Salam,

Aku rasa terganggu dengan gelagat peminta sedekah sekitar KK. Banyak sangat tipu helah mereka-mereka ini. Boleh bayangkan sedang makan tiba-tiba ada tangan menghulur meminta di depan mata. Nak makan pun rasa tak ada selera. Mati.

Baru-baru ni aku terkena, sedang aku makan di fast food restoran di sebuah pusat membeli belah di KK, tiba-tiba datang seorang budak dalam lingkungan 8-9 tahun, bukan rakyat tempatan, dengan baju t-shirt yang lusuh, berselipar jepun berwarna hijau. Menghulur tangan meminta-minta dari sebuah meja ke sebuah meja. Aku perhatikan sahaja gelagatnya, samada ada pelanggan yang baik hati memberi sumbangan atau tidak. Rakyat Malaysia kan pemurah. Akhirnya sampai giliran meja aku dan rakan-rakan. Aku perhati lagi mukanya. Ohhh..bukan muka budak yang kelaparan atau dalam kesusahan. <—dasar kedekut..hihi..–> jadi aku geleng. Dia pun beralih ke meja lain.

Esoknya, aku makan di sebuah restoran, di kawasan lain agak jauh dari pusat membeli-belah semalam. Sedang aku makan masuk seorang budak meminta sedekah beralih dari meja ke satu meja pelanggan. Aku macam pernah tengok budak tu. Sah, budak tersebut adalah budak yang sama meminta sedekah kelmarin. Kemudian sampai giliran meja aku aku tanya:

Aku: Kau bangsa apa?

Budak: Bajau.

Aku:Bukan pilak? (pilak adalah gelaran yang diberiakan orang tempatan kepada rakyat Filipina yang berhijrah ke Sabah)

Budak: Bukan, bajau. (sambil mengintai-intai makanan atas meja)

Aku:Kau ada mak bapa kah?

Budak: Ada.

Aku: Mana diorang?

Budak: Di rumah.

Aku: Diorang kah yang suruh kau meminta sedekah?

Budak tu hanya menggeleng.

Aku:Kenapa, mak bapa kau sakit atau cacat kah?

Budak tu hanya menggelengkan kepala juga. Di situ aku dah rasa sakit hati. Ketika ini tangannya masih tidak turun, masih menghulur tanda meminta. Lepas tu aku cakap dengan dia.

“Perbuatan kau meminta ini tidak bagus. Lebih-lebih lagi ketika orang sedang makan.”

Kemudian dengan muka bengang budak tu tengok aku. What? aku tambah lagi “Dah, pergi sana, benci aku tengok muka kau ni,”<—ok, aku mengaku ada rasa menyesal sedikit ketika ini. Aku terlebih emosi. Ada juga perasaan kasihan dengan dia. Tetapi melihat gelagat dia aku rasa sakit hati. Manalah mak bapa budak ni. Tak bertanggungjawab langsung. Dah tak nak mengaku sebagai PATI, ada hati nak meminta sedekah di negara orang.

Zaman sekarang ni banyak sangat tipu helah si peminta sedekah. Kalau di Sabah kebanyakan mereka yang meminta-minta ini adalah rakyat asing yang bersepah di ibu kota.

Banyak kali aku tertipu. Antara taktik atau tipu helah mereka ialah:

1) Bukan orang tempatan. Bawa anak sampai 3-4 orang, dari berumur 8 tahun sehingga setahun lebih. Si emak duduk tepi jalan sambil memangku anak paling kecil, yang dua tiga orang sibuk menghulur tangan dengan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut. Muka budak-budak ni comot dengan taik matanya, hingusnya belum campur dengan kudis-kudis yang dihinggap lalat. Tetapi sangat pelik, di manakah suami wanita ini, bapa kepada budak-budak ini?tak kan tahu buat anak saja dan lepastu duduk goyang kaki di rumah?Hmmm…

2)Berkeliaran di pusat membeli-belah dengan membawa sehelai kertas lusuh samada laporan daripada polis atau jabatan kebajikan masyarakat mengatakan bahawa rumah mereka terbakar dan memerlukan bantuan untuk membina rumah semula. Mula-mula dulu aku hanya hulur saja tanpa mempersoal, sebab kasihan dengan budak-budak tu. Kemudian berkali-kali aku jumpa dan diminta. Aku musykil sendiri. Takkan banyak sangat rumah orang terbakar. Kemudian, sejak dari hari itu aku akan menyoal dan menyelidik terlebih dahulu, betul atau tidak. Kanak-kanak kalau anda gertak sedikit mereka akan mengaku. Contoh ayat, “ok, mari kita hantar diorang ni pergi rumah kebajikan,”..<—taktik kotor sedikit..(^_^)..

