Salam,

Tersangat penat. Sampai saja dari kampung terus on En. Lappy sebab nak buat slide note untuk course baru kena bagi. Jumaat petang jam 4.30 baru kena inform BAHAWASANYA akulah pengajar subjek tersebut. Yewww…ghost!

Malam Jumaat lepas aku dah stay up sampai pagi buat bab pertama, tapi still blur-blur-ayam-berak-kapur. Sampai dalam bas perjalanan balik kampung sempat lagi terlentok di bahu seorang pakcik ganteng tua. Nasib baik pakcik tu tak marah, tapi aku minta maaf lah. Nak tau apa dia jawab ‘tak apa’..grrrrrr….persetan itu semua!

Huhu..apalah nasib. Dah 5 minggu semester bermula baru dapat subjek baru?dah lah subjek yang tak ada kait mengait dengan aiiii! kalau bab kewartawanan ke boleh je aku belasah dalam kelas. Hurmmmm..hantam sajalah labu.

Sekarang aku bergantung harap dengan internet, aku google merata-rata dan bertawakal semoga dipermudahkan kerja. Aku masih tak berapa arif mengenai subjek ni. Pakcik google sila tolong saya, pleaseeeeee!!!

Ok, mari sambung kerja. Ermmm…tapi rasa maacm nak terlelap ni. Huargggghhh..lelap kejap sejam dua jam, pastu baru bangun sambung buat slide…huarggghhha..lapar pula!