Salam,

Kelmarin, dari pagi sehingga malam mata bawah sebelah kiri asyik bergerak-gerak, tak selesa sangat. Hati aku berdebar-debar. Apakah yang akan berlaku?selalunya, mak cakap kalau mata sebelah kiri bergerak akan ada perkara yang tidak baik akan berlaku. Semalam sebelum tidur mata masih bergerak-gerak. aku cuba untuk tidak memikirkan nya, hati aku menafikan.

Tiba-tiba semalam terima mesej dari kawan baik. Subhanallah. Ya Allah! terhenti sebentar jantung berdengup. Macam tidak percaya perkhabaran yang dibawanya. Ya Rahim!

Aku tidak mampu berbuat apa-apa, hanya doa dan kata-kata semangat yang boleh aku utuskan untuk memberinya kekuatan. Serius. Aku dapat rasakan betapa dia memerlukan seseorang di sisinya saat ini. Menggosok-gosok belakangnya, membelai bahunya, bersama-sama menangis menghilangkan rasa tekanan, cuba menenangkan dia supaya berfikiran positi, ataupun hanya sekadar duduk diam disisinya supaya dia tidak rasa sunyi. (^_^)..

Ya Allah, Engkau pinjamkan sahabatku kekuatan,
Kurniakan dia hati yang tenang sentiasa,
Percaya pada qada dan qadar-Mu daiman,
Titipkan padanya berita gembira,
Betapa Engkau mengujinya kerana Engkau MENYAYANGINYA,
Kembalikan keceriaan dan rasa bersyukur di wajah dan hatinya,
Pesan padanya doaku sentiasa bersamanya. Amin.
Semoga dia redha dengan apa yang menimpanya. Allah akan menguji apa yang sedaya dan semampu hambanya.
Cepat-cepat sembuh ya. Nanti kita boleh hang out tengok wayang, lepak berjam-jam di McD atau KFC, ‘berjaur’ berjam-jam di kompleks tanpa arah tujuan, bergelak ketawa dalam bas, curi-curi sekodeng lelaki handsome…tolonglah, cepat-cepat sembuh ya, jangan lemah, kami ada di sini, ngadulah apa-apa saja, kami akan dengar, tadah telinga berjam-jam pun tak apa. Kami mahu kau ceria, cool dan buat-buat tiada perasaan macam sebelum ni. Ya?
Serius, semalam aku yang over-over nangis, sampai dalam tidur pun aku menangis betul-betul. Masa tulis entri ni pun air mata aku mahu mencurah-curah, nasib baik boleh cover tak menitis <—hahaha..
Emmm…tolong doakan kawan kesayangan saya cepat sembuh, tabah, kuat semangat, dan kembalikan keceriaan dia seperti dulu. Tolong ya kawan-kawan, tolong. Semoga Allah membalas segala doa kamu dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Syukran. T______T