:: Menarik kawan-kawannya pergi bershopping..(^_^)..::

:: Bersama-sama tertarik dengan ‘sale’..(^_^)..::

:: Sudah tu bersama-sama buat lupa meninggalkan sembahyang..(^_^)..::

:: Menarik untuk sama-sama mengumpat..(^_^)..::

Astagfirullah..bukan, tadi aku baca dalam blog MyIbrah, blog kegemaran saya akhir-akhir ini T______T..jadi terjumpalah artikel 4 Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka, sungguh insaf!

Kawan-kawan, didik dan tarbiah-lah kaum wanita yang berada di samping kalian kalau tidak mahu ditarik masuk ke dalam neraka.

4 lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka termasuklah:

Ayahnya (nya-terhadap perempuan)

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa meutup aurat, selangkah bapanya menuju ke dalam neraka (maaf kalau aku tersilap)

Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Hebat bukan?nauzubillah..janganlah akau salah seorang daripada para wanita yang akan menarik bapa, abang, suami dan anak masuk sekali dalam neraka..jauh-jauh.

Berusahala kita sebagai ‘agen’ pahala yang menarik orang-orang yang kita sayang menghuni syurga, Jannatul Firdaus yang diimpi-impikan sekalian makhluk ya.

Saya sayang 4 golongan lelaki yang disebutkan di atas..(^_^)..<—tanpa malu-malu..:)

Sumber: MyIbrah