Salam,

Entri ni aku letak dalam draft, belum menyempat nak update bagi panjang sikit. Ceritanya begini, ada ‘ter’rasa <—sila aplikasikan erti ‘TER’ di situ iaitu bermaksud berbuat sesuatu dengan TIDAK SENGAJA..heheh..–> sedikit malas mahu berfikir dan mencari idea baru hendak sumbat dalam blog ni, kemudian terdetik hati nak godeh-godeh apa yang ada di dalam draft. Hmmm…rupanya termasuk entri ini ada berpuluh-pulu draft lagi. Weiii…manyak koleksi wooo..bravo!

Antara yang menarik perhatian ialah, entri yang aku dapat dari FB kawan-kawan. Kelakar. Gila. Mari kita kongsi bersama. Betul atau tidak. Jom!

Jom kita imbau zaman kanak-kanak kita dulu. Siapa pernah buat salah satu benda-benda kat bawah ni masa kecik-kecik :

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas, nak dengar suara bertukar dan bergetar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita atau tengok berita dalam TV kemudian perasan sipembaca berita ikut saja mana kau pergi.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari ‘handle’, rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf M

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan di antara bukit. Siap ada mata lagi. Huhu..

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni —-> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu mati !

9. Kalau tak siap kerja rumah sengaja tinggal buku latihan kat rumah !

10. Kelas pendidikan seni suka buat pemandangan sawah padi, berpetak-petak kemudian ada sebijik rumah di tengah-tengah. Kreatif ke?

11. Kalau guna warna tak nak tekan sebab takut habis.

12. Sharpener tak boleh tiup sebab takut tumpul.

Kelakarkan?aku mengakui macam ke semua yang tersenarai di atas pernah buat. HAHAHAHAHA!

Seronoknya waktu kecil, benda baru yang membuatkan kita menjadi seorang yang ingin tahu sampai buat benda yang melucukan tanpa kita sedari sehinggalah dewasa. Tapi paling aku suka ialah melukis matahari dicelah-celah bukit/gunung kemudian letak matanya…hahaha..