3) Kaum Cina yang diwakilkan dari pusat orang-orang kurang upaya (pendengaran). Golongan ini seringkali mengunjungi restoran makanan segera dengan membawa sebuah kertas siap di ‘laminate’ memberi tahu bahawa mereka golongan bisu dari kelab bla, bla, bla, meminta sumbang ikhlas daripada masyarakat. Mereka akan membawa key-chain yang mereka buat sendiri (kononnya) dengan harga sebiji key-chain RM5, jadi kalau kita bagi RM5 maka mereka akan beri sebiji key-chain. Selalunya mereka-mereka ini akan memakai pakaian yang bersih dan kemas. Jangan tertipu ya. Aku banyak kali terkena…sebab mereka buat muka kasihan depan aku.

4) Golongan yang menjadikan ayat-ayat suci al-quran atau zikir-zikir sebagai alat untuk meminta sedekah. Bersepah spesis ni di sekitar KK. Pakcik-pakcik tua memakai kopiah putih terpacak atas kepala, perempuan memakai tudung labuh, senang sangat nak kenali mereka. Spesis ini akan aim pelanggan di restoran-restoran makan mamak atau jawa. Di situ kau nak menyuap, di situ diorang akan datang menjual surah Yassin. Siap dengan ceramah pendek lagi “semoga akan dirahmati Tuhan,”. Selain itu mereka ini akan berada di stesen-stesen bas, sesuka hati naik bas kemudian mengedarkan zikir-zikir berbentuk sticker kepada penumpang. Bagi yang tidak tahu akan mengambil dan masuk beg. Tiba-tiba sipakcik datang minta duit. Kita yang tak tahu terkebil-kebil, oleh kerana nak cover malu terus hulur duit. Pandai tak pandai?bijak..bijak..ini juga dilakukan oleh rakyat pendatang.

5) Berlagak seperti salesgirl dan salesman. Dialog “Ambilah buku free ni, kami tak meminta bayaran,”. Jadi kita yang memang suka barang percuma terus ambil. Baru kita nak masuk beg, dia pun cakap “Nanti dulu kak, buku itu memang free, tetapi kami ingin meminta sumbangan ikhlas dari akak, harga buku tu RM10 sahaja, diharap sekiranya akak boleh menyumbang sedikit,”Macam kambing tak?cakap berbelit-belit, kata free tapi minta bayar. Yang ni taktik upgrade sikit. Selalunya jenis peminta sedekah ini di depan-depan pejabat atau jabatan kerajaan atau swasta. Berbaju kemas, kemeja, seluar slack, rambut dan wajah bersih. Tolonglah!

6) Spesis peramah tahap gaban. Aku terkena di Bukit Bintang. Sampai hari ini duit yang aku bagi aku tak akan halalkan sampai bila-bila. Serius. Ini golongan pelajar IPTS. Sedang kau berjalan tiba-tiba adalah segerombolan makhluk menerjah kau dan bertegur sapa macam kau kenal dia dan dia kenal kau 10 tahun. Eh kau kenapa tiba-tiba peramah ni?ya, serius itu tindak balas aku pertama. Siap ngaku satu kampung atau senegeri dengan kita. Kemudian dia hulurkan kertas yang berpetak-petak kolum, ada nama, asal, no. telefon, tandatangan dan ada 1 kolum yang dibiarkan kosong. Lepastu dengan seramah-ramahnya diorang memperkenalkan diri sebagai pelajar kolej bla, bla, bla, sedang menjalankan projek bla, bla, bala, bala…hehe..kemudian sedang mencari tandatangan sokongan untuk projek mereka. Jadi dengan senang hati aku turunkan tandatangan, yelah, untuk ilmu jadi kena sokong le kan?<—bajet bijak!–>kemudian tetiba diorang keluarkan key-chain. Key-chain itu berharga RM20 sebijik. Pastu adalah ayat-ayat tak berapa pandai diorang minta kita bayar sebab kita dah turunkan tandatangan. Ruang yang ditinggalkan kosong itu untuk tulis jumlah yang kau nak derma. Yang bodoh (macam aku yang terkena ni) bayar juga, macam kena pukau, sehinggalah seorang rakan aku datang dan tegur, aku bagi apa?barulah aku rasa terkena tipu..hah! ternganga. Untuk makluman diorang ni bersepah di area PV dan Bukit Bintang. Hati-hati ya. Budak-budak ni bukan Islam. Itu pasti.

Jenis-jenis peminta sedekah selain 5 yang aku tulis di atas tak pernah aku jumpa dan tak pernah kena tipu. Berhati-hati semua. Hanya sebagai peringatan sahaja. Bukan untuk ‘menjatuhkan’ martabat golongan susah ini. Bukan mereka tidak mempunyai tenaga, cukup sifat dan berkemampuan untuk makan hasil titik peluh sendiri. Tetapi kenapa perlu meminta-minta dan memperdayakan orang lain dengan tipu helah mereka.

Ada sejenis peminta sedekah yang aku hormati. Di sekitar Masjid Jamek dan Jalan TAR. Mereka buta. Mereka menjual tisu atau menyanyi. Berbaloikan mereka mencari rezeki dengan cara halal. Kita tidak akan teragak-agak menyumbang.

Bukan kita kedekut, alah sekadar seringgit tak luak pun dompet, bukan itu, kita bersedakah pada yang memerlu bukan yang menipu. Betul tak?

Berhat-hati ya!