Salam,

Petang tadi, bapa seorang kawan di tempat kerja telah meninggal dunia kerana menghidapi barah. Allah. Semoga kawan saya tabah. Al-fatihah untuk arwah bapanya. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di syurga. Amin. Hanya amalan dan doa dari anak-anak yang soleh-solehah menjadi bekalnya di sana.

Juga.

Al-fatihah untuk arwah Izwan Pilus. Beliau telah disahkan meninggal pada 6.15 petang tadi. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan yang beroleh kejayaan di sana. Amin. Semoga ahli keluarganya juga tabah menerima berita ini.

Allah tidak akan teragak-agak untuk mengambil nyawa hambanya. Sangat takut.